14 April 2009

Tangguh Lagi !


KUALA KANGSAR - Sanggup berhujah selama dua jam semata-mata mahu menangguhkan perbicaraan.Demikian gelagat Augustine Anthony, seorang daripada panel lapan peguam yang mewakili 13 perusuh yang dituduh menyertai perhimpunan haram di hadapan Masjid Ubudiah, Bukit Chandan pada 6 Februari lalu semasa 'berhujah' mengenai Pindaan 51 (a) Kanun Prosedur Jenayah di Mahkamah Sesyen di sini semalam. Hakim Mahkamah, Norsalha kemudiannya membenarkan perbicaraan itu ditangguhkan sehingga 29 April depan. Tiga belas perusuh yang dihadapkan ke mahkamah termasuk seorang wanita.
RK: Rasa bosan nak cerita pasal politik tanahair dalam keadaan krisis ekonomi . Tapi kes nie menarik perhatian kami sekeluarga. Mungkin blog Nazliah mempunyai jawapannya. Harap kes nie diselesaikan dengan cara baik dan semua yang terlibat dibebaskan. Cam ne nak bebas tu, luu pk la sendiri. Petikan dari kosmo online.

12 April 2009

Perdana Menteri Malaysia ke 6


Impian sepanjang hayat Perdana Menteri Malaysia Ke-6, Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak, ialah satu Malaysia yang bersatu padu, aman dan makmur, dengan peluang yang bukan sedikit untuk semua rakyat.

Sebagai putera kepada Perdana Menteri Malaysia Ke-2, Allahyarham Tun Abd Razak.Pemergian bapanya pada ketika yang tidak dijangka, 14 Januari 1976, ketika menjejaki usia 54 tahun, telah menyorongkan Najib ke hadapan sehingga menjadi tumpuan utama. Lima minggu selepas pemergian bapanya, pada usia 22 tahun, Najib telah terpilih untuk mengisi kekosongan kerusi Parlimen Pekan.
Dato' Sri Mohd Najib dilahirkan pada 23 Julai 1953 di Kuala Lipis, Pahang. Beliau telah mendapat pendidikan di St. John’s Institution, Kuala Lumpur dan Malvern Boy’s College, Worcestershire, England sebelum menamatkan pengajian peringkat ijazah dalam bidang Ekonomi Perindustrian daripada Nottingham University. Sekembalinya ke Malaysia pada 1974, beliau telah menyertai dunia korporat bila berkhidmat untuk satu waktu yang singkat dengan Bank Negara, kemudiannya beralih ke PETRONAS (perbadanan petroleum negara) sebagai Pengurus Hal Ehwal Awam.
Pada tahun pertamanya sebagai Ahli Parlimen, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Tenaga Telekomunikasi dan Pos, dan kemudiannya menjawat jawatan Timbalan Menteri Pelajaran dan selepas itu Timbalan Menteri Kewangan. Pada 1982, Perdana Menteri yang baru, Dr. Mahathir Mohamad telah mencalonkan Dato’ Sri Mohd Najib untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri bagi kawasan Pekan. Berikutan dengan kejayaannya, Najib yang berusia 29 tahun ketika itu dilantik menjadi Menteri Besar Pahang, negeri terbesar di Semenanjung Malaysia.

Dato Sri Mohd Najib mula menyandang jawatan Timbalan Ketua Pemuda UMNO pada 1982, dan naik sebagai ketua pergerakan tersebut pada 1987. Pada 1988, setelah satu pergolakan menguasai parti, satu UMNO baru yang telah disusun semula diwujudkan dan Najib telah dilantik sebagai Ketua Pemuda, jawatan yang disandang beliau sehingga 1993. Dalam pilihan raya 1986, Najib dikembalikan sebagai Ahli Parlimen kawasan Pekan, dan dilantik sebagai Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. Pada 1991, Dato’ Sri Najib telah dilantik sebagai Menteri Pertahanan. Pada 1995, Dato’ Sri Najib mengalami perubahan dalam portfolio kabinet, yang mana beliau telah dilantik sebagai Menteri Pelajaran.

Pada 1999, berikutan pergolakan politik pada tahun sebelumnya, Najib memenangi pemilihan semula kerusi Parlimen Pekan. Beliau telah dilantik sebagai Menteri Pertahanan buat kali keduanya dan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memodenkan Angkatan Tentera Malaysia.

Apabila beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 2004, Dato’ Sri Najib telah diserahkan dengan portfolio tanggungjawab yang banyak dan besar, termasuk mengawasi FELDA, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Beliau mempengerusikan 28 Jawatankuasa Kabinet yang membincangkan pelbagai isu.

Dato’ Sri Najib telah berkahwin dengan YABhg. Datin Sri Rosmah Mansor, dan bapa kepada lima orang anak.Pada 3hb April 2009, Dato; Sri Mohd Najib Tun Razak dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia di hadapan Yang di-Pertuan Agong, dalam satu proses peralihan kuasa yang lancar oleh YAB Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi.



RK. Tahniah pada DS Najib yang dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6. Sila layari blog PM iaitu www.1malaysia.com.my. Idea yang menarik dari beliau mewujudkan gagasan satu malaysia, rakyat didahulukan dan pemcapaian diutamakan.

Rosyad Kamal


Kawan-kawan selalu bertanya bila saya nak kenalkan baby baru saya dalam FB, tapi saya agak keberatan nak siarkan dalama FB so saya siarkan dalam blog saya aje. Nie gambar diambil masa potong jambul tempoh hari. Senyap je dia semasa potong jambul, ingatkan akan nangis!

Rosyad dilahirkan pada 4hb Mac 2009 di Kinta Medical Centre dalam kehangatan pemimpin pemimpin Umno berkempen pada pemilihan lepas...hehehe.Berat 2.75kg dan isteri saya terpaksa dibedah kerana darah tinggi. Ingatkan nak bersalin di hospital kerajaan aje tapi disebabkan masalah nie dan difikirkan lebih selamat ke hospital swasta.

Hah, seminggu dua nie kena buat meeting kat rumah je la pasal dah tak leh keluar malam. Jemput la mai ke umah ye!

11 April 2009

Graduan Anak Perak


Objektif Graduan Anak Perak

Membentuk satu golongan graduan melayu daripada pelbagai bidang kerjaya yang berdedikasi untuk mencapai kecemerlangan bangsa melayu di negeri Perak Darul Ridzuan.

Visi Graduan Anak Perak

a) Ingin menjadi satu pertubuhan yang membangunkan dan mencorakkan lanskap graduan melayu Perak.

b) Ingin menyatupadukan komuniti golongan profesional graduan melayu Perak daripada pelbagai disiplin dan bidang kerjaya bersama-sama membangunkan negeri Perak.

c)Ingin menyediakan dan memberikan pendedahan kepada graduan melayu dalam polisi-polisi kerajaan pusat atau negeri dalam pelbagai bidang kepakaran, hak-hak intelek dan idea-idea inovatif.

d)Ingin membuka peluang yang luas kepada golongan graduan belia untuk mengembleng kepakaran dalam bidang masing-masing dan membangunkan perjuangan belia di negeri Perak berdasarkan lunas-lunas Islam.
RK: Sila hubungi graduan anak perak di http://www.gap.org.my/. Ajak la kawan-kawan join GAP. Memang menarik dan happening !!!

Kabinet Kerajaan Malaysia ( April 2009 )


Perdana Menteri - Datuk Seri Najib Razak
Timbalan Perdana Menteri - Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Tan Sri Dr Koh Tsu Koon - perpaduan & pengurusan prestasi
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz - perundangan dan Parlimen
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop - Unit Perancang Ekonomi
Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom - hal ehwal Islam

Timbalan-timbalan menteri:
Datuk Liew Vui Keong,Datuk Dr Mashitah Ibrahim,Datuk SK Devamany,Ahmad Maslan,T Murugiah

Menteri Kewangan I
Datuk Seri Najib Razak

Menteri Kewangan II
Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Datuk Chor Chee Heung (timbalan),Datuk Dr Awang Adek Hussin (timbalan)

Menteri Pelajaran
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Datuk Dr Wee Ka Siong (timbalan),Dr Mohd Puad Zarkashi (timbalan)

Menteri Pengangkutan
Datuk Ong Tee Keat
Datuk Abdul Rahim Bakri (timbalan),Datuk Robert Lau Hoi Chew (timbalan)

Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi
Tan Sri Bernard Dompok
Datuk Hamzah Zainudin (timbalan)

Menteri Dalam Negeri
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Datuk Wira Abu Seman Yusop (timbalan),Jelaing Mersat (timbalan)

Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan
Datuk Seri Dr Rais Yatim
Datuk Joseph Salang Gandum (timbalan),Senator Heng Seai Kie (timbalan)

Menteri tenaga, teknologi hijau dan air
Datuk Peter Chin Fah Kui
Noriah Kasnon (timbalan)

Menteri kemajuan luar bandar dan wilayah
Datuk Seri Shafie Apdal
Datuk Hassan Malek (timbalan),Datuk Joseph Entulu Belaun (timbalan)

Menteri pengajian tinggi
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
Datuk Dr Hou Kok Chung (timbalan),Datuk Saifuddin Abdullah (timbalan)

Menteri perdagangan antarabangsa dan industri
Datuk Mustapa Mohamed
Datuk Mukhriz Mahathir (timbalan),Datuk Jacob Dungau Sagan (timbalan)

Menteri sains, teknologi dan inovasi
Datuk Dr Maximus Ongkili
Fadillah Yusof (timbalan)

Menteri sumber asli dan alam sekitar
Datuk Douglas Uggah Embas
Tan Sri Joseph Kurup (timbalan)

Menteri pelancongan
Datuk Ng Yen Yen
Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib (timbalan)

Menteri pertanian dan industri asas industri
Datuk Noh Omar
Datuk Johari Baharum (timbalan),Datuk Rohani Abdul Karim (timbalan)

Menteri pertahanan
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (timbalan)

Menteri kerja raya
Datuk Shaziman Abu Mansor
Datuk Yong Khoon Seng (timbalan)

Menteri kesihatan
Datuk Liow Tiong Lai
Datuk Rosnah Rashid Shirlin (timbalan)


Menteri belia dan sukan
Datuk Ahmad Shabery Cheek
Datuk Razali Ibrahim (timbalan),Wee Jeck Seng (timbalan)

Menteri sumber manusia
Datuk Dr S Subramaniam
Datuk Maznah Mazlan (timbalan)

Perdagangan dalam negeri dan hal-ehwal pengguna
Datuk Ismail Sabri Yaakob
Datuk Tan Lian Hoe (timbalan)

Menteri perumahan dan kerajaan tempatan
Datuk Kong Cho Ha
Datuk Lajim Ukin (timbalan)

Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat
Datuk Seri Sharizat Jalil
Datin Paduka Chew Mei Fun (timbalan)

Menteri luar
Datuk Anifah Aman
A Kohilan Pillay (timbalan),Datuk Lee Chee Leong (timbalan)

Menteri wilayah persekutuan
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Datuk M Saravanan (timbalan)
RK : Harap barisan kabinet kerajaan Malaysia ini boleh bekerja bersungguh-sungguh untuk rakyat. Barisan kabinet yang bebas dari rasuah dan yang paling menarik sekali Dato'Mukhriz Mahathir dilantik sebagai Timbalan menteri MITI. Tahniah Dato' Mukhriz. BERANI BERUBAH!