10 August 2009

Good Luck To Azureen



Sempat jugak aku dan family dinner dengan Azureen yang akan melanjutkan pelajaran nya ke Universitas GajahMada di Jogja pada Jumaat nie. Akhirnya tercapai jugak cita-cita kakak sina untuk melihat anaknya melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di university tersebut. Good luck to Azureen and take care!!

Pameran Photo Sultan Perak











Hujung minggu kurang sibuk digunakan untuk melawat pameran photo Sultan Azlan Shah yang berlangsung sehingga 9hb Ogos. Pameran yang menarik dan sempat ambik beberapa keping gambar untuk dijadikan kenangan. Wife aku siap menang hadiah cabutan bertuah berupa vaucher MPH....hehehhehe...rezeki anak.

04 August 2009

Tukar Chassis dan Body Cover





Dah enam tahun aku pakai waja dan sampai la masanya waja aku terpaksa pencen dan direhatkan. Sedih jugak terpaksa merehatkan waja aku tapi nak buat macam mana dah ditahap yang tak boleh diselamatkan lagi. Aku tetap berbangga pernah memiliki waja dengan bernombor AEV 4374 Julai 2003. Sayonara........

01 August 2009

Menyusahkan orang je





KUALA LUMPUR 1 Ogos - Kira-kira 200 orang yang mempunyai kaitan dengan perhimpunan haram Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ditahan di sekitar ibu negara sehingga pukul 4 petang ini, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Mohammad Sabtu Osman sebelum ini berkata, antara lokasi tangkapan ialah berhampiran Masjid Negara, Padang Merbok, Dataran Merdeka, Pasar Seni, Istana Negara, Masjid Jamek dan kompleks membeli belah Sogo.

Badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Gabungan Mansuhkan ISA (GMI), yang membantah undang-undang itu mengadakan perhimpunan di ibu negara hari ini bagi menyatakan pandangan mereka berhubung perkara itu.

Polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan kira-kira 10,000 orang yang menyertai perarakan Gerakan Mansuh ISA (GMI) itu.

H1N1: Lepak kat rumah aje


Kes h1n1 semakin menular kat Ipoh nie. Baru je dapat info dari rakan2 kat sekolah terlibat. Mungkin malam nie boleh tengok berita. So minggu nie saya dan family duduk kat rumah je la walaupun ada member ajak ke Sua Rasa melawat gerai dia kat sana.

Kes mansuhkan ISA sehingga pagi nie, member kat KL bagitau masih lagi undercontrol. Tapi jalan nak masuk ke bandaraya KL memang jam teruk. Tak paham dengan pembangkang nie, asyik2 nak cari publisiti murahan. Apa2 pun korang pk la sendiri mana yang baik dan mana pulak yang buruk. Enjoy ur w'end.