21 June 2010

SMS untuk GAZA


Kawan-kawan yang ingin menderma untuk GAZA...

Sila taip 32928. Setiap SMS kawan-kawan akan disumbangkan ke Tabung GAZA Aman Malaysia dan SMS anda berjumlah hanya RM0.50 sahaja. Sumbangan dan sokongan anda untuk menentang kezaliman Israel terhadap penduduk GAZA.

Ayuh kawan-kawan....

12 June 2010

World Cup Fever

Soccer City..

Hampir dua bulan tak update blog ini. Nak mula cam mane pun tak tahu la. Nak letak gambar apa? Macam-macam cerita terlepas nak tulis disebabkan sibuk atau malas nak tulis atau dah update dalam FB. Tapi FB pun malas nak tulis jugak melainkan hanya membaca kawan-kawan punye profail. Tapi ayu memang rajin update FB dan boleh la kongsi cite dari FB ayu...apa-apa pun malam ini kemeriahan World Cup mula terasa so sepanjang bulan ini layan bola je la disamping persiapan mesyuarat bahagian dua minggu berturut-turut mulai minggu depan...
Sapa juara World CUP?? Pilihan saya Argentina..

10 April 2010

K-One host for Ipoh District Police Meeting.


Pada hari Khamis lepas, K-one menjadi tuan rumah untuk 'Ipoh District Police Officers Monthly Meeting' yang dihadir hampir 40 orang pegawai polis dari pelbagai cawangan dan balai polis sekitar Ipoh. Program seperti ini mendekatkan K-One dengan Polis kerana K-One menghasilkan pelbagai jenis produk telekomunikasi dan 99% untuk pasaran luar negara. Ramai member yang lalu sekitar K-one pada hari tersebut terus call saya untuk mengetahui cerita pasal kereta Polis yang banyak di luar K-one. Ketua Polis Ipoh tak dapat hadir dan diwakili oleh Timbalan beliau dan sebagai penghargaan K-One telah menghadiahkan kepada polis Ipoh 'K-One GPS'. Apa-apa pun korang semua jangan lupa beli saham K-One dan masa semakin hampir...harganya korang pk la sendiri.....heheheheh

20 March 2010

Happy Birthday To Rosyad Kamal





Pada 4 hb Mac lepas, Rosyad menyambut hari lahirnya yang pertama. Tak ada majlis birthday pun kali ini pasal kami sibuk dengan kerja. tapi just bagi goodies je kepada budak-budak sekitar Taman Desa Lang dan anak-anak sedara yang sebaya dengan Rosyad.

13 March 2010

Selamat Pengantin Baru Syed Storm





Saya ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada saya Iskandar Syed Reezal atau lebih dikenali sebagai Syed Storm. Insya allah kami akan hadir pada 27hb nie kat Tropicana Ballroom..
hehehe...kahwin jugak akhirnya taukey beso kita nie. Khai Mox bila plak nak kahwin nie??? PK la sendiri.......heheheheheheh