30 June 2009

Nik Ajis dan Musang.........


Petang tadi sempat berbual dengan seorang rakan mengenai politik dan agak kecewa dengan kenyataan beliau yang menyebelahi pembangkang padahal baru je naik pangkat sebagai timbalan pengarah di ..........( korang pk la sendiri ). Seperti macam pembangkang yang lain yang dah tak ada modal dan cakap pun macam Nik Ajis yang menuduh UMNO komunis dan rasuah padahal makan gaji pakai duit kerajaan. Kawan saya ini tanah dah dapat, rumah banglo dah pun buat pakai duit kerajaan tapi still nak kondem UMNO dan siap sambung belajo pakai duit JPA lagi. Inilah contoh-contoh rakyat yang tak kenang budi kerajaan dan sebiji macam kawan kita si ah chong bintang tiga ( korang pk la sendiri sapa ah chong nie ). Pada mereka-mereka nie, saya sarankan berhenti je la keje di kerajaan tu dan berniaga la macam Nik Ajis. Lagi klass, boleh jadi ulama yang pandai putar belit gunakan fakta agama dan boleh la pulak ajak berdebat dengan Perdana Menteri. Lagi senang bila buat bisness pasal boleh la dibonekakan oleh DAP dan PKR.
.
Petikan dari blog vanggeyvanggey>>>ni penyakit yang sedang menular di seluruh Malaysia sebenarnya, ramai yang bekerja dengan kerajaan tetapi hati mereka terpaut pada pembangkang, kepada mereka semua pun saya sarankan, berhentilah kerja dan bagilah peluang pada orang lain!Anda tidak semEstinya menyokong kerajaan apabila anda berkerja untuk kerajaan! Anda juga seharusnya tidak menyokong pembangkang, anda kena jadi neutral, bukan disini atau disana, kerajaan mungkin datang dan pergi tapi kita tetap ada kat situ sampai pencen atau pun samapi kita mati kan?Jadi betulkan nizat anda jangan menyebelahi mana-mana pihak, hanya jalankanlah tanggungjawab anda sebagai pekerja kerajaan dengan amanah dan efisien! Kalau anda tak puas hati dengan kerajaan janganlah tunjuk depan-depan, luahkan perasaan itu di atas kertas undi! Tolong jangan jadi "Musang berbulu Ayam" atau lebih teruk lagi "Musuh dalam Selimut"

28 June 2009

Happy Birthday Bobo

Yong Tau Fu diganti dengan kek ! Ada tiga garpu dan 4 sudu !
Rasa la Yong Tau Fuu yang disedikan oleh Khalid.

Happy Birthday to BoBo@Azana Rita. Tak sempat nak ajak rakan-rakan lain join celebration untuk birthday Bobo, last minute plan! So, kami ( myself, ayu, alllisa, rosyad and bobo ) just makan kat Rest. Malay Thai di Jelapang. Tak ada kek tapi diganti dengan Yong Tau Fuuuu yang disedikan oleh sahabat saya bro Khalid ( pemuda Meru ) !!! Oh yee! Ini hari jadi BoBo yang ke ......................( korang pk la sendiri ).

Walk bout with TPM in Ipoh




Kesempatan berjalan 'walk bout' with TPM memang tak dilepaskan oleh saya dan rakan-rakan NGO yang lain pada 25hb lepas anjuran MBI dan kerajaan negeri. Lepas penat berjalan, kami disajikan dengan hidangan yang sungguh lazat sehingga menjilat jari. Idli, kesuri, teh madras memang menjadi kegemaran kami.
.
Majlis berjalan lancar sekali walaupun ada khabar-kahabr angin yang majlis akan dikacau oleh golongan tertentu. Sapa golongan tersebut?? Korang pk la sendiri sapa deme-deme yang berfikran sempit tu........

23 June 2009

Melayu yang pentingkan diri !


Saya sikit pun tak terkejut dengan mainan politik PAS mengenai kerajaan perpaduan dan bagi saya mereka yang dalam gambar ini adalah melayu yang pentingkan diri sendiri. Mereka suka melihat melayu berpecah belah. Bak kata kawan saya si blogger parpukari, kalau kita jumpa ular dengan PAS...........( korang pk la sendiri ).

Ustaz Fadzil sepanjang hayatnya dikatakan tidak pernah menutup pintu rundingan termasuk dengan UMNO tetapi Nik Aziz adalah pemimpin PAS yang cukup phobia dengan usaha perpaduan ini. Dan Isnin semua skrip wayang kerajaan perpaduan –lengkap sudah!
Dalam erti kata lain, kini PAS tidak lagi boleh dianggap parti yang boleh menjamin survival orang Melayu. Dan UMNO walaupun dilihat lemah, sebenarnya masih mampu memastikan nasib orang Melayu terus terbela.

21 June 2009

Tahniah Pemuda Gng Masoorat


Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua sahabat-sahabat saya yang sudi hadir ke persidangan tahunan pemuda umno cawangan gunung masoorat. Inilah kehadiran paling ramai sekali sejak saya mengambil alih menjadi ketua pemuda cawangan. Ternyata rakan-rakan saya bersemangat menghadiri persidangan kali ini dan ada yang dah sampai seawal 8.30 pagi walaupun persidangan dijangka dimulakan pada pukul 9.30 pagi. Siapa kata Umno dah kurang sokongan pemuda. Kita mesti ada gaya tersendiri untuk menarik sokongan pemuda dan bukannya dihari mengundi nak cari pemuda! Itu trend lama dan pemuda mesti berubah!


Tak dapat nak ambil gambar pasal camera tertinggal kat umah. adussss. Apa2 pun tahniah kepada pemuda, wanita dan cawangan kerana selesai menjalankan tanggungjawab kita sebagai ahli umno.