25 November 2009

US Investor to Malaysia

Satu berita yang menarik dan kita kena berkerja keras. Tahniah kepada PM Najib !!!Lawatan ke US berjaya !!
The star>>NEW YORK: Fund managers, including those who represent huge pension funds worth trillions of dollars in the United States, have expressed interest in investing in Malaysia but want the Government to ensure continuity of its liberalisation policy.

Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, who briefed fund managers, bankers and corporate leaders here on Monday, said they liked the “Malaysian story” but wanted the Government to continue with its economic reforms to get results.

The financial community welcomed the re-listing of Maxis, saying it gave them the opportunity to invest in a major counter. They also indicated interest in investing in companies with big market funds, good potential and governance.

One complaint however, was the lack of liquidity market and not enough companies with big market capitalisation. There were also calls to have “free float” of shares and for EPF, Khazanah and PNB to reduce their equity so that more shares could be sold in the open market.

“If we want to make Malaysia more attractive, we have to read the signals and act accordingly.Otherwise, in terms of market play, we will be marginalised,” he told a press conference held after a series of meetings with investors and captains of the financial industry that lasted over six hours.

18 November 2009

Perdana Menteri Malaysia di FB


Menarik FB PM kita nie. Jangan lupa add kan di FB anda !!! Promote...hehehhehe.

KUALA LUMPUR 17 Nov. – Laman Facebook rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bukan sahaja berperanan sebagai platform untuk rakyat menyuarakan pandangan bahkan memberi peluang kepada semua pihak mengenali pemimpin nombor satu negara itu secara mendalam. Hanya dengan klik ke alamat www.facebook.com/najibrazak, pengunjung boleh berkongsi maklumat peribadi Perdana Menteri yang jarang diketahui oleh masyarakat.
Dalam laman sosial itu, beliau mendedahkan pelbagai aktiviti yang dilakukan daripada menghadiri mesyuarat dan bekerja sehinggalah menonton perlawanan bola sepak membabitkan pasukan kegemarannya Manchester United, makan ikan patin dan mengunjungi kedai buku.

Antara aktiviti beliau yang dipaparkan untuk tatapan pengunjung:

Dengan pengunjung laman Facebook, Najib turut berkongsi minatnya terhadap penyanyi dan muzik pilihan beliau seperti Ronan Keating - When You Say Nothing At All; Harry Belafonte - Jamaica Farewell dan Ben E. King - Save The Last Dance. Najib turut menamakan filem-filem yang menjadi pilihannya iaitu Gladiator, A Few Good Men dan yang menampilkan aktor Denzel Washington termasuklah Deja Vu. Saluran televisyen kegemaran beliau pula adalah CNN, History Channel, Discovery Channel dan National Geographic.

Perdana Menteri turut berkongsi dua petikan oleh Colin Powell yang menjadi kegemarannya iaitu “ambil serius mengenai kerja anda tapi jangan terlalu serius dengan diri anda” serta “jangan tergesa-gesa bertindak terhadap sesuatu perkara, ia kebiasaannya dilihat lebih baik pada hari berikutnya.” Mengenai dirinya, Najib menulis: “Kehidupan saya sangat sibuk tetapi saya sukakannya. Pada masa lapang saya fokus kepada makan tengah hari bersama keluarga pada hari Ahad, menonton televisyen bersama anak-anak dan bercuti.

“Paling banyak mempengaruhi saya ialah arwah ayah saya, Allahyarham Tun Abdul Razak. Tetapi saya mengagumi kemahiran pidato dan sikap tidak mudah mengalah Sir Winston Churchill, Nelson Mandela kerana pengorbanan beliau dan tidak pernah gentar dengan kesusahan dan John F. Kennedy.” Sementara itu dalam laman blog www.1malaysia.com.my, Perdana Menteri teruja untuk memaklumkan mengenai penyertaannya dalam Facebook.

Katanya, sebagaimana blog 1Malaysia dan penyertaannya dalam Twitter, beliau akan menggunakan Facebook untuk menyampaikan pemikiran dan aktiviti kepada setiap lapisan rakyat. “Di samping memaklumkan status terbaru, saya juga akan berkongsi pautan foto Flickr, video daripada You Tube dan maklumat berhubung kegemaran peribadi saya seperti masakan dan aktiviti masa lapang kegemaran saya.

“Silalah berkunjung ke laman Facebook saya bila-bila anda ada kelapangan, silalah berikan pandangan anda bagaimana saya boleh menjadikannya lebih baik lagi,” katanya

Petikan dari utusan 18/11/09. Sumber gambar dari Flickr/ Najib. Diedit oleh admin.

05 November 2009

Wang Insan Kelante


RK>> Bagi pun salah, tak bagi pun salah. Ini la adat pembangkang. Koje deme asyik nak membangkang je. Korang pk la sendiri. Baik tak yah bagi langsung. Tapi PM dok pk pasal rakyat Kelantan dan bukan pasal PAS atau Nik Azezzz.

KUALA LUMPUR: The Federal Government will pay a compassionate fund, or wang ehsan, to Kelantan for oil extracted from waters off the state, Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak announced. He said the payment, in the form of development programmes for the state and the poor, would begin next year.

“The allotment of wang ehsan to Kelantan will take into consideration the production and sale of petroleum from the Bumi Selatan field. “The allotment will be channelled after a detailed report on the amount of gas produced. The first allocation is expected to be in 2010,” he said in Parliament yesterday during the question-and-answer session.

Salahuddin Ayub (Kubang Kerian-PAS) had asked Najib to state when oil royalty claims by the Kelantan government would be paid by Petronas. Najib said the development programmes would be carried out by the Federal Government after negotiating with the state government.
“This decision reflects the Federal Government’s commitment to ensure that people from all walks of life enjoy the benefits of the country’s development, concurrent with the inclusive principle and 1Malaysia spirit practised by the Government,” he said.
sumber petikan dari TheStar.

28 October 2009

Takziah kepada keluarga yang terlibat.


Takziah diucapkan kepada semua keluarga terlibat dan harap lepas nie kita lebih berhati-hati dalam apa jua yang kita lakukan terutama melibatkan kanak-kanak.

Izinkan saya meminjam petikan rakan saya dari blog taipingmali untuk dipaparkan kat blog nie.

Apa yang berlaku di SK Kuala Dipang ialah kerana;

Kontraktor buat kerja cincai , tak ikut spec, tak ikut prosedur keselamatan.
Nisbah guru pengiring dengan murid tak cukup.
Tidak ada kawalan keselamatan.
Pelajar bebas bebas ke hulu ke hilir tanpa pengawasan.
Guru lebih banyak buat hal sendiri dan berbual bersama rakan.
Guru menyerahkan tanggujawab kepada ketua kem sahaja.
Tidak ada peringatan tentang bahawa bermain diatas jambatan gantung.
Budak-budak terlalu seronok diatas jambatan dan mungkin yang menghenjut-henjut kerana teruja dengan jambatan yang boleh membuai.
Ketua kem atau jurulatih kurang pengalaman dalam hal perkhemahan.
Tidak ada penyelamat yang mempunyai pingat gangsa atau atau kelulusan JPAM.
Guru syok sendiri sebab dapat keluar dari sekolah.

Apa-apa pun korang pk la sendiri dan saya harap pihak berkenaan dapat melakukan siasatan dengan segera.

24 October 2009

Bajet Untuk Rakyat.

Bagi saya ini satu bajet yang menarik untuk rakyat ditengah kegawatan ekonomi dunia dan harap tahun depan ekonomi dunia kembali beransur pulih dan orang macam saya disektor swasta akan peroleh lebih banyak manfaat dari bajet yang dibentangkan oleh Perdana Menteri kita.

Petikan dari utusan >>KUALA LUMPUR 23 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyampaikan ucapan bajet sulungnya sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan selama dua jam dengan lancar tanpa sebarang gangguan atau celahan daripada barisan pembangkang yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang memakai baju Melayu berwarna biru muda memulakan ucapannya pada pukul 4.05 petang dengan membuat permohonan kepada Yang Dipertua, Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk mencadangkan Rang Undang-Undang Perbekalan (2010) dibaca bagi kali kedua.
Sebelum itu, Najib masuk ke dalam Dewan kira-kira pukul 3.53 petang sambil disambut oleh Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berbaju Melayu berwarna hijau muda.
Ketika mula-mula bangun membentang ucapan Bajet 2010 yang bertemakan '1Malaysia, Kemakmuran Bersama' setebal 55 muka surat, Najib diberikan tepukan meja paling bergemuruh oleh para penyokong kerajaan.

Beliau memulakan ucapan bajet itu yang bertujuan menjadi asas pembentukan model ekonomi baru dan pembuka tirai kepada Rancangan Malaysia Ke-10 dengan menyatakan:
"Sesungguhnya bajet ini merupakan bajet sulung saya sejak memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan.

"Bersempena itu, suka saya memulakan bajet pertama ini dengan membacakan firman Allah SWT dalam surah Al-Zukhruf, ayat ke-32 yang bermaksud: Adakah mereka berkuasa membahagi-bahagikan rahmat Tuhan mu wahai Muhammad?"
Pada masa sama, bertentangan dengan mereka di barisan pembangkang, Anwar yang berbaju Melayu berwarna hijau tua turut dilihat tekun mendengar ucapan itu dan sekali-sekala melontar senyuman.

Bajet yang dibentangkan melibatkan cadangan peruntukan RM191.5 bilion yang merupakan pengurangan 11.2 peratus berbanding peruntukan RM215.7 bilion ketika Bajet 2009.
Sepanjang menyampaikan ucapannya, Perdana Menteri diberikan tepukan meja lebih 50 kali oleh penyokong kerajaan apabila beliau mengumumkan langkah-langkah yang akan dilakukan kerajaan untuk kesejahteraan rakyat.

Tepukan juga diberikan apabila beliau bermadah:
"Berdasarkan semua yang dinyatakan tadi, moga beraraklah awan mendung dan sinar mula menampakkan wajahnya."

Najib juga diberikan tepukan apabila memberikan peringatan dengan nada tegas:
"Kepada pihak swasta dan syarikat milik kerajaan. Dalam kejayaan meraih keuntungan, hendaklah jangan dilupa kepada tanggungjawab sosial. Kembalilah berbudi kepada masyarakat."
Najib juga mendapat tepukan meja paling gemuruh daripada wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dari Sabah dan Sarawak apabila mengumumkan kerajaan akan membina jalan luar bandar dan jalan kampung dengan peruntukan RM857 juta di Kapit, Lawas dan Simunjam di Sarawak serta Kinabatangan, Kota Belud dan Keningau di Sabah.

Ketawa kecil di kalangan wakil rakyat juga kedengaran ketika beliau menyebut nama Kinabatangan kerana Ahli Parlimen di situ, Datuk Bung Moktar Radin adalah antara wakil rakyat paling lantang bersuara di Dewan Rakyat mendakwa kerajaan tidak banyak membantu kawasannya.

Tepukan meja sekali lagi diberikan oleh wakil rakyat kedua-dua negeri berkenaan apabila beliau mencadangkan supaya kerajaan meneruskan Skim Program Lonjakan Mega dengan peruntukan RM141 juta di Batang Sadung dan Batang Lupar, Sarawak dan Pulau Banggi, Sabah.
Kedengaran juga beberapa kali ungkapan "Ya...ya" daripada wakil rakyat termasuk apabila beliau menyebut: "Mahu tidak mahu kadar pemilikan komputer dan penembusan jalur lebar harus ditingkatkan. Barulah nanti masyarakat negara ini celik IT, setanding dengan rakyat di negara maju lain."

Ketawa kecil sekali lagi kedengaran ketika beliau mengumumkan kerajaan akan memperkenalkan perkhidmatan kesihatan klinik komuniti yang akan dinamakan Klinik 1Malaysia di kawasan bandar.

Semua wakil rakyat BN dan pembangkang dilihat turut menepuk meja apabila Perdana Menteri mengumumkan penjawat awam bagi Gred 41 hingga Gred 54 dan setaraf dengannya serta pesara wajib kerajaan akan menerima bayaran khas RM500 pada Disember ini.
Pada akhir ucapannya, Najib mendapat tepukan paling bergemuruh daripada penyokong kerajaan apabila beliau sekali lagi bermadah mengenai kerajaan yang mementingkan rakyat dan ke arah menuju 1Malaysia.

"Sesungguhnya, inilah bajet yang menelesuri keperluan dan meresapi denyut nadi rakyat. Sesungguhnya inilah satu persembahan yang tulus dan ikhlas daripada kerajaan yang menjiwai rakyat.

"Bulatkan tekad, tetapkanlah hasrat, menjunjung Gagasan 1Malaysia, segala yang mustahil kan pasti nyata. 1Malaysia, kemakmuran bersama."

Sepanjang ucapannya Najib dilihat meneguk air yang disediakan sebanyak empat kali bagi menghilangkan haus seawal 30 minit ucapan bermula.

Sejurus selepas Najib selesai menyampaikan ucapannya tepat pukul 6.04 petang, Pandikar Amin mengumumkan sesi Dewan Rakyat ditangguhkan dan perbahasan rang undang-undang itu akan disambung pada Isnin ini