13 February 2010

Gong Xi Fa Cai




Esok masyarakat Tionghua baik di Malaysia mahupun di seluruh dunia bakal menyambut Tahun Baru Cina.Tahun ini, kalendar Cina berputar kepada Tahun Harimau. Menurut kepercayaan, harimau amat dihormati sebagai lambang kepimpinan, tenaga, keberanian, menjaga kemewahan dan melindungi daripada kejahatan.

Meski ada yang berpendapat Tahun Harimau bukanlah tahun yang cukup baik terutama jika diukur daripada aspek ekonomi, namun, ia tidak menghalang masyarakat Tionghua untuk bekerja lebih keras demi kesejahteraan hidup.

Bercakap mengenai sambutan Tahun Baru Cina, pada saat ini, pastinya ramai yang sudah membuat persiapan bagi memeriahkan lagi suasana tahun baru.

Saya dan keluarga ingin mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada semua sahabat-sahabat saya dimana jua anda berada. Insya allah saya akan berada di umah MB Perak untuk sama-sama merayakan gong xi fa cai.....yehaaa..

10 February 2010

Dr.Zambry Kadir MB Perak yang sah


Rasa-rasa kena tulis pasal topik nie pasal ada kaitan dengan sejarah Perak dan boleh diceritakna pada anak cucu nanti...heheheh. Pagi tadi terima sms dari rakan yang dah ada kat mahkamah jalan duta, memang seronok la dengar ds zambry menang dengan bergaya...5-0 beb!

So aku berharap la rakan-rakan aku yang tak sependapat nie supaya bersabar je dan tunggu PRU yang akan datang. Kalau nak pilih Nizar, baik korang cepat2 piu daftar sebagai pemilih. Sembang memang kencang tapi yang lawaknya masih tak daftar lagi dan sorang pulak dah daftar tapi kena undi kat Johor.

Aku memang gembira kerana bagi aku ds zambry sorang yang senang dibawak berbincang dan aku dah plan nak buatkan kertas keje supaya Perak menjadi negeri Industri yang besar dari Selangoir dan Penang kerana mempunyai kos buruh yang rendah sekaligus dapat menjana peluang pekerjaan di negeri Perak. Aku plan nak bagi kat ds zambry bulan 3 nanti sempena lawatan dia ke kawasan industri silibin.....

27 January 2010

Budget Meeting




Pada 15 dan 16 hb Januari lepas, berlangsungnya management meeting dan budget meeting 2010. Hmm, memang kena keje lebih kuat tahun nie dengan forecast sales sebanyak 120 mil. Harap boleh achieve supaya share K1 naik dan naik lagi.....hehehehehe...ESOS ...beli beli beli !!

24 January 2010

FB vs Blog

Dua tiga hari nie tak leh sangat nak mengadap net kerana masih terasa sakit-sakit lagi. Harap minggu depan dah ok. Nie la mc yang paling lama pernah dapat sejak memulakan alam pekerjaan....hehehehe. Rasa bersalah pun ada bila tak pergi kerja tapi memang sakit bila nak buat keje-keje berat..hmmm.

Rasa-rasa tahun nie nak aktifkan balik blog nie, mungkin nak ubah layout, nak tambahkan shoutbox dan nak tambahkan kawan-kawan bloggers. Nak keluarkan blog-blog politik nie. Nak komen macam Pejoi plak ( http://www.muhammadfaizul.blogspot.com/ ). Kalau boleh nak tulis pasal kes pasir nie tapi biar la dulu. Biar betul-betul sihat dulu....heheheheh. Boring plak dengan FB nie. Nak cari balik kawan2 bloggers...g'nite...zzzzzzzzzzz

23 January 2010

Terima kasih semua

Terima kasih kepada semua...pembedahan mata selesai sudah. Ingatkan pembedahan kecil, tapi bila masuk OT, rasa takut la pulak, maklum la tak pernah duduk hospital bila besar nie.

Terima kasih kepada dr.Gill, hops Fatimah, agen anda sdra bob dan great eastern kerana membiayai pembedahan mata saya. Terima kasih jugak kepada wife saya ..ayu kerana sanggup ambik cuti untuk stay dengan saya.

Lepas seminggu dua nie boleh la mulakan dunia blogging yang dah lama saya tinggalkan. Hmm..pejam celik dah nak habis dah bulan Januari 2010 nie. Cepatnya masa berlalu...