13 February 2010

Gong Xi Fa Cai




Esok masyarakat Tionghua baik di Malaysia mahupun di seluruh dunia bakal menyambut Tahun Baru Cina.Tahun ini, kalendar Cina berputar kepada Tahun Harimau. Menurut kepercayaan, harimau amat dihormati sebagai lambang kepimpinan, tenaga, keberanian, menjaga kemewahan dan melindungi daripada kejahatan.

Meski ada yang berpendapat Tahun Harimau bukanlah tahun yang cukup baik terutama jika diukur daripada aspek ekonomi, namun, ia tidak menghalang masyarakat Tionghua untuk bekerja lebih keras demi kesejahteraan hidup.

Bercakap mengenai sambutan Tahun Baru Cina, pada saat ini, pastinya ramai yang sudah membuat persiapan bagi memeriahkan lagi suasana tahun baru.

Saya dan keluarga ingin mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada semua sahabat-sahabat saya dimana jua anda berada. Insya allah saya akan berada di umah MB Perak untuk sama-sama merayakan gong xi fa cai.....yehaaa..

10 February 2010

Dr.Zambry Kadir MB Perak yang sah


Rasa-rasa kena tulis pasal topik nie pasal ada kaitan dengan sejarah Perak dan boleh diceritakna pada anak cucu nanti...heheheh. Pagi tadi terima sms dari rakan yang dah ada kat mahkamah jalan duta, memang seronok la dengar ds zambry menang dengan bergaya...5-0 beb!

So aku berharap la rakan-rakan aku yang tak sependapat nie supaya bersabar je dan tunggu PRU yang akan datang. Kalau nak pilih Nizar, baik korang cepat2 piu daftar sebagai pemilih. Sembang memang kencang tapi yang lawaknya masih tak daftar lagi dan sorang pulak dah daftar tapi kena undi kat Johor.

Aku memang gembira kerana bagi aku ds zambry sorang yang senang dibawak berbincang dan aku dah plan nak buatkan kertas keje supaya Perak menjadi negeri Industri yang besar dari Selangoir dan Penang kerana mempunyai kos buruh yang rendah sekaligus dapat menjana peluang pekerjaan di negeri Perak. Aku plan nak bagi kat ds zambry bulan 3 nanti sempena lawatan dia ke kawasan industri silibin.....