25 January 2012

Gong xi fa chai


Saya dan keluarga mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina pada semua rakan-rakan blog ini. Semoga Tahun Naga (water dragon)akan membawa lebih kejayaan dan keamanan kepada kita semua rakyat Malaysia yang tercinta ini. Gong Xi Fa Chai !

* gambar diatas diambil dari blog seorang kawan.

07 January 2012

Selamat Tahun Baru 2012

Cepat aje 2011 meninggalkan kita dan dah seminggu masuk tahun 2012. Rasa-rasanyeh semua benda yang ditarget pada tahun 2011 dah dicapai dan harap tahun 2012 punye target pun akan dicapai hujung tahun nie.

Rasa-rasa tahun nie ada PRU13 dan kepada semua kawan-kawan, saya ucapkan selamat mengundi in advance....heheheh.

Bila PRU 13 ye??...hmmm korang pk la sendiri.

Konsert Maher Zain.



Stadium Perak di Ipoh malam Ahad lalu mencatatkan rekod apabila kira-kira 60,000 peminat Maher Zain membanjiri konsert Untukmu Rakyat anjuran kerajaan Negeri Perak. Inilah konsert terbesar Maher Zain, penyanyi berketurunan Lubnan berbanding konsert-konsert yang pernah dibuat di negara ini ataupun di mana-mana negara sebelum ini. Konsertnya di Toronto, Kanada sekadar berjaya menarik 20,000 orang peminat dan dianggap konsert paling berjaya sebelum konsert malam tadi di Ipoh.
Konsert Maher Zain Live in Concert 2011 di Stadium Melawati (Selangor) pada 25 dan 26 Feb lalu sekadar mengumpul 7,000 orang penonton. Dan untuk rekod, Fan Club Maher Zain (Facebook) di Malaysia setakat ini berjumlah 242,228 orang. Janji Menteri Besar Perak Dato’ Seri Dr.Zambry Abd Kadir untuk mengisi stadium berkenaan dengan seramai peminat dan penonton menepati sasarab asal.
Malahan bagi mereka yang tidak ada tiket yang diberi secara percuma sejak seminggu lalu juga diberi kesempatan memasuki ke stadium untuk memeriahkan lagi konsert berkenaan.

Konsert bermula jam 8.00 malam dengan hos popular tv, Datuk AC Mizal selaku pengacara berjaya mencuit hati puluhan ribu penonton sehingga mereka tertawa terbahak-bahak serta sekaligus menyediakan mereka untuk persembahan Maher Zain sejam kemudian. Dr.Zambry dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli tiba jam 8.15 malam kerana keadaan trafik di bandaraya Ipoh malam Ahad agak sesak dengan orang ramai yang mengambil kesempatan “keluar makan malam dan bersiar-siar” kerana cuti Krismas.
Walaupun penonton datang dari seluruh Perak serta juga dari luar negeri ini tumpuan penonton juga pada personaliti yang sentimental membawa Maher ke Ipoh iaitu Menteri Besar Perak. Beliau berpakaian santai—t-shirt hitam tertera gambar dan nama Maher Zain di depan. Dr.Zambry sempat meluangkan masa masuk ke tengah padang untuk menemui orang ramai dan kelihatan penonton tidak segan silu “memaksa” Menteri Besar itu bergambar dengan mereka. Pada satu peringkat Menteri Besar “terperangkap di tengah-tengah kesesakan orang ramai” bagi memenuhi kehendak sebahagian besar “peminatnya” yang mahu bergambar. Menteri Besar juga memenuhi hajat budak berusia 10 tahun yang menarik tangannya mahu bergambar sebagai gambar kenangan manakala Dato Zainol Fadzi, Exco Kesenian, Belia & Sukan, yang mengiringi Dr.Zambry, Dato’ Hamidah Osman, EXCO Pelancungan juga bersama-sama mereka) merakamkan detik bersejarah itu buat budak berkenaan.
Maher Zain memulakan persembahan pada jam 9.45 malam dan mengakhirinya sekitar jam 11.05 malam diiringi pemuzik-pemuzik yang dibawa khas dari Kanada serta backup singers terdiri daripada tiga budak Melayu tempatan.Macam yang diduga umum lagu hitsnya Inshaallah dan For the Rest of My Life yang didendangkan dalam bahasa Melayu mendapat tepukan bergemuruh dari para penonton yang rata-rata, sepanjang masa, duduk di atas padang beralaskan rumput dengan berbumbungkan langit. Empat belas buah lagu yang Maher dendangkan termasuklah lagu-lagu seperti Ya Nabi Salam Alayka, Hold My Hand, Palestine Will Be Free, Thank You Allah dan Open Your Eyes.
Penonton juga terhibur dengan Maher yang berpakaian kebangsaan lengkap bersongkok dan bersampin (dihadiahkan Dr.Zambry) menyampaikan sebuah lagu “bonus”( For The Rest of My Life). Untuk rekod album Maher di Malaysia adalah “best selling album” memenangi Anugerah.

Cerita Maher tidak habis di stadium tapi pagi ini (Isnin) beberapa peminatnya terserempak dengan idola mereka yang memandu sebuah kereta Ferrari berwarna merah. Sebelum itu Maher kelihatan menjamu selera di sebuah restoren nasi beriani yang terkenal di Ipoh. Rahayu Rashid (dan suaminya, Prem Kamal) tidak menduga hasratnya untuk bertemu dan bergambar dengan Maher menjadi nyata.
Berikut ialah tulisan Rahayu kepada Agenda Daily pengalaman bertemu Maher Zain di sebuah restoren Isnin:
”Teruja! dan Tak Sangka! dapat bertemu muka dengan Maher Zain petang tadi. Masa nak keluar rumah sebelum tengok konsert beliau malam tadi, memang ada pasang angan-angan nak bergambar dengan Maher Zain, tapi yelah, dalam puluhan ribu orang tu, harapan bertemu beliau tentulah tipis. Walau bagaimanapun, dapat bergambar dengan boss nombor satu negeri Perak, YAB Dato’ Seri Zambry Abd Kadir yang turut sama mengenakan kemeja-T dengan gambar Maher Zain, Live In Ipoh pun cukup cool untuk dikongsi dalam facebook!!
Cuti hujung minggu sempena Hari Natal hari ini diisi dengan aktiviti membeli belah dan makan-makan. Penangan konsert malam tadi, suami saya masih memakai kemeja-T Maher Zain yang dipakainya malam tadi. Jadi, selepas shopping barangan keperluan sekolah, kami sekeluarga memilih untuk makan tengahhari di Restoran Pakeeza, Ipoh.
”Tempat letak kereta yang penuh di hadapan restoran hampir-hampir membuatkan kami tak jadi makan di situ, memandangkan jam hampir pukul 2 petang dan anak-anak pun dah kelaparan. Jeng, jeng, jeng!!! Tiba-tiba saya terpandang ke tingkat atas restoran dan MasyaAllah, saya terpandang Maher Zain yang sedang melambai-lambai tangan dan serta merta meminta suami berhentikan kereta.
”Sangat kebetulan dan kalau terlambat 5 minit pasti tak dapat bergambar dengan beliau. Cool!! Beliau ramah dan murah senyuman! Saya beritahu beliau, saya ada menonton konsert beliau malam tadi dan beliau bertanya sama ada konsert beliau bagus dan adakah saya terhibur. Saya beritahu yang konsert tersebut hebat dan suara beliau sama macam dalam CD yang saya beli.. hehehe!! Beliau turut memuji rakyat Perak yang baik hati dan teruja untuk berjumpa peminat di Perak lain kali”.-25/12/2011-


Petikan dari agenda daily >>OLEH YUSOF HARUN