19 September 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Esok umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri , kurang 1 jam lagi dari sekarang. Perut masih lagi kenyang makan satay lepas takbir raya...hehehehe. Tahun nie aku sambut dengan sederhana aje pasal ekonomi dengan gawat dan ekonomi aku pun masih gawat jugak sepanjang 9 bulan nie. Cukup la raya tahun nie dirayakan bersama dengan ahli keluarga baru, anak lelaki aku berumur 6 bulan dan nie membuatkan aku cukup terhibur. Satu lagi, aku dapat merayakan hari raya dengan kete baru aku dan tak sabar nak test drive kat highway pada raya kedua nanti.
.
Akhir kata, aku dan keluarga ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri dan maaf zahir batin. Minta maaf le, blog lambat update bulan puasa nie dan insya allah aku akan kembali menulis lepas nie. Nak duit raya....mai la umah aku di Gunung Lang.

15 September 2009

Samy Vellu perlu bertanggungjawab !!

Apa salahnya Tun Dr. Mahathir memilih Dato' Subra sebagai timbalan presiden MIC. Itu pandangan peribadi beliau. Samy Vellu pulak terasa pedas atau rasa dihina dengan kata-kata tersebut dan terbukti tak mampu mengawal perbahasan yang menghina Dr.Mahathir. Bagi aku Samy Vellu perlu letak jawatan sekarang dan biarkan keadaan reda dan supaya BN boleh membuat persiapan menghadapi PRU13 ...Samy ohhh Samy apa sudah jadi sama MIC !!

MIC perlu minta maaf

KUALA LUMPUR 14 Sept. - Para pemimpin UMNO menyifatkan cadangan perwakilan MIC supaya meletakkan 'kalungan selipar' pada gambar Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai perbuatan melampau, biadab dan kurang ajar.
Sehubungan itu mereka mendesak pimpinan MIC supaya segera bertanggungjawab dengan mengambil tindakan ke atas perwakilan berkenaan termasuk parti itu sendiri perlu meminta maaf kepada Dr. Mahathir.

08 September 2009

Terima Kasih


Terima kasih kepada semua yang sudi wish aku pada 06.09.09. Usia semakin meningkat la pulak.......hehehehehheh

04 September 2009

Sekitar gambar buka posa GAP





Sekitar majlis berbuka puasa GAP di PTTC Meru Raya. Sungguh meriah dan mendapat sambutan yang mengalakkan walaupun majlis tersebut dikenakan sedikit bayaran. Time2 gawat nie mana laa nak dapatkan sponsor. Tak pe la, dah nama pun graduan, mesti la kena keluar duit sedikit. Kepada sponsor-sponsor semua diucapkan terima kasih kerana sudi sponsor majlis tersebut. Thank you kepada Bobo, my wife, khai, masri, bob, nurul, epoi dan nazrul dan semua yang menjayakan majlis tersebut.