27 December 2011

24 December 2011

Membantu adik-adik kembali ke sekolah.

Source: Utusan Malaysia - 22 December 2011

Mengimbau kembali pada masa dahulu, sebahagian besar daripada mereka yang berada di puncak kejayaan kebanyakannya berasal daripada keluarga yang serba kekurangan. Sewaktu kecil, mereka pernah merasa mempunyai hanya sepasang baju sekolah ataupun menyarung baju bersaiz besar yang telah digunakan oleh kakak atau abang. Malah ada malu ke sekolah kerana hanya memiliki pakaian compang-camping dan lusuh. Realitinya, ramai di kalangan mereka yang berjaya dan berjawatan besar hari pernah merasai erti kemiskinan.
Sama ada ketika di zaman persekolahan, ketika di kampus ataupun di peringkat awal kerjaya. Keadaan itu cukup menyakitkan dan mengaibkan. Bukan hanya pada orang tetapi juga pada diri sendiri. Oleh itu, setiap pelajar yang susah akan berazam untuk mengubah cara hidup dengan berusaha bersungguh-sungguh sehingga mendapat pekerjaan baik, sekali gus mengubah status kehidupan. Kita yang asalnya susah dan 'makan untuk hidup' kini bertukar senang dan kini 'hidup untuk makan' sehinggakan kesenangan yang dikecapi itu menjadikan segelintir daripada kita terlupa akan erti kemiskinan. Itulah pentingnya pendidikan kepada generasi muda dalam mengubah nasib hidup sesebuah keluarga.
Namun terdapat juga faktor kepincangan dalam pendidikan anak-anak adalah kerana berlakunya kesempitan hidup yang melampau. Sebenarnya kesempitan hidup bukan alasan untuk mendidik anak dengan baik. Banyak anak-anak dari golongan fakir yang berjaya dan soleh. Ibu bapa mereka berjaya mendidik dengan baik walaupun mempunyai kemampuan kewangan yang terhad. Namun tidak dinafikan, hakikat kesempitan hidup dan pengangguran sedikit sebanyak boleh menjejaskan kestabilan keluarga dan pendidikan anak-anak.



Islam amat mengambil berat soal pengukuhan sosial umatnya. Syariat Islam bukan sahaja menyeru manusia bekerja kuat, bahkan mempunyai elemen-elemen sokongan untuk membasmi kemiskinan. Islam meletakkan asas yang kukuh agar kekayaan diagihkan dengan adil supaya golongan yang fakir atau miskin sentiasa terbela. Islam amat mengutamakan kesaksamaan, mensyariatkan zakat serta menggalakkan sedekah agar mereka yang berada terdorong untuk menghulurkan bantuan kepada yang susah.
Islam amat menggalakkan umatnya agar melindungi dan membantu mereka yang kurang bernasib baik seperti golongan miskin, anak-anak yatim, ibu tunggal serta warga emas atau sakit dan tidak mampu menyara hidup. Ganjaran yang besar dan berganda ini dijanjikan kepada mereka yang sudi menghulurkan bantuan secara ikhlas. Jika umat Islam menghayati galakan Islam yang hebat ini, nescaya setiap pihak yang kurang bernasib baik pasti terbela. Walaupun harta bukan jaminan kepada kejayaan pendidikan anak-anak, namun ia sekurang-kurangnya dapat mengelakkan kemelaratan dan kesempitan yang mungkin menjerumus anak-anak ke lembah kerosakan akhlak. Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 220 yang membawa maksud: Anak-anak yatim adalah amanah Allah SWT, orang yang dipertanggungjawabkan menjaga kebajikan mereka perlu melaksanakan tanggungjawab mereka dengan seadil-adilnya.
Mereka telah dijanjikan limpah kurnia di dunia dan balasan syurga dan mendampingi baginda di syurga kelak. Ini jelas menunjukkan bahawa setiap ahli masyarakat juga mempunyai tanggungjawab sosial untuk menghulurkan bantuan demi meringankan bebanan rumah anak-anak yatim yang kadang-kadang mengharapkan bantuan daripada orang ramai. Ketika ini dengan sesi persekolahan bakal bermula, pasti ramai ibu bapa yang hidupm dibelenggu kemiskinan gusar bagaimana mahu menyediakan keperluan sekolah untuk anak-anak. Menjejaki anak-anak yang kurang berkemampuan dan membantu mengurangkan beban penderitaan mereka merupakan satu usaha kebajikan Islamic Aid Malaysia (IAM). Ini juga merupakan salah satu usaha dalam berkongsi nikmat yang telah Allah kurniakan bersama dengan mereka yang kurang berkemampuan. Justeru itu, program kemanusiaan yang bertemakan projek Kembali Ke Sekolah merupakan program komuniti bagi membantu pelajar-pelajar kurang berkemampuan mendapatkan pembiayaan persediaan untuk kembali ke sekolah. Program itu menumpukan kepada anak-anak yatim miskin dan anak-anak fakir miskin di kawasan luar bandar.
Melalui program tersebut IAM bersama rakan penaja akan bersama-sama membantu pelajar-pelajar terpilih untuk menyediakan kelengkapan persekolahan sebelum bermulanya sesi persekolahan 2012. Ia merangkumi seragam sekolah, kasut, beg sekolah dan juga alat tulis. Program berkenaan akan dilaksanakan oleh para sukarelawan dan juga rakan kerjasama pertubuhan. Setiap penerima manfaat akan diperuntukkan sebanyak RM150 untuk membeli kelengkapan sekolah yang diperlukan.

Kedai Raykat 1Malaysia di Manjoi

Mengenai Kedai Rakyat 1Malaysia.



'Kedai Rakyat 1 Malaysia', adalah merupakan sebuah kedai yang berkonsepkan pasar mini yang menjual pelbagai barangan keperluan asas dengan harga yang rendah. Inisiatif ini lahir dari YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak diatas keperihatinan beliau untuk meringankan beban rakyat berpendapatan rendah yang tinggal di kawasan bandar. Ini juga bertepatan dengan slogan “Rakyat Didahulukan” yang telah diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.




Penubuhan ‘Kedai Rakyat 1 Malaysia’ ini juga diharap dapat mengawal kenaikan harga barangan runcit sewenang-wenangnya yang selama ini telah didominasi oleh syarikat pengeluar antarabangsa.
Perbezaan Kedai Rakyat 1 Malaysia dengan kedai – kedai runcit yang lain adalah, barangan keperluan asas seperti beras, minyak, susu tepung, lampin pakai buang dan banyak lagi dipek dengan jenama “Kedai Rakyat 1 Malaysia”. Setakat ini, terdapat sebanyak 250 jenis barangan yang telah dijenamakan dengan jenama ini dan ianya akan bertambah dari masa ke semasa

Antara kelainan yang turut terdapat di Kedai Rakyat 1 Malaysia ini adalah menjual pelbagai barangan yang telah dibungkus semula dalam kuantiti yang lebih kecil dan sedikit bagi membolehkan pengguna yang berpendapatan rendah masih dapat membeli barangan tersebut berdasarkan pada kemampuan dan keperluan mereka. Antara barangan yang telah dipek semula adalah beras 1kg , serbuk kari 100gm dan lampin pakai buang dipek dalam kuantiti yang kecil.

Keutamaan penjenamaan produk di bawah jenama “Kedai Rakyat 1 Malaysia” ini diberikan kepada barangan keluaran Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Selain daripada membantu rakyat mendapatkan barangan pada harga rendah, ini juga secara tidak langsung dapat membantu para pengusaha PKS untuk memajukan serta meningkatkan hasil jualan produk keluaran mereka dan seterusnya membantu mereka untuk bersaing di pasaran runcit yang lebih moden.

22 December 2011

Dah umur 10 tahun rupenyer..







Pejam celik dah 10 tahun usia K-one dan dah hampir 9 tahun saya kerja kat sini. Awal-awal dulu ramai rakan-rakan kat luar saya 'write off' saya hanya akan kekal untuk 2 tahun maklum la hobi saya dulu suka lompat kerja. Buat masa ni belum lagi terfikir untuk tukar kerja kerana ada satu dua project lagi yang masih belum betul-betul kick off lagi. Apa-apa pun tahniah kepada K-one dan boss-boss K-one terutama Edwin Lim ( MD ) dan Martin Lim ( CEO ).