27 April 2009

Majlis Kesyukuran





Last saturday family buat majlis kesyukuran untuk sedara mara dan kenalan rapat. Manage to take some shots of photo. Majlis kesyukuran sempena birthday Allisa, my father and my wife habis pantang. Doa selamat dibaca oleh sahabat kita, Saudara Shuhaimi. Please view.

26 April 2009

Obama 100 days.


WASHINGTON, (AFP) - - In his high-velocity first 100 days, Barack Obama has sketched the outlines of a presidency of astounding ambition, which would remake the United States at home and transform its role abroad. Inheriting a crisis of a magnitude few recent precessors faced, Obama seems to have steadied America's nerves despite the wrenching financial blight.
He unleashed a huge government intervention in the economy, passed a historic 787-billion-dollar stimulus bill and now has high-stakes environmental and healthcare reforms on the launchpad. Abroad, Obama swapped George W. Bush's swagger for a cupped ear, giving Russia respect it craves, reaching out to Muslims and vowing to drain decades of enmity with foes Cuba and Iran.
Obama, 47, once panned by rivals as inexperienced, slipped on the mantle of president with ease, in unflappable style. Despite missteps on cabinet nominations and the fallout of Bush-era terror interrogations, his team has mostly dominated the political message.
Many initiatives, including engaging Iran, battling the global crisis and subduing North Korea also depend on events and actors outside Obama's control. For example, despite a euphoric welcome, Obama failed to crown a Europe trip this month with large numbers of new NATO troops for Afghanistan.
But the White House says results take time and exuded satisfaction after a Latin American summit last week.Despite a fast start, eased by Democratic majorities in Congress and a demoralized Republican party, it is unclear whether Obama's political touch will endure on divisive issues like healthcare and climate change.
The stimulus bill, packed with spending on everything from high speed trains to rebuilding schools, also included tax cuts and was twinned by a simultaneous multi-billion dollar plan to aid the foreclosure-sapped mortgage market.

RK. Hmm, nape tiba-tiba cite pasal Obama ! Pasal saya memang kagum dengan dia dan saya nak letakkan satu posting pasal dia. Tahniah kepada Obama. 100 hari yang tak menghampakan.

Syabas PM Najib.





Semalam lawatan mengejut pemimpin No 1 Malaysia ke kawasan paling sibuk di KL iaitu di Jalan TAR dan Puduraya . Ia mengimbas kembali zaman bapanya Tun Abd Razak yang selalu turun padang melihat kesusahan rakyat di bawah .Sudah tentunya ramai rakyat di sana petang kelmarin terkejut dengan kehadiran Najib.Dahulu Pak Lah pun pernah melakukan lawatan mengejut menaiki komuter melihat kesusahan rakyat bersesak dan menunggu komuter. Pastinya jika lawatan turun padang ini lebih kerap, ia akan mengubah pandangan rakyat dan menunjukkan pemimpin BN melakukan kerja dan bukan hanya berpolitik je sepanjang masa spt pembangkang.

RK. Saya ingin ucapkan tahniah kat PM kita DS Najib kerana langkah berani melawat Jalan TAR semalam dalam kehangatan warga KL dilanda demam Piala FA. Semalam hari paling sibuk buta saya, petang buat doa selamat dengan kawan2 rapat dan sedara mara dan malam tengok bola depan TV. Sedih tengok Kelantan kalah tapi tak pe la, kalah penalti je. Sian Indra...miss out his penalty kick! Esok saya try upload gambar-gambar kenduri doa selamat pulak.

25 April 2009

FA Final :Kelantan Vs Selangor.


Saturday night, Malaysian football will see a titanic battle between its own Reds when the “Red Warriors” of Kelantan take on the “Red Giants” of Selangor in the FA Cup final at the National Stadium in Bukit Jalil.While Selangor have been a major force in local football over the years, Kelantan, whose revival has spiced up the footballing scene in the country, will be hunting for their first major silverware in 88 long years.Although the teams will not be featuring any foreign players, the FA of Malaysia (FAM) are expecting a sell-out crowd of 90,000 spectators for the final.

Underdogs Kelantan are bent on making history by capturing their first-ever major trophy since 1921. And they will not be alone – more than 40,000 of their passionate and vociferous fans from all over the country will be at the stadium tonight cheering their team on.
It looks like the whole of Kelantan is gripped by the euphoria of the Cup final, a feeling Selangor coach K. Devan knows very well.

KELANTAN (4-4-2)
Goalkeeper: Shahrizan Ismail.
Defenders: Zairol Fitri, Md Zamri Ramli, Mohd Farisham, Sarudy Aziz.
Midfielders: Mohd Badri Radzi, Indra Putra Mahayuddin, Md Rizal Fahmi, Ahmad Ezry.
Strikers: Mohd Norfarhan Mohd, Khalid Jamlus.


SELANGOR (4-4-2)
Goalkeeper: Mohd Hamsani Ahmad.
Defenders: Khairul Annuar Baharom, Nasriq Baharom, D. Surendran, Razman Roslan.
Midfielders: Mohd Hardi Jaafar, Mohd Amri Yahyah, C. Premnath, Mohd Fitri Shahzuan.
Strikers: Mohd Safee Sali, R. Surendran.


Petikan dari theStar. Online.


RK. Team pilihan aku pastilah Kelantan. Saya ramalkan Kelantan akan menag 2-1 malam ini dan gol akan dijaringkan oleh anak jati Perak, Indra dan Khalid. Apa-apa pun, ini ramalan saya je, luu pk la sendiri berapa bijik gol yang Kelantan akan sumbat kat Selangor...hehehehehe

23 April 2009

Smart Pen.


Satu produk yang menarik dari K-One dan telah pun berada di pasaran. Sesuai digunakan oleh semua lapisan masyarakat. Malaysia baru start nak pakai produk nie padahal negara-negara Eropah telah mula gunakan pada tahun 2003 semasa lawatan saya ke salah sebuah negara Eropah. Memang menarik dan amat sesuai digunakan oleh student dan saya jangkakan produk nie akan lebih murah bila sayarikat Malaysia mula mengeluarkannya hujung tahun nie. Apa-apa pun luu pk la sendiri sama ada produk sesuai atau tak digunakan oleh rakyat Malaysia khususnya student.

22 April 2009

Happy Birthday To Allisa







Hari ini hari jadi allisa yang ke tujuh. Dah memasuki alam persekolahan dan begitu cepat masa berlalu. Banyak betul perkara yang berlaku dalam masa tujuh tahun nie. Will have the celebration on this Saturday. Kawan-kawan dijemput hadir sekali memeriahkan majlis tersebut pada sebelah petang.

20 April 2009

Nurul Aishah


Semalam sempat pergi sekejap ke rumah Nurul untuk kenduri doa selamat sebelum Nurul dan family berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadah umrah selama dua minggu.

Sedih je Nurul semalam dan sempat bagitau yang dia ada call Rizal ( zals.blogspot ) mengatakan dia akan transit kat Doha dalam perjalanan balik tapi Zals kan ada kat Nairobi...hehehehe.

Ada jugak kawan baik Nurul semalam kat kenduri, Sugi. Persoalannya, sapa yang Nurul minat sebenarnya? Apa2 pun korang pk la sendiri ye kerana saya dah tak larat nak pk dah!

19 April 2009

Daulat Tuanku !







Sultan Perak Sultan Azlan Shah hari ini bertitah bahawa seseorang raja sebenarnya berada di atas politik dan tidak boleh turun untuk berdebat dengan terbuka dalam memberi jawapan dan penerangan untuk menangkis tohmahan dan fitnah yang dilemparkan oleh kumpulan politik tertentu.



Baginda bertitah tindakan kumpulan politik berkenaan yang sampai ke peringkat menghasut rakyat untuk mencetuskan huru-hara selain turut mencemar institusi raja dengan menyemai rasa benci rakyat terhadap raja merupakan satu perbuatan 'menyalakan api dalam sekam' yang amat berbahaya dan boleh memusnahkan kerukunan rakyat dan negara.



"Betapa perbuatan kuasa politik telah mencemar dan mempamerkan wajah hodoh dengan membenarkan kelakuan orang-orang sedemikian. Matlamat kini dibenarkan menghalalkan cara.
"Betapa kumpulan politk tertentu merasakan mereka tidak pernah silap serta memiliki kekebalan. Betapa pula beberapa individu politik yang merasakan diri mereka tidak pernah melakukan kesalahan, memiliki imuniti daripada sebarang tindakan undang-undang sehingga undang-undang diketepikan atas matlamat untuk mendapatkan kuasa," titah baginda pada istiadat menghadap sembah taat setia dan penganugerahan darjah kebesaran negeri Perak sempena ulang tahun keputeraan ke-81 baginda di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar hari ini.



Sultan Azlan bertitah pada hemat baginda, negara kini telah terlalu berlebihan berpolitik sehingga menjejaskan produktiviti ekonomi dan imej negara di kaca mata antarabangsa.
"Dalam menghadapi kemelut ekonomi yang sedang melanda dunia ketika ini, aktiviti-aktiviti politik secara keterlaluan kerana perebutan kuasa ini tidak akan memberi manfaat kepada warga, malah rakyat biasa akan menjadi mangsa terpaksa bergelut untuk memiliki keperluan hidup harian," titah baginda.

Baginda bertitah oleh itu para pemimpin yang mewakili kumpulan politik yang berbeza perlu mencari titik pertemuan dan kaedah bekerjasama di antara mereka demi kepentingan negara dan warga. Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan tiga orang lagi mendahului senarai 800 penerima darjah kebesaran dan pingat sempena ulang tahun ke-81 keputeraan Sultan Azlan, pada majlis penganugerahan hari ini.



Petikan dari Bernama. 18hb April 2009.



RK. Titah ucapan Baginda Sultan terang2 ditujukan kepada pakatan pembangkang yang dipimpin oleh Nizar, Nga dan Ngeh. Opps ! Me talking politics again ! hehehe...bab politics nie memang tak boleh lagi la kat Perak nie tapi insya allah nie semua akan berakhir selepas 6hb May 2009 dan DUN Perak akan bersidang pada 7hb May 2009 atas perkenan Sultan Perak.



Apa2 pun luu pk la sendiri demi kebaikan rakyat negeri Perak khususnya orang melayu !

18 April 2009

Penanti : What a waste !


Many authorities have acknowledged that frequent by-elections are a costly affair for taxpayers.
Umno secretary-general Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor said there had been a ‘lot of unnecessary’ by-elections lately and that they were done on purpose.
PAS secretary-general Datuk Kamaruddin Jaafar, however, disagreed and said having by-elections was a price the country had to pay for a “functioning democracy.”
Deputy Election Commission chairman Datuk Wan Ahmad Wan Omar said the potential Penanti by-election could cost RM300,000 depending on the number of registered voters and the remoteness of the area.
Inspector-General of Police Tan Sri Musa Hassan said the five by-elections had “swallowed” so much of the police’s funds they were forced to adjust their allocation for other projects.

From theStar. 18th April 2009.



RK: Kesemua tiga pilihan raya kecil disebabkan oleh PKR dan Anwar sendiri. Tak habis-habis nak politik. BN should stay away from Penanti by election and should focus on the party unity especially among Umno's. The party need more activities to represent the spirit of 1Malaysia.

Apa2 pun ...lu pk la sendiri !

16 April 2009

PROTON EXORA












As an offering, this one must surely rank as an absolute highlight for a company that has well and truly come back from the ropes. Indeed, it’s all the more impressive given the fact that it’s unchartered waters that’s being treaded.

Say hello then to the Proton Exora, the country’s first fully homegrown MPV. As the third part of the great comeback, following on the successes of the Persona and Saga, the vehicle - developed from design to completion in 18 months and at a cost of RM450mil - is quite a sterling showpiece, and essentially completes the circle of reinvention for the brand.

The Proton Exora was officially launched tonight at the KLCC by the Prime Minister, Datuk Seri Najib Tun Razak.Bits of the exterior are familiar, yes.The seven-seater MPV enters the market in two iterations, the 1.6l AT Medium-line and 1.6l AT High-line. Both variants are equipped with a four-speed automatic gearbox, which features a retuned transmission control unit and a revised final drive. Roomy it is, inside.There's plenty of kit and gizmos on this one, which is priced at RM69,998 for the Medium-Line and RM75,998 for the High-Line (both on-the-road, without insurance).

RK. Lepas pelancaran semalam, sempat jugak singgah di SAIKAT dan melihat sendiri Exora. My opinion memang worth it for money. You pay RM75K dan you dah dapat semuanya. So sapa-sapa yang nak beli, cepat-cepat la jumpa Iqbal di SAIKAT. Lu pk la sendiri.

15 April 2009

Trainee


Trainee atau pelajar latihan industri atau juga dikenali sebagai INTRA akan menjalani latihan di sini tiap-tiap tahun atau semester. Bermacam ragam dan perangai yang saya akan jumpa. Ada yang bersemangat dan ada juga sekadar nak buat latihan industri. Ada pulak yang bersemangat hanya sementara waktu dan akan boring lepas lawatan pegawai latihan industri mereka selesai. Tapi semua trainee dibawah saya telah berjaya menamatkan latihan industri tanpa sebarang kemalangan di tempat kerja kecuali seorang ni yang terpotong tangan 2 hari sudah.

Waktu tu saya bercuti separuh hari dan bila masuk pejabat, terkejut tengok surat MC trainee ini atas meja saya. Terpaksa soal siasat staff saya dan masih tak puas hati lagi saya pun ajak Rizal temankan saya ke rumah trainee ini. Bila dan tahu keadaan sebenar, baru la lega hati saya.

Luka dalam juga, tangan terpotong kena reflector lampu dan kena 6 jahitan. Nasib baik tak kena urat saraf yang berdekatan. Cuak saya. Kalau kejadian yang lebih besar berlaku, terpaksa la saya mengadap pegawai latihan industri university berkenaan.

Kepada semua trainee, berhati-hati la melakukan kerja sewaktu latihan industri dan kalau tak faham tolonglah tanya, insya allah kami akan membantu. Pengalaman saya kehilangan kawan akibat kemalangan jalan raya semasa bersama menjalani latihan industri benar-benar terasa sehingga hari ini walaupun dah 14 tahun berlalu.

14 April 2009

Selamat Menyambut Vaisakhi





Vaisakhi (bahasa Panjabi: ਵਸਾਖੀ, vaisākhī, juga dikenali sebagai Baisakhi) ialah salah satu pesta menuai kuno di Punjab, yang juga menandakan bermulanya tahun suria baru dan musim menuai baru. Vaisakhi juga membawa kepentingan keagamaan bagi penganut agama Sikh[1]. Vaisakhi jatuh pada hari pertama bulan Vaisakh dalam kalendar Nanakshahi suria, bersamaan dengan 14 April dalam kalendar Gregory.

Vaisakhi merupakan salah satu perayaan yang utama dalam kalendar Sikh, memperingati penubuhan Khalsa pada tahun 1699; ramai yang sangka bahawa inilah Tahun Baru Sikh, tetapi sebenarnya bukan begitu. Vaisakhi juga disambut sebagai bermulanya tahun baru oleh bangsa India di Bengal Barat, Kerala, dan sesetengah rantau lain di India. Guru Nanak Dev (bahasa Panjabi: ਗੁਰੂ ਨਾਨਕ ਦੇਵ Gurū Nānak Dēv) (15 April 146922 September 1539) ialah pengasas agama Sikhisme and Guru yang sulung antara sepuluh Guru Sikhisme.
RK. Saya ingin mengucapkan selamat menyambut Vaisakhi, Vishu, Puthandu atau Varusha Pirappu, Rongali Bihu atau pun Naba Barsha dengan meriahdan tahun mendatang akan berjaya kepada semua," katanya.Saya juga pernah bersekolah di SRK Guru Nanak Ipoh pada tahun 1984~1987....heheheheh.

Tangguh Lagi !


KUALA KANGSAR - Sanggup berhujah selama dua jam semata-mata mahu menangguhkan perbicaraan.Demikian gelagat Augustine Anthony, seorang daripada panel lapan peguam yang mewakili 13 perusuh yang dituduh menyertai perhimpunan haram di hadapan Masjid Ubudiah, Bukit Chandan pada 6 Februari lalu semasa 'berhujah' mengenai Pindaan 51 (a) Kanun Prosedur Jenayah di Mahkamah Sesyen di sini semalam. Hakim Mahkamah, Norsalha kemudiannya membenarkan perbicaraan itu ditangguhkan sehingga 29 April depan. Tiga belas perusuh yang dihadapkan ke mahkamah termasuk seorang wanita.
RK: Rasa bosan nak cerita pasal politik tanahair dalam keadaan krisis ekonomi . Tapi kes nie menarik perhatian kami sekeluarga. Mungkin blog Nazliah mempunyai jawapannya. Harap kes nie diselesaikan dengan cara baik dan semua yang terlibat dibebaskan. Cam ne nak bebas tu, luu pk la sendiri. Petikan dari kosmo online.

12 April 2009

Perdana Menteri Malaysia ke 6


Impian sepanjang hayat Perdana Menteri Malaysia Ke-6, Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak, ialah satu Malaysia yang bersatu padu, aman dan makmur, dengan peluang yang bukan sedikit untuk semua rakyat.

Sebagai putera kepada Perdana Menteri Malaysia Ke-2, Allahyarham Tun Abd Razak.Pemergian bapanya pada ketika yang tidak dijangka, 14 Januari 1976, ketika menjejaki usia 54 tahun, telah menyorongkan Najib ke hadapan sehingga menjadi tumpuan utama. Lima minggu selepas pemergian bapanya, pada usia 22 tahun, Najib telah terpilih untuk mengisi kekosongan kerusi Parlimen Pekan.
Dato' Sri Mohd Najib dilahirkan pada 23 Julai 1953 di Kuala Lipis, Pahang. Beliau telah mendapat pendidikan di St. John’s Institution, Kuala Lumpur dan Malvern Boy’s College, Worcestershire, England sebelum menamatkan pengajian peringkat ijazah dalam bidang Ekonomi Perindustrian daripada Nottingham University. Sekembalinya ke Malaysia pada 1974, beliau telah menyertai dunia korporat bila berkhidmat untuk satu waktu yang singkat dengan Bank Negara, kemudiannya beralih ke PETRONAS (perbadanan petroleum negara) sebagai Pengurus Hal Ehwal Awam.
Pada tahun pertamanya sebagai Ahli Parlimen, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Tenaga Telekomunikasi dan Pos, dan kemudiannya menjawat jawatan Timbalan Menteri Pelajaran dan selepas itu Timbalan Menteri Kewangan. Pada 1982, Perdana Menteri yang baru, Dr. Mahathir Mohamad telah mencalonkan Dato’ Sri Mohd Najib untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri bagi kawasan Pekan. Berikutan dengan kejayaannya, Najib yang berusia 29 tahun ketika itu dilantik menjadi Menteri Besar Pahang, negeri terbesar di Semenanjung Malaysia.

Dato Sri Mohd Najib mula menyandang jawatan Timbalan Ketua Pemuda UMNO pada 1982, dan naik sebagai ketua pergerakan tersebut pada 1987. Pada 1988, setelah satu pergolakan menguasai parti, satu UMNO baru yang telah disusun semula diwujudkan dan Najib telah dilantik sebagai Ketua Pemuda, jawatan yang disandang beliau sehingga 1993. Dalam pilihan raya 1986, Najib dikembalikan sebagai Ahli Parlimen kawasan Pekan, dan dilantik sebagai Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. Pada 1991, Dato’ Sri Najib telah dilantik sebagai Menteri Pertahanan. Pada 1995, Dato’ Sri Najib mengalami perubahan dalam portfolio kabinet, yang mana beliau telah dilantik sebagai Menteri Pelajaran.

Pada 1999, berikutan pergolakan politik pada tahun sebelumnya, Najib memenangi pemilihan semula kerusi Parlimen Pekan. Beliau telah dilantik sebagai Menteri Pertahanan buat kali keduanya dan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memodenkan Angkatan Tentera Malaysia.

Apabila beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 2004, Dato’ Sri Najib telah diserahkan dengan portfolio tanggungjawab yang banyak dan besar, termasuk mengawasi FELDA, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Beliau mempengerusikan 28 Jawatankuasa Kabinet yang membincangkan pelbagai isu.

Dato’ Sri Najib telah berkahwin dengan YABhg. Datin Sri Rosmah Mansor, dan bapa kepada lima orang anak.Pada 3hb April 2009, Dato; Sri Mohd Najib Tun Razak dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia di hadapan Yang di-Pertuan Agong, dalam satu proses peralihan kuasa yang lancar oleh YAB Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi.



RK. Tahniah pada DS Najib yang dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6. Sila layari blog PM iaitu www.1malaysia.com.my. Idea yang menarik dari beliau mewujudkan gagasan satu malaysia, rakyat didahulukan dan pemcapaian diutamakan.

Rosyad Kamal


Kawan-kawan selalu bertanya bila saya nak kenalkan baby baru saya dalam FB, tapi saya agak keberatan nak siarkan dalama FB so saya siarkan dalam blog saya aje. Nie gambar diambil masa potong jambul tempoh hari. Senyap je dia semasa potong jambul, ingatkan akan nangis!

Rosyad dilahirkan pada 4hb Mac 2009 di Kinta Medical Centre dalam kehangatan pemimpin pemimpin Umno berkempen pada pemilihan lepas...hehehe.Berat 2.75kg dan isteri saya terpaksa dibedah kerana darah tinggi. Ingatkan nak bersalin di hospital kerajaan aje tapi disebabkan masalah nie dan difikirkan lebih selamat ke hospital swasta.

Hah, seminggu dua nie kena buat meeting kat rumah je la pasal dah tak leh keluar malam. Jemput la mai ke umah ye!

11 April 2009

Graduan Anak Perak


Objektif Graduan Anak Perak

Membentuk satu golongan graduan melayu daripada pelbagai bidang kerjaya yang berdedikasi untuk mencapai kecemerlangan bangsa melayu di negeri Perak Darul Ridzuan.

Visi Graduan Anak Perak

a) Ingin menjadi satu pertubuhan yang membangunkan dan mencorakkan lanskap graduan melayu Perak.

b) Ingin menyatupadukan komuniti golongan profesional graduan melayu Perak daripada pelbagai disiplin dan bidang kerjaya bersama-sama membangunkan negeri Perak.

c)Ingin menyediakan dan memberikan pendedahan kepada graduan melayu dalam polisi-polisi kerajaan pusat atau negeri dalam pelbagai bidang kepakaran, hak-hak intelek dan idea-idea inovatif.

d)Ingin membuka peluang yang luas kepada golongan graduan belia untuk mengembleng kepakaran dalam bidang masing-masing dan membangunkan perjuangan belia di negeri Perak berdasarkan lunas-lunas Islam.
RK: Sila hubungi graduan anak perak di http://www.gap.org.my/. Ajak la kawan-kawan join GAP. Memang menarik dan happening !!!

Kabinet Kerajaan Malaysia ( April 2009 )


Perdana Menteri - Datuk Seri Najib Razak
Timbalan Perdana Menteri - Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Tan Sri Dr Koh Tsu Koon - perpaduan & pengurusan prestasi
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz - perundangan dan Parlimen
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop - Unit Perancang Ekonomi
Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom - hal ehwal Islam

Timbalan-timbalan menteri:
Datuk Liew Vui Keong,Datuk Dr Mashitah Ibrahim,Datuk SK Devamany,Ahmad Maslan,T Murugiah

Menteri Kewangan I
Datuk Seri Najib Razak

Menteri Kewangan II
Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Datuk Chor Chee Heung (timbalan),Datuk Dr Awang Adek Hussin (timbalan)

Menteri Pelajaran
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Datuk Dr Wee Ka Siong (timbalan),Dr Mohd Puad Zarkashi (timbalan)

Menteri Pengangkutan
Datuk Ong Tee Keat
Datuk Abdul Rahim Bakri (timbalan),Datuk Robert Lau Hoi Chew (timbalan)

Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi
Tan Sri Bernard Dompok
Datuk Hamzah Zainudin (timbalan)

Menteri Dalam Negeri
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Datuk Wira Abu Seman Yusop (timbalan),Jelaing Mersat (timbalan)

Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan
Datuk Seri Dr Rais Yatim
Datuk Joseph Salang Gandum (timbalan),Senator Heng Seai Kie (timbalan)

Menteri tenaga, teknologi hijau dan air
Datuk Peter Chin Fah Kui
Noriah Kasnon (timbalan)

Menteri kemajuan luar bandar dan wilayah
Datuk Seri Shafie Apdal
Datuk Hassan Malek (timbalan),Datuk Joseph Entulu Belaun (timbalan)

Menteri pengajian tinggi
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
Datuk Dr Hou Kok Chung (timbalan),Datuk Saifuddin Abdullah (timbalan)

Menteri perdagangan antarabangsa dan industri
Datuk Mustapa Mohamed
Datuk Mukhriz Mahathir (timbalan),Datuk Jacob Dungau Sagan (timbalan)

Menteri sains, teknologi dan inovasi
Datuk Dr Maximus Ongkili
Fadillah Yusof (timbalan)

Menteri sumber asli dan alam sekitar
Datuk Douglas Uggah Embas
Tan Sri Joseph Kurup (timbalan)

Menteri pelancongan
Datuk Ng Yen Yen
Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib (timbalan)

Menteri pertanian dan industri asas industri
Datuk Noh Omar
Datuk Johari Baharum (timbalan),Datuk Rohani Abdul Karim (timbalan)

Menteri pertahanan
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (timbalan)

Menteri kerja raya
Datuk Shaziman Abu Mansor
Datuk Yong Khoon Seng (timbalan)

Menteri kesihatan
Datuk Liow Tiong Lai
Datuk Rosnah Rashid Shirlin (timbalan)


Menteri belia dan sukan
Datuk Ahmad Shabery Cheek
Datuk Razali Ibrahim (timbalan),Wee Jeck Seng (timbalan)

Menteri sumber manusia
Datuk Dr S Subramaniam
Datuk Maznah Mazlan (timbalan)

Perdagangan dalam negeri dan hal-ehwal pengguna
Datuk Ismail Sabri Yaakob
Datuk Tan Lian Hoe (timbalan)

Menteri perumahan dan kerajaan tempatan
Datuk Kong Cho Ha
Datuk Lajim Ukin (timbalan)

Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat
Datuk Seri Sharizat Jalil
Datin Paduka Chew Mei Fun (timbalan)

Menteri luar
Datuk Anifah Aman
A Kohilan Pillay (timbalan),Datuk Lee Chee Leong (timbalan)

Menteri wilayah persekutuan
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Datuk M Saravanan (timbalan)
RK : Harap barisan kabinet kerajaan Malaysia ini boleh bekerja bersungguh-sungguh untuk rakyat. Barisan kabinet yang bebas dari rasuah dan yang paling menarik sekali Dato'Mukhriz Mahathir dilantik sebagai Timbalan menteri MITI. Tahniah Dato' Mukhriz. BERANI BERUBAH!