11 April 2009

Graduan Anak Perak


Objektif Graduan Anak Perak

Membentuk satu golongan graduan melayu daripada pelbagai bidang kerjaya yang berdedikasi untuk mencapai kecemerlangan bangsa melayu di negeri Perak Darul Ridzuan.

Visi Graduan Anak Perak

a) Ingin menjadi satu pertubuhan yang membangunkan dan mencorakkan lanskap graduan melayu Perak.

b) Ingin menyatupadukan komuniti golongan profesional graduan melayu Perak daripada pelbagai disiplin dan bidang kerjaya bersama-sama membangunkan negeri Perak.

c)Ingin menyediakan dan memberikan pendedahan kepada graduan melayu dalam polisi-polisi kerajaan pusat atau negeri dalam pelbagai bidang kepakaran, hak-hak intelek dan idea-idea inovatif.

d)Ingin membuka peluang yang luas kepada golongan graduan belia untuk mengembleng kepakaran dalam bidang masing-masing dan membangunkan perjuangan belia di negeri Perak berdasarkan lunas-lunas Islam.
RK: Sila hubungi graduan anak perak di http://www.gap.org.my/. Ajak la kawan-kawan join GAP. Memang menarik dan happening !!!

No comments: