26 April 2009

Syabas PM Najib.





Semalam lawatan mengejut pemimpin No 1 Malaysia ke kawasan paling sibuk di KL iaitu di Jalan TAR dan Puduraya . Ia mengimbas kembali zaman bapanya Tun Abd Razak yang selalu turun padang melihat kesusahan rakyat di bawah .Sudah tentunya ramai rakyat di sana petang kelmarin terkejut dengan kehadiran Najib.Dahulu Pak Lah pun pernah melakukan lawatan mengejut menaiki komuter melihat kesusahan rakyat bersesak dan menunggu komuter. Pastinya jika lawatan turun padang ini lebih kerap, ia akan mengubah pandangan rakyat dan menunjukkan pemimpin BN melakukan kerja dan bukan hanya berpolitik je sepanjang masa spt pembangkang.

RK. Saya ingin ucapkan tahniah kat PM kita DS Najib kerana langkah berani melawat Jalan TAR semalam dalam kehangatan warga KL dilanda demam Piala FA. Semalam hari paling sibuk buta saya, petang buat doa selamat dengan kawan2 rapat dan sedara mara dan malam tengok bola depan TV. Sedih tengok Kelantan kalah tapi tak pe la, kalah penalti je. Sian Indra...miss out his penalty kick! Esok saya try upload gambar-gambar kenduri doa selamat pulak.

No comments: