14 April 2009

Tangguh Lagi !


KUALA KANGSAR - Sanggup berhujah selama dua jam semata-mata mahu menangguhkan perbicaraan.Demikian gelagat Augustine Anthony, seorang daripada panel lapan peguam yang mewakili 13 perusuh yang dituduh menyertai perhimpunan haram di hadapan Masjid Ubudiah, Bukit Chandan pada 6 Februari lalu semasa 'berhujah' mengenai Pindaan 51 (a) Kanun Prosedur Jenayah di Mahkamah Sesyen di sini semalam. Hakim Mahkamah, Norsalha kemudiannya membenarkan perbicaraan itu ditangguhkan sehingga 29 April depan. Tiga belas perusuh yang dihadapkan ke mahkamah termasuk seorang wanita.
RK: Rasa bosan nak cerita pasal politik tanahair dalam keadaan krisis ekonomi . Tapi kes nie menarik perhatian kami sekeluarga. Mungkin blog Nazliah mempunyai jawapannya. Harap kes nie diselesaikan dengan cara baik dan semua yang terlibat dibebaskan. Cam ne nak bebas tu, luu pk la sendiri. Petikan dari kosmo online.

No comments: