27 July 2009

www.umnoipohbarat.org


Tahniah diucapkan kepada Umno Bahagian Ipoh Barat kerana berjaya mempunyai laman webnya yang tersendiri. Selama ini umno ipoh barat banyak bergantung kepada blog ahli-ahlinya untuk menyalurkan maklumat bahagian. Tahniah kepada Dato Sham dan En. Hilmi. Hmmm ......admin umnoipohbarat kena la berusaha keras untuk naikkan hits laman web nie.

Nizar memalukan Dewan Ulama


KUALA LUMPUR 22 Julai – Dewan Ulama Pas menyifatkan majlis menyalakan lilin bagi memperingati kematian Teoh Beng Hock di Ipoh, Jumaat lalu yang turut disertai oleh Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai meragukan.
.
Sehubungan itu Ketuanya, Datuk Harun Taib berkata, Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak itu sepatutnya tidak hadir pada majlis tersebut kerana sifatnya yang meragukan itu.Menurutnya, Rasulullah sendiri amat menitikberatkan perkara berkenaan seperti sabdanya yang bermaksud tinggalkan perkara yang engkau ragu dan ambillah perkara yang engkau tidak ragu.“Hadis ini menyuruh kita meninggalkan perkara-perkara yang meragukan iaitu sesuatu yang hukumnya tidak jelas sama ada halal atau haram. Seperti majlis ini adakah ini upacara agama atau sebaliknya?
.
“Sebenarnya Pas telah pun membuat satu garis panduan bahawa majlis-majlis yang meragukan tidak harus dihadiri oleh pemimpin-pemimpin serta ahli-ahli kita,” katanya .Beliau mengulas tindakan Mohammad Nizar menyertai majlis menyalakan lilin anjuran DAP Perak semasa memperingati kematian Beng Hock di Ipoh, Jumaat lepas dan gambar majlis itu disiar oleh New Straits Times pada Sabtu lepas.
.
Dalam pada itu, Harun berkata, beliau tidak pasti sama ada Mohammad Nizar sedar atau tidak mengenai garis panduan berkenaan.“Ini bukan satu fatwa tetapi inilah ketetapan atau garis panduan yang telah kita putuskan selama ini. petikan dari Harakah.


22 July 2009

Betul ke Nizar Murtad?


Dahulu Mufti Perak sudah mengatakan hampir 100,000 orang melayu murtad. Kini apa yang dikatakan oleh beliau adalah benar. Orang melayu pakatan sudah murtad kepada agama kristian. Dan agenda pendakyah kristian sudah hampir berjaya menghancurkan orang islam di Malaysia.Ketika Islam Dicabar, Rasullullah s.a.w Di Hina, Bangkitlah Wahai Umat Muhammad Demi Mempertahankan Akidah Dan Kebenaran Yang Diyakini Kenalilah orang kafir jahanam yang menjadi sahabat PAS...

Allah telah menjelaskan siapakah orang kafir yang sebenarnya...Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka.. Apatah lagi apabila PAS menghina Ayat Allah apabila membenarkan orang kafir membaca potongan Ayat Al-Quran...Nauzubillah.. kini pemimpin mereka pula 'menyerupai tindakan orang kafir'... 'tasyabbaha' membawa lilin yang sudah pasti tidak ada dalam ajaran Islam... Sahlah PAS semakin sesat.... disesatkan oleh DAP kafir!

20 July 2009

Usul Perpaduan


Menyokong Usul Perpaduan - Umno Gunung Masoorat.

Sebenarnya perpaduan diantara kita di Malaysia ini telah lama terjalin, Perpaduan juga adalah teras utama dalam usaha kita untuk mencapai kemerdekaan. Perlu difahami, konsep negara Malaysia hari ini terbina dengan ikatan persefahaman antara pelbagai kaum yang menjadi tunjang penggerak negara. Apa yang pasti ianya bukan terbina hanya dengan sekelip mata atau melalui coretan di atas kertas sahaja sebaliknya ia melibatkan rundingan demi rundingan iaitu perbincangan membentuk kesatuan dalam kepelbagaian.

Dalam aspek perpaduan ini, sesungguhnya ia menjadi ramuan paling penting dalam memastikan kemajuan dan kesinambungan sesebuah negara kerana rakyatnya menjalankan tanggungjawab secara bersama-sama. Untuk aspek perpaduan ini, ambil sahaja negara-negara jiran lain sebagai contoh kepada kesan nipisnya ikatan persefahaman yang ada. Kekacauan dan ketidaktenteraman yang berlaku hinggakan alasan demokrasi dan kebebasan bersuara menjadi alasan ekoran tidak disertai dengan pemikiran rasional dan jati diri rakyatnya yang hanya menyumbangkan kepada keruntuhan sesebuah negara.

Di Negara kita , cuma sejak akhir-akhir ini perpaduan yang kita bina sejak dahulu lagi telah sedikit tercalar dan tercabar disebabkan suasana politik hari ini terutamanya dikalangan orang-orang melayu perpecahan tampak begitu ketara. Di satu masa sampai kepada kemuncaknya apabila SULTAN yang selama ini menjadi ikon kepada orang-orang Melayu dan Ketua Agama sanggup dicabar dan di hina.
Sebenarnya usaha-usaha merapatkan kembali perpaduan orang-orang melayu khususnya di Ipoh Barat telah bermula di peringkat Pemuda Bahagian sebelum ianya hangat diperkatakan, di bawah Pimpinan Ketua Pemuda Sdr.Syamsul Bahrain Putra, Beliau telah mencetuskan beberapa idea dan aktiviti bersama pemuda-pemuda Pas yang sudah pasti dari kalangan orang melayu yang beragama ISLAM,

1) Sebagai contoh, Perlawanan Bola Sepak diantara Pemuda Umno Bahagian Ipoh Barat bersama dengan Dewan Muda Pas Ipoh Timur, program ini mendapat sambutan yang begitu menggalakkan,
2) Menjayakan Majlis Qurban Aidil Adha diantara Pemuda Ipoh Barat, Belia 4B Ipoh Barat, dan Pas berserta penduduk-penduduk pangsapuri Jalan Ashby.

Program seumpama ini perlu diteruskan sebagai satu agenda bersama demi perpaduan sejagat untuk bangsa melayu dan rakyat Malaysia khasnya. Sejarah telah membuktikan, dimana hilangnya empayar-empayar islam yang dahulunya gah..! seperti Empayar Uthmaniyah, Empayar Rom, Empayar Parsi, Kesultanan Melayu Melaka. Semuanya hancur dik perbalahan..
Mahukah tuan-tuan melihat parti Umno yang baru berusia 63 tahun ini hancur kerana tiadanya perpaduan di kalangan orang melayu khususnya umno itu sendiri. Hancur kerana perbalahan, Hancur kerana sikap kita sendiri.

Adakah sanggup kita lihat parti yang memberi kita kesenangan, keharmonian selama ini lenyap..?

Marilah kita bersama-sama kembali bersatu padu, bergabung tenaga, merapatkan kembali saf-saf perjuangan, kembali kepada asas perjuangan, dalam kita terus membela nasib diri, serta anak-anak bangsa kita yang akan datang. Kita lupakanlah persengketaan antara sesame kita, kepada yang pernah kalah dalam pertandingan lupakanlah, hakikat harus diterima, kalahnya kita hari ini bukan bererti kalah itu sentiasa bersama kita. Kepada yang pernah berkecil hati, cari lah penawar untuk diubati, Bangunlah dengan semangat baru, berjuanglah untuk kita memastikan perpaduan ini kembali terjalin, Wa’ima ianya memang susah untuk kita terima dan laksanakan, tapi percayalah sidang perwakilan sekalian,

Sekiranya ini dapat dilaksanakan kembali di dalam UMNO Bahagian Ipoh Barat, kami sidang perwakilan percaya, kita akan menjadi teladan atau pun pencetus dan akan di ikuti di peringkat bahagian yang lain. Setelah perpaduan parti dapat kita kecapi barulah kita keluar dan menunjukkan contoh kepada organisasi-organisasi lain atau pun kepada orang melayu yang berlainan fahaman dan idelogi politik, seperti yang pernah hangat diperkatakan satu masa dulu iaitu Kerajaan Perpaduan antara Pas dan Umno, Kerajaan Perpaduan ini ditolak oleh mereka yang bercadang untuk membincangan hal ini.

Satu Malaysia yang dipelopori oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib juga haruslah difahami dan dihayati terutamanya daripada ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin parti komponen. Tindakan Datuk Seri Mohd Najib selaku pemimpin tertinggi yang sanggup turun padang bertemu dan mendengar permasalahan rakyat tanpa karpet merah seperti yang dilakukan dikawasan-kawasan tumpuan awam sangat wajar diikuti oleh pemimpin-pemimpin dan wakil rakyat BN dalam usaha memberi keutamaan terhadap kepentingan rakyat. Apa yang penting adalah melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin turut diiringi sifat penuh ikhlas, berintegriti serta lebih memikirkan kepentingan rakyat daripada keuntungan peribadi.

Orang Melayu dan Umno itu harus bersatu kembali, barulah slogan Satu Malaysia Rakyat Diutamakan Pencapaian Didahulukan dapat kita laksanakan.

19 July 2009

Satu lagi game !!


Kira ok la jugak kalah 3-2. Hari Isnin pulak macam mana? Berapa bijik Malaysia akan kena? Korang pk la sendiri!!!!
.
Petikan dari Utusan>>KUALA LUMPUR 18 Julai - Berita baik buat peminat fanatik Manchester United apabila juara Liga Perdana England itu bersetuju untuk mengadakan satu lagi perlawanan persahabatan menentang Malaysia, Isnin ini. Perlawanan yang dijadual berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada pukul 8.45 malam itu diatur penganjur, Pro Event bagi menggantikan perlawanan menentang Indonesia di Jakarta yang terpaksa dibatalkan kerana insiden letupan bom yang berlaku di negara itu.

Tiket-tiket bagi perlawanan persahabatan kedua United-Malaysia ini boleh dibeli di kedai-kedai rangkaian barangan sukan Nike dan Al-Ikhsan atau melalui internet (www.ticketpro.com) pada harga RM58 dan RM308.

15 July 2009

NIK AZIZ : AMBO MALU.



Petikan posting dari sahabat saya, si parpukari>>>Ini adalah kejayaan BN yang terbesar kerana berjaya menidakkan majoriti yang besar dimenangi PAS tahun 2008! Tapi pemimpin Umno pulak jangan la berpuas hati dan kena la low profile. Ini masuk kampung je dengan kete besar dan pengawal empat peringkat pulak escort deme. Lu pk la sendiri.!!!
.
KEPUTUSAN RASMI PRK MANEK URAI
Pilihanraya Kecil 2009
Mohd Fauzi Abdullah (PAS) : 5,348
Tuan Aziz Tuan Mat (BN) : 5,283
Majoriti : 65
Pilihanraya 2008
Ismail Yaacob (PAS) : 5,748
Zulkepli Omar (BN) : 4,394
Majoriti : 1,352
.
KEPUTUSAN pilihanraya kecil Manek Urai mungkin adalah tanda awal penyakit krisis keyakinan rakyat terhadap UMNO akan berakhir. Kejayaan mengurangkan majoriti PAS daripada 1,352 undi ke hanya 65, merupakan tanda-tanda awal perubahan hati rakyat terhadap kepimpinan parti ini.Walaupun kalah, tetapi UMNO kalah dengan bergaya. Kemenangan PAS memang telah dijangka kerana pilihanraya kecil ini diadakan di pusat kekuatan PAS – Kelantan. Tetapi kejayaan UMNO mengurangkan majoriti yang besar merupakan satu tamparan hebat di dahi PAS itu sendiri.Bagaimanapun ia tidak bermakna, UMNO boleh berpuas-hati dengan “kejayaan” itu. Terlalu banyak kelemahan dan kesilapan yang perlu diperbaiki. Antaranya ialah, pemimpin UMNO perlu lebih sensitif-rakyat.Protokol perlu diketepikan. Pemimpin UMNO tidak boleh lagi merasakan mereka seperti Presiden Amerika Syarikat yang perlu di kelilingi oleh pengawal-pengawal peribadi serta pegawai khas “empat peringkat”.

Terima kasih Pejol.

Baru je ada kesempatan nak ucap terima kasih kat Pejol ( www.muhammadfaizul.blogspot.com atau selagi aku bisa berbicara ) kerana belanja kami sekeluarga termasuk Bobo makan malam pada ahad lepas. Terima kasih sekali lagi Pejol. Nanti la bila free sikit saya uploadkan gambar-gambar yang telah dijanjikan ....heheheeh...lu pk la sendiri gambar apa yang saya akan upload.

Ok la pejol, dah nak tido la. Baru je balik dari UTP. Nanti la aku blanja korang pulak dan kita tolak semua pinggan kat Bobo....hehehhehe....jangan marah ye !!! Jumpa di FB tau!! Jangan lupa tagged gambar Bobo.

12 July 2009

1suara,1impian,1harapan,1Malaysia.


Di wajah suci anak-anak ini ku lihat sinar

Di hati murni mereka terpahat sebuah impian

Andai sengketa membelenggu sesama

Andai kerakusan menguasai kita

Ke manakan tumpah harapan merekaKerna,

Di bahu kitalah terpikul segunung amanah

Di jemala kita terjunjung selaut ikrar Melunas sumpah, menunai janji

Ayuhlah,Rakan dan taulan, sahabat dan saingan

Lupakan beda lebihkan menerima

Bertatihlah bersamaku, kita berjalan seiringan, kita melangkah sehaluan

1 suara, 1 impian, 1 harapan, 1Malaysia

11 July 2009

Litar F1 di K1



Dalam hujan renyai-renyai pagi tadi, sempat juga kami menyiapkan litar lumba F1K1 yang akan digunakan untuk ujian pemanduan kereta-kereta mini pada minggu depan. Pelumba-pelumba telah pun ditauliahkan dan akan memainkan peranan masing-masing pada minggu hadapan. Sebanyak 2000 kereta perlu disiapkan untuk pelanggan yang sedang menanti sebelum 20hb Julai. Sama-sama la kita tunggu hasil ujiannya minggu depan. Korang pk la sendiri kete apa yang korang nak pakai. Kete saya dah bersiap sedia dahhhhhhhhh .....hehheheheheheheheh

08 July 2009

Melengahkan kes liwat


Peniaga ditahan menjual VCD Persidangan Dun Perak.

Petikan dari agendadaily>>Kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijadual bermula pagi ini telah ditangguhkan ke Rabu depan 15 Julai. Ini kerana peguam utama beliau Suleiman Abdullah sambung cuti sakit. Rabu depan mahkamah akan putus dulu permohonan Anwar nak dapat dokumen-dokumen kes,juga usahanya nak cuba batal kes,lepas itu baru perbicaraan kes sebenar.
.
Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Mat Akin beritahu wartawan mereka rancang nak gerakkan rakyat turun secara aman ke jalanan semasa kes ini dibicarakan. Sebelum ini beliau dakwa pada hari ini 5,000 penyokong akan turun ke mahkamah. Sementara itu polis menahan seorang lelaki Cina yang cuba menjual CD sidang Dewan Undangan Negeri Perak yang kecoh tidak lama dulu kepada orangramai di pekarangan mahkamah.
.
Dalam pada itu Ketua UMNO Bahagian Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee dalam reaksi kepada perkembangan hari ini mendakwa ini semua cubaan untuk lengah-lengahkan kes liwat ini dan menjejaskan kredibiliti mahkamah -

05 July 2009

Ananda beli Newcastle



RK: Topik hangat di pasaran sehingga tengelamkan kehangatan demam pilihanraya Manik Urai ialah mengenai Ananda yang berminat nak membeli Newcastle. Semalam Harian Metro sempat mengulas yang AirAsia melalui Tony Fernandes jugak berminat untuk membeli pasukan yang sama. Semoga bolasepak Malaysia akan memperolehi manfaat dari pembelian pasukan bolasepak Newcastle oleh kedua-dua rakyat Malaysia.
.
Petikan dari Utusan>>Individu kedua terkaya di Malaysia, Tan Sri T. Ananda Krishnan disebut-sebut sebagai prospek utama untuk menjadi penyelamat kepada kelab bola sepak England, Newcastle United. Akhbar Britain, The Sun semalam melaporkan perjanjian bernilai 95 juta pound (RM547 juta) meletakkan taikun media dan telekomunikasi Malaysia itu dalam senarai teratas prospek pembeli kelab The Magpies itu.
.
Akhbar berkenaan dalam laman web rasminya, www.thesun.co.uk melaporkan, Ananda menjadi calon pilihan selepas mengadakan pertemuan dengan pemilik kelab, Mike Ashley dan pengarah urusan mereka, Derek Llambias di London baru-baru ini.
.
Malah, menurut akhbar itu lagi, hartawan dari Malaysia itu bersetuju membeli kelab berkenaan dengan harga 40 juta pound (RM230.3 juta) lebih rendah daripada harga asalnya, 135 juta pound (RM752 juta) ketika ia dibeli oleh Ashley pada 2006.
.
Ananda, 71, merupakan individu ketiga terkaya di Asia Tenggara dengan menguasai gergasi telekomunikasi, Maxis Communications Berhad, syarikat televisyen berbayar, ASTRO All Asia Networks Plc. (ASTRO) dan Sistem Rangkaian Siaran Measat (MEASAT Broadcast Network Systems).