05 July 2009

Ananda beli Newcastle



RK: Topik hangat di pasaran sehingga tengelamkan kehangatan demam pilihanraya Manik Urai ialah mengenai Ananda yang berminat nak membeli Newcastle. Semalam Harian Metro sempat mengulas yang AirAsia melalui Tony Fernandes jugak berminat untuk membeli pasukan yang sama. Semoga bolasepak Malaysia akan memperolehi manfaat dari pembelian pasukan bolasepak Newcastle oleh kedua-dua rakyat Malaysia.
.
Petikan dari Utusan>>Individu kedua terkaya di Malaysia, Tan Sri T. Ananda Krishnan disebut-sebut sebagai prospek utama untuk menjadi penyelamat kepada kelab bola sepak England, Newcastle United. Akhbar Britain, The Sun semalam melaporkan perjanjian bernilai 95 juta pound (RM547 juta) meletakkan taikun media dan telekomunikasi Malaysia itu dalam senarai teratas prospek pembeli kelab The Magpies itu.
.
Akhbar berkenaan dalam laman web rasminya, www.thesun.co.uk melaporkan, Ananda menjadi calon pilihan selepas mengadakan pertemuan dengan pemilik kelab, Mike Ashley dan pengarah urusan mereka, Derek Llambias di London baru-baru ini.
.
Malah, menurut akhbar itu lagi, hartawan dari Malaysia itu bersetuju membeli kelab berkenaan dengan harga 40 juta pound (RM230.3 juta) lebih rendah daripada harga asalnya, 135 juta pound (RM752 juta) ketika ia dibeli oleh Ashley pada 2006.
.
Ananda, 71, merupakan individu ketiga terkaya di Asia Tenggara dengan menguasai gergasi telekomunikasi, Maxis Communications Berhad, syarikat televisyen berbayar, ASTRO All Asia Networks Plc. (ASTRO) dan Sistem Rangkaian Siaran Measat (MEASAT Broadcast Network Systems).

No comments: