20 July 2009

Usul Perpaduan


Menyokong Usul Perpaduan - Umno Gunung Masoorat.

Sebenarnya perpaduan diantara kita di Malaysia ini telah lama terjalin, Perpaduan juga adalah teras utama dalam usaha kita untuk mencapai kemerdekaan. Perlu difahami, konsep negara Malaysia hari ini terbina dengan ikatan persefahaman antara pelbagai kaum yang menjadi tunjang penggerak negara. Apa yang pasti ianya bukan terbina hanya dengan sekelip mata atau melalui coretan di atas kertas sahaja sebaliknya ia melibatkan rundingan demi rundingan iaitu perbincangan membentuk kesatuan dalam kepelbagaian.

Dalam aspek perpaduan ini, sesungguhnya ia menjadi ramuan paling penting dalam memastikan kemajuan dan kesinambungan sesebuah negara kerana rakyatnya menjalankan tanggungjawab secara bersama-sama. Untuk aspek perpaduan ini, ambil sahaja negara-negara jiran lain sebagai contoh kepada kesan nipisnya ikatan persefahaman yang ada. Kekacauan dan ketidaktenteraman yang berlaku hinggakan alasan demokrasi dan kebebasan bersuara menjadi alasan ekoran tidak disertai dengan pemikiran rasional dan jati diri rakyatnya yang hanya menyumbangkan kepada keruntuhan sesebuah negara.

Di Negara kita , cuma sejak akhir-akhir ini perpaduan yang kita bina sejak dahulu lagi telah sedikit tercalar dan tercabar disebabkan suasana politik hari ini terutamanya dikalangan orang-orang melayu perpecahan tampak begitu ketara. Di satu masa sampai kepada kemuncaknya apabila SULTAN yang selama ini menjadi ikon kepada orang-orang Melayu dan Ketua Agama sanggup dicabar dan di hina.
Sebenarnya usaha-usaha merapatkan kembali perpaduan orang-orang melayu khususnya di Ipoh Barat telah bermula di peringkat Pemuda Bahagian sebelum ianya hangat diperkatakan, di bawah Pimpinan Ketua Pemuda Sdr.Syamsul Bahrain Putra, Beliau telah mencetuskan beberapa idea dan aktiviti bersama pemuda-pemuda Pas yang sudah pasti dari kalangan orang melayu yang beragama ISLAM,

1) Sebagai contoh, Perlawanan Bola Sepak diantara Pemuda Umno Bahagian Ipoh Barat bersama dengan Dewan Muda Pas Ipoh Timur, program ini mendapat sambutan yang begitu menggalakkan,
2) Menjayakan Majlis Qurban Aidil Adha diantara Pemuda Ipoh Barat, Belia 4B Ipoh Barat, dan Pas berserta penduduk-penduduk pangsapuri Jalan Ashby.

Program seumpama ini perlu diteruskan sebagai satu agenda bersama demi perpaduan sejagat untuk bangsa melayu dan rakyat Malaysia khasnya. Sejarah telah membuktikan, dimana hilangnya empayar-empayar islam yang dahulunya gah..! seperti Empayar Uthmaniyah, Empayar Rom, Empayar Parsi, Kesultanan Melayu Melaka. Semuanya hancur dik perbalahan..
Mahukah tuan-tuan melihat parti Umno yang baru berusia 63 tahun ini hancur kerana tiadanya perpaduan di kalangan orang melayu khususnya umno itu sendiri. Hancur kerana perbalahan, Hancur kerana sikap kita sendiri.

Adakah sanggup kita lihat parti yang memberi kita kesenangan, keharmonian selama ini lenyap..?

Marilah kita bersama-sama kembali bersatu padu, bergabung tenaga, merapatkan kembali saf-saf perjuangan, kembali kepada asas perjuangan, dalam kita terus membela nasib diri, serta anak-anak bangsa kita yang akan datang. Kita lupakanlah persengketaan antara sesame kita, kepada yang pernah kalah dalam pertandingan lupakanlah, hakikat harus diterima, kalahnya kita hari ini bukan bererti kalah itu sentiasa bersama kita. Kepada yang pernah berkecil hati, cari lah penawar untuk diubati, Bangunlah dengan semangat baru, berjuanglah untuk kita memastikan perpaduan ini kembali terjalin, Wa’ima ianya memang susah untuk kita terima dan laksanakan, tapi percayalah sidang perwakilan sekalian,

Sekiranya ini dapat dilaksanakan kembali di dalam UMNO Bahagian Ipoh Barat, kami sidang perwakilan percaya, kita akan menjadi teladan atau pun pencetus dan akan di ikuti di peringkat bahagian yang lain. Setelah perpaduan parti dapat kita kecapi barulah kita keluar dan menunjukkan contoh kepada organisasi-organisasi lain atau pun kepada orang melayu yang berlainan fahaman dan idelogi politik, seperti yang pernah hangat diperkatakan satu masa dulu iaitu Kerajaan Perpaduan antara Pas dan Umno, Kerajaan Perpaduan ini ditolak oleh mereka yang bercadang untuk membincangan hal ini.

Satu Malaysia yang dipelopori oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib juga haruslah difahami dan dihayati terutamanya daripada ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin parti komponen. Tindakan Datuk Seri Mohd Najib selaku pemimpin tertinggi yang sanggup turun padang bertemu dan mendengar permasalahan rakyat tanpa karpet merah seperti yang dilakukan dikawasan-kawasan tumpuan awam sangat wajar diikuti oleh pemimpin-pemimpin dan wakil rakyat BN dalam usaha memberi keutamaan terhadap kepentingan rakyat. Apa yang penting adalah melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin turut diiringi sifat penuh ikhlas, berintegriti serta lebih memikirkan kepentingan rakyat daripada keuntungan peribadi.

Orang Melayu dan Umno itu harus bersatu kembali, barulah slogan Satu Malaysia Rakyat Diutamakan Pencapaian Didahulukan dapat kita laksanakan.

No comments: