08 July 2009

Melengahkan kes liwat


Peniaga ditahan menjual VCD Persidangan Dun Perak.

Petikan dari agendadaily>>Kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijadual bermula pagi ini telah ditangguhkan ke Rabu depan 15 Julai. Ini kerana peguam utama beliau Suleiman Abdullah sambung cuti sakit. Rabu depan mahkamah akan putus dulu permohonan Anwar nak dapat dokumen-dokumen kes,juga usahanya nak cuba batal kes,lepas itu baru perbicaraan kes sebenar.
.
Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Mat Akin beritahu wartawan mereka rancang nak gerakkan rakyat turun secara aman ke jalanan semasa kes ini dibicarakan. Sebelum ini beliau dakwa pada hari ini 5,000 penyokong akan turun ke mahkamah. Sementara itu polis menahan seorang lelaki Cina yang cuba menjual CD sidang Dewan Undangan Negeri Perak yang kecoh tidak lama dulu kepada orangramai di pekarangan mahkamah.
.
Dalam pada itu Ketua UMNO Bahagian Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee dalam reaksi kepada perkembangan hari ini mendakwa ini semua cubaan untuk lengah-lengahkan kes liwat ini dan menjejaskan kredibiliti mahkamah -

No comments: