30 June 2009

Nik Ajis dan Musang.........


Petang tadi sempat berbual dengan seorang rakan mengenai politik dan agak kecewa dengan kenyataan beliau yang menyebelahi pembangkang padahal baru je naik pangkat sebagai timbalan pengarah di ..........( korang pk la sendiri ). Seperti macam pembangkang yang lain yang dah tak ada modal dan cakap pun macam Nik Ajis yang menuduh UMNO komunis dan rasuah padahal makan gaji pakai duit kerajaan. Kawan saya ini tanah dah dapat, rumah banglo dah pun buat pakai duit kerajaan tapi still nak kondem UMNO dan siap sambung belajo pakai duit JPA lagi. Inilah contoh-contoh rakyat yang tak kenang budi kerajaan dan sebiji macam kawan kita si ah chong bintang tiga ( korang pk la sendiri sapa ah chong nie ). Pada mereka-mereka nie, saya sarankan berhenti je la keje di kerajaan tu dan berniaga la macam Nik Ajis. Lagi klass, boleh jadi ulama yang pandai putar belit gunakan fakta agama dan boleh la pulak ajak berdebat dengan Perdana Menteri. Lagi senang bila buat bisness pasal boleh la dibonekakan oleh DAP dan PKR.
.
Petikan dari blog vanggeyvanggey>>>ni penyakit yang sedang menular di seluruh Malaysia sebenarnya, ramai yang bekerja dengan kerajaan tetapi hati mereka terpaut pada pembangkang, kepada mereka semua pun saya sarankan, berhentilah kerja dan bagilah peluang pada orang lain!Anda tidak semEstinya menyokong kerajaan apabila anda berkerja untuk kerajaan! Anda juga seharusnya tidak menyokong pembangkang, anda kena jadi neutral, bukan disini atau disana, kerajaan mungkin datang dan pergi tapi kita tetap ada kat situ sampai pencen atau pun samapi kita mati kan?Jadi betulkan nizat anda jangan menyebelahi mana-mana pihak, hanya jalankanlah tanggungjawab anda sebagai pekerja kerajaan dengan amanah dan efisien! Kalau anda tak puas hati dengan kerajaan janganlah tunjuk depan-depan, luahkan perasaan itu di atas kertas undi! Tolong jangan jadi "Musang berbulu Ayam" atau lebih teruk lagi "Musuh dalam Selimut"

28 June 2009

Happy Birthday Bobo

Yong Tau Fu diganti dengan kek ! Ada tiga garpu dan 4 sudu !
Rasa la Yong Tau Fuu yang disedikan oleh Khalid.

Happy Birthday to BoBo@Azana Rita. Tak sempat nak ajak rakan-rakan lain join celebration untuk birthday Bobo, last minute plan! So, kami ( myself, ayu, alllisa, rosyad and bobo ) just makan kat Rest. Malay Thai di Jelapang. Tak ada kek tapi diganti dengan Yong Tau Fuuuu yang disedikan oleh sahabat saya bro Khalid ( pemuda Meru ) !!! Oh yee! Ini hari jadi BoBo yang ke ......................( korang pk la sendiri ).

Walk bout with TPM in Ipoh




Kesempatan berjalan 'walk bout' with TPM memang tak dilepaskan oleh saya dan rakan-rakan NGO yang lain pada 25hb lepas anjuran MBI dan kerajaan negeri. Lepas penat berjalan, kami disajikan dengan hidangan yang sungguh lazat sehingga menjilat jari. Idli, kesuri, teh madras memang menjadi kegemaran kami.
.
Majlis berjalan lancar sekali walaupun ada khabar-kahabr angin yang majlis akan dikacau oleh golongan tertentu. Sapa golongan tersebut?? Korang pk la sendiri sapa deme-deme yang berfikran sempit tu........

23 June 2009

Melayu yang pentingkan diri !


Saya sikit pun tak terkejut dengan mainan politik PAS mengenai kerajaan perpaduan dan bagi saya mereka yang dalam gambar ini adalah melayu yang pentingkan diri sendiri. Mereka suka melihat melayu berpecah belah. Bak kata kawan saya si blogger parpukari, kalau kita jumpa ular dengan PAS...........( korang pk la sendiri ).

Ustaz Fadzil sepanjang hayatnya dikatakan tidak pernah menutup pintu rundingan termasuk dengan UMNO tetapi Nik Aziz adalah pemimpin PAS yang cukup phobia dengan usaha perpaduan ini. Dan Isnin semua skrip wayang kerajaan perpaduan –lengkap sudah!
Dalam erti kata lain, kini PAS tidak lagi boleh dianggap parti yang boleh menjamin survival orang Melayu. Dan UMNO walaupun dilihat lemah, sebenarnya masih mampu memastikan nasib orang Melayu terus terbela.

21 June 2009

Tahniah Pemuda Gng Masoorat


Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua sahabat-sahabat saya yang sudi hadir ke persidangan tahunan pemuda umno cawangan gunung masoorat. Inilah kehadiran paling ramai sekali sejak saya mengambil alih menjadi ketua pemuda cawangan. Ternyata rakan-rakan saya bersemangat menghadiri persidangan kali ini dan ada yang dah sampai seawal 8.30 pagi walaupun persidangan dijangka dimulakan pada pukul 9.30 pagi. Siapa kata Umno dah kurang sokongan pemuda. Kita mesti ada gaya tersendiri untuk menarik sokongan pemuda dan bukannya dihari mengundi nak cari pemuda! Itu trend lama dan pemuda mesti berubah!


Tak dapat nak ambil gambar pasal camera tertinggal kat umah. adussss. Apa2 pun tahniah kepada pemuda, wanita dan cawangan kerana selesai menjalankan tanggungjawab kita sebagai ahli umno.

Orang Melayu Suka Tidur !


IPOH 20 Jun - Tun Dr. Mahathir Mohamad kecewa dengan sikap sesetengah pemimpin Melayu yang masih keliru dalam perjuangan mereka sehingga meletakkan masa depan bangsa dalam keadaan yang tidak menentu dan gelap. Menurut bekas Perdana Menteri itu, masalah tersebut berlaku kerana terdapat sebahagian pemimpin Melayu yang lebih mengutamakan kepentingan diri mereka daripada perjuangan membela bangsa, agama dan negara.


"Saya rasa cukup sedih apabila kita bercakap tentang jambatan baru ke Singapura, ramai yang menganggap ia tidak penting malah ada juga yang tidak tahu.
"Bagi mereka apa yang penting siapa nak jadi ketua cawangan, ketua bahagian atau nak jadi calon. Sebab itu kuasa Melayu terhakis. Kalau terus demikian, maka masa depan Melayu sangat gelap sekali," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Penubuhan Gagasan Melayu Perak (GMP) di sini hari ini.


Dr. Mahathir berkata, kehadiran begitu ramai orang Melayu pada majlis berkenaan jelas sekali menunjukkan perasaan cemas dan insaf tentang masa depan mereka.
"Ini merupakan satu perasaan yang baik kerana kalau tidak insaf dan cemas, kita akan tidur. Orang Melayu memang macam itu, suka pada perkara yang mudah dan bila tidak ada buat apa-apa, mereka tidur," katanya.


Menurut beliau, orang Melayu mula bersatu selepas adanya cadangan penubuhan Malayan Union apabila menyedari ia akan menghakis kuasa raja-raja dan masa depan bangsa akan ditentukan oleh British.Pada masa itu katanya, barulah timbul rasa cemas seperti sekarang kerana bimbang ia akan menamatkan riwayat bangsa Melayu.


Kata beliau, usaha menyatupadukan bangsa Melayu pada ketika itu adalah dengan menubuhkan UMNO untuk mempertahankan kedudukan mereka dan dalam keadaan cemas itu juga Melayu mempunyai kekuatan hasil perpaduan. Jelas Dr. Mahathir, masalah timbul apabila begitu ramai orang yang hendak menjadi Yang Berhormat (YB) manakala golongan ulama dalam UMNO yang tidak ada tempat mula keluar parti.


"Bila utamakan kepentingan diri maka rakyat mula tolak UMNO dan buktinya pada 2008 kita kalah teruk. Orang Melayu yang kecewa pilih parti lawan bukan sebab sayangkan parti lawan tetapi mesej kepada pemimpin."Saya percaya masa depan orang Melayu gelap dan pilihan raya akan datang kita akan kalah jika mereka masih sanggup menjual diri kepada orang lain atau meneruskan sikap tamak," katanya.

16 June 2009

Nizar bikin kecoh lagi.

INI ‘wajah’ sebenar Mohamad Nizar Jamaluddin. Baru 10 minit mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang, dia dihalau keluar oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia kerana bertempik “hidup rakyat, bubar DUN.” Dia sudah terbiasa. Tiap kali dia nampak ada audien di depannya, dia akan bertempik. Dia akan menjerit.
.
Yang akan sentiasa mengapit Nizar ialah Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham. Kini ditambah pula empat orang lagi iaitu Dr. Zulkifli Ahmad, Mahfuz Omar, Gobalakrishnan, Dr. Hatta Ramli. Nga, Nizar dan Ngeh atau lebih dikenali sebagai 3N adalah pelakon utama manakala empat lagi pelakon tambahan. Masing-masing mahu menumpang ‘publisiti’. Mereka tahu, perbuatan Nizar adalah ‘lakonan Parlimen bawah pokok’ yang hanya 3N sahaja yang boleh melakukannya.
.
Apabila dia digantung, bermakna tiga hari persidangan yang sepatutnya digunakan sebaik-baiknya untuk bercakap isu-isu rakyat Bukit Gantang dipersia-siakan. Malahan, para penyokong yang dibawa khas dengan bas perlancungan ke Parlimen turut memakai ikat kepala bertulis ‘bubar DUN’ turut diperintah keluar Dewan. Rakyat dan pengundi Bukit Gantang yang memilih Nizar mungkin tidak merasakan apa-apa kesan akibat perbuatan Nizar itu tetapi masa tertangguh sidang Parlimen cukup merugikan rakyat dari seluruh negara, kerana wakil rakyat mereka turut tidak dapat bercakap disebabkan gangguan yang sia-sia ini.
.

Birthday Ibuku

Semalam birthday my mother yang ke ??????.Simple celebration je. Malam potong kek dan makan ringan-ringan. Mungkin hujung bulan akan plan aktiviti yang berlainan. Minggu ni pulak father's day. Tengah pk apa celebration yang nak dibuat. Kalau korang ada idea tolong la pk pk sama ye. Orait..

14 June 2009

Kenduri Kendara 2

Selamat Pengantin baru kepada adik Pejol yang bekerja di Unimap.



Pejol n family saya


Pejol n bobo


Allisa n Rosyad


Sepanjang minggu sibuk dengan kerja, balik lewat malam dan terus tidur. Tak sempat nak update blog dan isu-isu semasa. Line Nikko kena disiapkan juga dalam minggu nie kerana esok ada management meeting. Nikko akan audit layout esok pagi.

Dalam kesibukan kerja, saya dan keluarga sempat juga pi kenduri kendara semalam. Paling menarik dapat pi kenduri adik pejol ( http://www.muhammadfaizul.blogspot.com/ ). Dah lama tak borak dengan sahabat lama saya si pejol yang jugak telah aktif dalam dunia blog. Kesempatan juga dapat jumpa dengan bobo yang asyik bercuti di ???// ( korang pk la sendiri ). Sempat jugak saya ambik gambar dia posing dengan si pejol. Gambar family saya berposing dengan si pejol. Wah hangat betul si pejol sekarang ni! Ye la, ramai aweks yang keliling dia sekarang ni ...jejaka malaya yang terhangat dipasaran.

Politik. Sempat baca suratkhabar. Isu yang menarik, anwar dan chin peng. Entah la, apa nak jadi dengan si nuar ni. Korang pk la sendiri. Malas nak perah otak malam ni....zzzzzzz.
Petikan dari utusan>>>Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sengaja mencari publisiti murahan apabila meminta kerajaan membenarkan Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng dibawa pulang ke negara ini.

Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Datuk Muhammad Abdul Ghani menegaskan, kenyataan itu juga mengguris hati lebih 200,000 keluarga bekas tentera yang selama ini berjuang demi membebaskan negara daripada ancaman komunis.

“Anwar sudah melampau dan perasaannya kini terang-terang sudah tidak cintakan lagi negara dan sengaja mencari publisiti murahan dengan kenyataan sedemikian.

“Bayangkan apa perasaan bekas anggota pertahanan negara yang mengetahui perkara ini, bukankah isu ini sudah selesai dan kita sudah mencapai kata sepakat tidak mahu membawa Chin Peng pulang,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

08 June 2009

Kenduri Kendara


Hujung minggu memang sibuk dengan kenduri kendara dan majoriti sedara dan juga kawan-kawan yang kahwin. The best part kalau kenduri melibatkan sedara mara di belah saya yang semestinya akan dihidangkan dengan nasi briyani, ayam masak merah, acar rampai dan paling best sekali ialah kurma kambing. Lepas makan, sure korang akan berasa pening dan mengantuk pasal dicampur dengan kas-kas. Hehehehe..

Dalam banyak gambar yang saya ambik hujung minggu, gambar kat umah my auntie 'teratak bonda ' yang menarik minat untuk dipaparkan. Yang berdiri semua akan 'dikhatankan' keesokan harinya. Lepas nie sunyi sikit 'teratak bonda', mungkin untuk tiga hari aje dan lepas tu riuh kembali. Budak-budak nie siap tanya kat abang-abang deme sama ada sakit tak masa nak berkhatan??? Korang pk la sendiri sama ada sakit atau tak....hehehehh

07 June 2009

Raja Berperlembagaan Payung Perpaduan


Hari ini tanggal 6 Jun 2009 merupakan hari bersejarah bagi negara apabila Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung Tuanku Mizan Zainal Abdin Ibni Al Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Bilal Shah meraikan Hari Keputeraan Baginda dan Pada Kesempatan ini Patik Pacar yang hina menjunjung Tahniah diatas sambutan Hari Keputeraan Tuanku.

Patik Doakan agar Tuanku dikurniakan Kesihatan yang baik dan dapat Memerintah Malaysia dengan penuh hikmah yakni Bijaksana ke hadrat Allah Tuhan Seru Sekalian Alam. Sepanjang pemerintahan Tuanku patik merasa sungguh selesa dek kerana Kebijaksanaan Tuanku Memerintah dengan Adil dan Bijaksana.Patik juga berharap agar Tuanku dapat terus memberi pandangan yang berguna kepada Memanda Perdana Menteri ke enam iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak.

Patik juga ingin menjunjung Kasih di atas pemerintahan Adil dan Saksama yang Tuanku berikan pada patik dan rakyat jelata sebelum ini. Moga Allah merahmati Tuanku, demikianlah sudah ucapan menjunjung Tahniah patik untuk DYMM Tuanku akhir kata, Tuanku Payung Rakyat Negara ini.

06 June 2009

Muktamar PAS


Sibuk betul sepanjang minggu sehingga tak sempat nak update blog. Dah dua hari cuti pun terasa yang banyak keje tak siap lagi. Tiba-tiba tengahari tadi kena jaga Rosyad pasal makcik terpaksa balik kampung. Tak sempat nak baca berita terkini pasal Muktamar PAS, tapi sempat la dapat info dari rakan-rakan kat Stadium Melawati SA. Hehehehhe...kita tunggu aje la keputusan esok sama ada Husam boleh menang atau tak jawatan timbalan Presiden atau terus jadi kusam.


Aktiviti esok, biasa la kenduri kahwin dan anak sedara's bersunat....hehehehhe. Esok pagi je la kena plan nak pergi mana dulu. Hmm, saya nak ucapkan terima kasih le kat Faizul yang sudi singgah semalam kat umah. Dah lama tak berborak dengan Faizul, ooooo rupanya dah ada blog jugak la si Faizul nie ye....www.muhammadfaizul.blogpsot.com. Ok bro, nanti saya linkkan dengan blog hang!!!


Petikan dari agendadaily>>Kerajaan Perpaduan PAS.

Berunding atau tidak, kerajaan perpaduan boleh ke tidak. Mana satu cakap nak dipegang. Cakap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang telah menang tanpa bertanding atau cakap Datuk Husam Musa yang ditonjolkan akan menang Timbalan Presiden kerana mewakili kumpulan pro Anwar. Persoalan ini memerlukan jawapan kerana jika Husam menang, idea Hadi untuk mewujudkan kerajaan perpaduan mungkin akan mendapat tentangan daripada Timbalannya sendiri. Kesimpulan ini amat mudah dibuat kerana Husam ketika ditemui wartawan selepas perasmian Muktamar Agung PAS Ke-55 jelas menolak sebarang usaha untuk berunding dengan UMNO. Alasannya mudah sahaja, jika PAS bekerjasama dengan UMNO, PAS tidak akan menjadi parti dominan dan juga tidak mendapat kerusi yang lebih daripada UMNO. Sedangkan Hadi pada sidang media selepas menyampaikan ucapan dasarnya yakin idea bagi mewujudkan kerajaan perpaduan antara PAS dengan UMNO yang beliau cadangkan sebelum ini dapat dilaksanakan di masa akan datang jika semua pihak memahami hasrat penubuhannya.