06 June 2009

Muktamar PAS


Sibuk betul sepanjang minggu sehingga tak sempat nak update blog. Dah dua hari cuti pun terasa yang banyak keje tak siap lagi. Tiba-tiba tengahari tadi kena jaga Rosyad pasal makcik terpaksa balik kampung. Tak sempat nak baca berita terkini pasal Muktamar PAS, tapi sempat la dapat info dari rakan-rakan kat Stadium Melawati SA. Hehehehhe...kita tunggu aje la keputusan esok sama ada Husam boleh menang atau tak jawatan timbalan Presiden atau terus jadi kusam.


Aktiviti esok, biasa la kenduri kahwin dan anak sedara's bersunat....hehehehhe. Esok pagi je la kena plan nak pergi mana dulu. Hmm, saya nak ucapkan terima kasih le kat Faizul yang sudi singgah semalam kat umah. Dah lama tak berborak dengan Faizul, ooooo rupanya dah ada blog jugak la si Faizul nie ye....www.muhammadfaizul.blogpsot.com. Ok bro, nanti saya linkkan dengan blog hang!!!


Petikan dari agendadaily>>Kerajaan Perpaduan PAS.

Berunding atau tidak, kerajaan perpaduan boleh ke tidak. Mana satu cakap nak dipegang. Cakap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang telah menang tanpa bertanding atau cakap Datuk Husam Musa yang ditonjolkan akan menang Timbalan Presiden kerana mewakili kumpulan pro Anwar. Persoalan ini memerlukan jawapan kerana jika Husam menang, idea Hadi untuk mewujudkan kerajaan perpaduan mungkin akan mendapat tentangan daripada Timbalannya sendiri. Kesimpulan ini amat mudah dibuat kerana Husam ketika ditemui wartawan selepas perasmian Muktamar Agung PAS Ke-55 jelas menolak sebarang usaha untuk berunding dengan UMNO. Alasannya mudah sahaja, jika PAS bekerjasama dengan UMNO, PAS tidak akan menjadi parti dominan dan juga tidak mendapat kerusi yang lebih daripada UMNO. Sedangkan Hadi pada sidang media selepas menyampaikan ucapan dasarnya yakin idea bagi mewujudkan kerajaan perpaduan antara PAS dengan UMNO yang beliau cadangkan sebelum ini dapat dilaksanakan di masa akan datang jika semua pihak memahami hasrat penubuhannya.



No comments: