16 June 2009

Nizar bikin kecoh lagi.

INI ‘wajah’ sebenar Mohamad Nizar Jamaluddin. Baru 10 minit mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang, dia dihalau keluar oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia kerana bertempik “hidup rakyat, bubar DUN.” Dia sudah terbiasa. Tiap kali dia nampak ada audien di depannya, dia akan bertempik. Dia akan menjerit.
.
Yang akan sentiasa mengapit Nizar ialah Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham. Kini ditambah pula empat orang lagi iaitu Dr. Zulkifli Ahmad, Mahfuz Omar, Gobalakrishnan, Dr. Hatta Ramli. Nga, Nizar dan Ngeh atau lebih dikenali sebagai 3N adalah pelakon utama manakala empat lagi pelakon tambahan. Masing-masing mahu menumpang ‘publisiti’. Mereka tahu, perbuatan Nizar adalah ‘lakonan Parlimen bawah pokok’ yang hanya 3N sahaja yang boleh melakukannya.
.
Apabila dia digantung, bermakna tiga hari persidangan yang sepatutnya digunakan sebaik-baiknya untuk bercakap isu-isu rakyat Bukit Gantang dipersia-siakan. Malahan, para penyokong yang dibawa khas dengan bas perlancungan ke Parlimen turut memakai ikat kepala bertulis ‘bubar DUN’ turut diperintah keluar Dewan. Rakyat dan pengundi Bukit Gantang yang memilih Nizar mungkin tidak merasakan apa-apa kesan akibat perbuatan Nizar itu tetapi masa tertangguh sidang Parlimen cukup merugikan rakyat dari seluruh negara, kerana wakil rakyat mereka turut tidak dapat bercakap disebabkan gangguan yang sia-sia ini.
.

No comments: