14 June 2009

Kenduri Kendara 2

Selamat Pengantin baru kepada adik Pejol yang bekerja di Unimap.



Pejol n family saya


Pejol n bobo


Allisa n Rosyad


Sepanjang minggu sibuk dengan kerja, balik lewat malam dan terus tidur. Tak sempat nak update blog dan isu-isu semasa. Line Nikko kena disiapkan juga dalam minggu nie kerana esok ada management meeting. Nikko akan audit layout esok pagi.

Dalam kesibukan kerja, saya dan keluarga sempat juga pi kenduri kendara semalam. Paling menarik dapat pi kenduri adik pejol ( http://www.muhammadfaizul.blogspot.com/ ). Dah lama tak borak dengan sahabat lama saya si pejol yang jugak telah aktif dalam dunia blog. Kesempatan juga dapat jumpa dengan bobo yang asyik bercuti di ???// ( korang pk la sendiri ). Sempat jugak saya ambik gambar dia posing dengan si pejol. Gambar family saya berposing dengan si pejol. Wah hangat betul si pejol sekarang ni! Ye la, ramai aweks yang keliling dia sekarang ni ...jejaka malaya yang terhangat dipasaran.

Politik. Sempat baca suratkhabar. Isu yang menarik, anwar dan chin peng. Entah la, apa nak jadi dengan si nuar ni. Korang pk la sendiri. Malas nak perah otak malam ni....zzzzzzz.
Petikan dari utusan>>>Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sengaja mencari publisiti murahan apabila meminta kerajaan membenarkan Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng dibawa pulang ke negara ini.

Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Datuk Muhammad Abdul Ghani menegaskan, kenyataan itu juga mengguris hati lebih 200,000 keluarga bekas tentera yang selama ini berjuang demi membebaskan negara daripada ancaman komunis.

“Anwar sudah melampau dan perasaannya kini terang-terang sudah tidak cintakan lagi negara dan sengaja mencari publisiti murahan dengan kenyataan sedemikian.

“Bayangkan apa perasaan bekas anggota pertahanan negara yang mengetahui perkara ini, bukankah isu ini sudah selesai dan kita sudah mencapai kata sepakat tidak mahu membawa Chin Peng pulang,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

No comments: