21 June 2009

Tahniah Pemuda Gng Masoorat


Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua sahabat-sahabat saya yang sudi hadir ke persidangan tahunan pemuda umno cawangan gunung masoorat. Inilah kehadiran paling ramai sekali sejak saya mengambil alih menjadi ketua pemuda cawangan. Ternyata rakan-rakan saya bersemangat menghadiri persidangan kali ini dan ada yang dah sampai seawal 8.30 pagi walaupun persidangan dijangka dimulakan pada pukul 9.30 pagi. Siapa kata Umno dah kurang sokongan pemuda. Kita mesti ada gaya tersendiri untuk menarik sokongan pemuda dan bukannya dihari mengundi nak cari pemuda! Itu trend lama dan pemuda mesti berubah!


Tak dapat nak ambil gambar pasal camera tertinggal kat umah. adussss. Apa2 pun tahniah kepada pemuda, wanita dan cawangan kerana selesai menjalankan tanggungjawab kita sebagai ahli umno.

No comments: