24 November 2012

Bersama warga Hospital...

Rasanya lama betul tak update blog kali nie, almost 6 months. Tahap sibuk yang amat tinggi. Komitmen pada kerja dan family yang buatkan kerja-kerja sampingan terbantut. Hari nie rasanya ada lapang sikit, boleh la merapu sikit dalam blog nie. Sepanjang 6 bulan banyak benda yang berlaku kat tempat keje dan banyak benda jugak berjaya disiapkan. Next week final audit from Petzl team untuk lean project dan harap la tak kena tambah cost lagi. Lepas audit nie, memang dalam new year mood la....
 
 
 
 
 
 
Dalam kesibukan minggu nie, sempat jugak la check tahap kesihatan dalam program CSR bersama warga hospital. Some photos to share with my team members...
 
 

30 April 2012

Bila PRU 13?

Agak  lama tak update blog nie, hari in ada kesempatan rasa-rasa nak paste pandangan rakana saya dari blog lain pasal analisis BERSIH 3.0 nie. Sila baca pandangan beliau di bawah :

Bersih 3: Impak Positif  Kpd BN, PRU Sept atau November Pula?

ANALISIS - Gelombang 'perang' berbalas komen dan reaksi melibatkan pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) nampaknya berterusan! Ruang siber dan tradisional digunakan sepenuhnya sepanjang 24 jam lalu - membincangkan kewajaran perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara semalam dan siapa yang sepatutnya dipersalahkan ke atas insiden sejam terakhir.
Bersih 3.0 membuat rancangan untuk mengadakan perhimpunan antara jam 2 dan 4 petang. Keadaan bertambah kecoh dan bertukar ganas selepas jam 3 petang.Dalam mesej Twitter pagi ini, pemimpin dari Pemuda Umno, Lokman Adam menulis: "Nasib baik kalian duduk di Malaysia, kalau kat tempat lain, seorang demi seorang akan hilang tanpa kesan kalau..."
Dalam ruang masa yang sama, Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin menjawab satu komen dengan menulis: "Stadium tempat tengok bola bukan tempat protes." Shamsul Iskandar menjawab komen @ahmadilatif yang berkata, "Sam, kalau dari awal buat kat stadium kan senang. Ke, kau takut orang tak datang?" Bersih 3.0 sudah berlalu. Apa kesannya ke atas arena politik negara? Bersih I diadakan beberapa bulan sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) 2008. Bersih II pada 9 Julai lalu, ketika ramai menyebut PRU13 akan diadakan dalam waktu terdekat, susulan pilihan raya negeri Sarawak.
Bersih 3.0 semalam diadakan di tengah-tengah spekulasi mengatakan PRU13 akan diadakan bila-bila masa. Beberapa minggu lalu, di sebalik program turun padang Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri, Presiden Umno dan Pengerusi BN, yang begitu kerap diadakan, pemimpin-pemimpin perikatan itu telah menasihatkan parti komponen agar memasukkan 'gear lima' bagi memastikan pergerakan memecut.
Beberapa hari menjelang perhimpunan Bersih 3.0, penganalisis dan pemerhati politik membuat penilaian bahawa kebanjiran peserta di ibu negara juga akan menjadi faktor yang menentukan sama ada PRU13 yang disebut-sebut akan diadakan Jun ini atau minggu pertama Julai akan menjadi kenyataan. Bagaimanapun, berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, tarikh pilihan raya Parlimen menjadi hak mutlak Perdana Menteri untuk menentukan. Semalam, Umno mengadakan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT).
Difahamkan, mesyuarat MT lazimnya akan diadakan Jumaat terakhir setiap bulan, tetapi ditangguhkan sehingga ke malam ini ekoran jadual ketat Najib. Berkongsi maklumat, Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian tidak menolak impak dalam menentukan tarikh PRU13 yang sesuai. "Saya ada turun dan melihat apa yang berlaku di Kuala Lumpur semalam, melihat gelombang manusia, penyertaan dalam Bersih 3.0. Jumlah kehadiran adalah cukup besar," kata beliau yang turut melihat bahawa kepimpinan akan mengambil kira kesan dan impaknya dalam menghadapi PRU dalam waktu terdekat. "Jadi, saya tidak terkejut jika PRU13 dilewatkan berbanding ramalan banyak pihak kebelakangan ini," katanya.
Seorang pensyarah dari Universiti Kebangsaan Malaysia berpendapat bahawa Najib tiada banyak dalam memanggil PRU13. Mandat semasa Kerajaan Pusat akan berakhir April 2013. Aspek yang menarik perhatian, menurut Ibrahim, ialah kehadiran golongan muda dalam perhimpunan semalam. "Ini satu lagi aspek yang perlu diberi perhatian oleh BN," katanya lagi.

Berdasarkan laporan Bernama semalam, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, sudah sampai masa golongan majoriti senyap melahirkan perasaan tidak senang hati mereka terhadap perbuatan menimbulkan huru-hara dan menzahirkan perasaan jijik mereka dengan perbuatan yang melanggar peraturan. "Kita tak mahu perkara huru-hara, tidak ikut peraturan ini terus menjadi budaya minoriti yang vokal yang diketuai dan didalangi pembangkang." katanya yang juga Ketua Penerangan Umno.
Datuk Saifuddin Abdullah, pemimpin Umno yang dilihat moderat mengakui bilangan yang menyertai perhimpunan semalam agak besar berbanding perhimpunan Bersih sebelum ini. Belum ada angka rasmi mengenai kehadiran. "Selain jumlah yang agar ramai, kehadiran juga bercirikan pelbagai kaum dan lebih ramai kaum Cina mengambil bahagian... perkara ini perlu diteliti," katanya yang sealiran dengan pandangan Ibrahim. Timbalan Menteri Pengajian Tinggi ini seterusnya berkongsi pandangan bahawa kehadiran semalam juga menggambarkan pendirian merentasi ideologi politik. Walaupun ada pihak yang mendakwa pemimpin-pemimpin PR 'mencuri' tumpuan, tetapi ramai datang bukan disebabkan ideologi politik pembangkang. Persepsi kebanyakan pihak peserta mahu menyampaikan mesej kepada pihak berkuasa.
"Saya rasa merentasi ideologi politik. Kita perlu menangani situasi ini dengan berhati-hati," kata beliau, yang juga anggota MT Umno, mengulas impaknya menjelang PRU13. Penganalisis politik Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian tidak menolak perhimpunan semalam akan ada kesan dalam keputusan Najib memanggil PRU13. "Sudah tentu, sudah tentu," katanya ketika dihubungi. Pun begitu katanya, berdasarkan apa yang berlaku semalam, khususnya elemen keganasan, ia akan memberi kelebihan dari segi impak kepada BN. "Bagi saya dari segi impak, kali ini lebih memihak kepada BN berbanding PR (Pakatan Rakyat)," katanya lagi.
Seorang penganalisis veteran yang enggan namanya dipetik berkata, jikapun Najib memutuskan untuk menangguhkan tarikh PRU13, ia tidak akan dikaitkan dengan impak perhimpunan Bersih 3.0. "Jika mereka (BN) memutuskan untuk menangguhkan hanya kerana Bersih 3.0, ia akan memberi kesan psikologi di kalangan pengundi. Ia akan membawa isyarat negatif ke atas BN. "Tetapi, pokoknya kita kena memberi perhatian bahawa jentera Umno dan komponen BN sebenarnya belum bersedia sepenuhnya.
Ya, jentera memang sudah digerakkan, tetapi pergerakan jentera belum lancar dan halus lagi," katanya yang meramalkan September atau November 2012 kemungkinan menjadi pilihan Najib.

"Jadi, saya tidak akan terkejut jika PRU13 hanya akan berlangsung selepas sambutan Aidilfitri," katanya. Seorang pegawai kanan misi diplomat asing di ibu negara juga mengakui ada kesannya. "Segala apa yang dilakukan oleh Najib sejak lima bulan yang lalu, tranformasi politik dan imbuhan ekonomi kepada rakyat, nampak sudah terhakis kesan Bersih 3.0 dan cara ia ditangani.

"Awalnya, semua bergerak dengan baik. Saya rasa seolah-olah ada unsur sabotaj ke atas usaha Najib... ini jangkaan saya," katanya merujuk kepada 'mood' orang ramai sejak kebelakangan ini.

"Jadi, saya rasa Najib kena kembali kepada pusingan kedua membetulkan keadaan. Najib ada masa? Ini persoalan sekarang," katanya. Bersetuju dengan pandangan itu, Najib perlu menggerakkan gelombang kedua usaha dan inisiatif untuk memperbaiki persekitaran yang sudah tercalar dan tercemar.

"Kita kena melakukan. Laporan PSC (Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen) sudah dibentangkan. Nampaknya mereka tidak kisah. "Elemen marah juga ada, pada pandangan saya elemen marah ini tidak patut berlaku. Apa pun kita kena cari jalan untuk mengatasinya. Kita perlu teliti dan berhati-hati," kata Saifuddin.-SH

25 January 2012

Gong xi fa chai


Saya dan keluarga mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina pada semua rakan-rakan blog ini. Semoga Tahun Naga (water dragon)akan membawa lebih kejayaan dan keamanan kepada kita semua rakyat Malaysia yang tercinta ini. Gong Xi Fa Chai !

* gambar diatas diambil dari blog seorang kawan.

07 January 2012

Selamat Tahun Baru 2012

Cepat aje 2011 meninggalkan kita dan dah seminggu masuk tahun 2012. Rasa-rasanyeh semua benda yang ditarget pada tahun 2011 dah dicapai dan harap tahun 2012 punye target pun akan dicapai hujung tahun nie.

Rasa-rasa tahun nie ada PRU13 dan kepada semua kawan-kawan, saya ucapkan selamat mengundi in advance....heheheh.

Bila PRU 13 ye??...hmmm korang pk la sendiri.

Konsert Maher Zain.



Stadium Perak di Ipoh malam Ahad lalu mencatatkan rekod apabila kira-kira 60,000 peminat Maher Zain membanjiri konsert Untukmu Rakyat anjuran kerajaan Negeri Perak. Inilah konsert terbesar Maher Zain, penyanyi berketurunan Lubnan berbanding konsert-konsert yang pernah dibuat di negara ini ataupun di mana-mana negara sebelum ini. Konsertnya di Toronto, Kanada sekadar berjaya menarik 20,000 orang peminat dan dianggap konsert paling berjaya sebelum konsert malam tadi di Ipoh.
Konsert Maher Zain Live in Concert 2011 di Stadium Melawati (Selangor) pada 25 dan 26 Feb lalu sekadar mengumpul 7,000 orang penonton. Dan untuk rekod, Fan Club Maher Zain (Facebook) di Malaysia setakat ini berjumlah 242,228 orang. Janji Menteri Besar Perak Dato’ Seri Dr.Zambry Abd Kadir untuk mengisi stadium berkenaan dengan seramai peminat dan penonton menepati sasarab asal.
Malahan bagi mereka yang tidak ada tiket yang diberi secara percuma sejak seminggu lalu juga diberi kesempatan memasuki ke stadium untuk memeriahkan lagi konsert berkenaan.

Konsert bermula jam 8.00 malam dengan hos popular tv, Datuk AC Mizal selaku pengacara berjaya mencuit hati puluhan ribu penonton sehingga mereka tertawa terbahak-bahak serta sekaligus menyediakan mereka untuk persembahan Maher Zain sejam kemudian. Dr.Zambry dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli tiba jam 8.15 malam kerana keadaan trafik di bandaraya Ipoh malam Ahad agak sesak dengan orang ramai yang mengambil kesempatan “keluar makan malam dan bersiar-siar” kerana cuti Krismas.
Walaupun penonton datang dari seluruh Perak serta juga dari luar negeri ini tumpuan penonton juga pada personaliti yang sentimental membawa Maher ke Ipoh iaitu Menteri Besar Perak. Beliau berpakaian santai—t-shirt hitam tertera gambar dan nama Maher Zain di depan. Dr.Zambry sempat meluangkan masa masuk ke tengah padang untuk menemui orang ramai dan kelihatan penonton tidak segan silu “memaksa” Menteri Besar itu bergambar dengan mereka. Pada satu peringkat Menteri Besar “terperangkap di tengah-tengah kesesakan orang ramai” bagi memenuhi kehendak sebahagian besar “peminatnya” yang mahu bergambar. Menteri Besar juga memenuhi hajat budak berusia 10 tahun yang menarik tangannya mahu bergambar sebagai gambar kenangan manakala Dato Zainol Fadzi, Exco Kesenian, Belia & Sukan, yang mengiringi Dr.Zambry, Dato’ Hamidah Osman, EXCO Pelancungan juga bersama-sama mereka) merakamkan detik bersejarah itu buat budak berkenaan.
Maher Zain memulakan persembahan pada jam 9.45 malam dan mengakhirinya sekitar jam 11.05 malam diiringi pemuzik-pemuzik yang dibawa khas dari Kanada serta backup singers terdiri daripada tiga budak Melayu tempatan.Macam yang diduga umum lagu hitsnya Inshaallah dan For the Rest of My Life yang didendangkan dalam bahasa Melayu mendapat tepukan bergemuruh dari para penonton yang rata-rata, sepanjang masa, duduk di atas padang beralaskan rumput dengan berbumbungkan langit. Empat belas buah lagu yang Maher dendangkan termasuklah lagu-lagu seperti Ya Nabi Salam Alayka, Hold My Hand, Palestine Will Be Free, Thank You Allah dan Open Your Eyes.
Penonton juga terhibur dengan Maher yang berpakaian kebangsaan lengkap bersongkok dan bersampin (dihadiahkan Dr.Zambry) menyampaikan sebuah lagu “bonus”( For The Rest of My Life). Untuk rekod album Maher di Malaysia adalah “best selling album” memenangi Anugerah.

Cerita Maher tidak habis di stadium tapi pagi ini (Isnin) beberapa peminatnya terserempak dengan idola mereka yang memandu sebuah kereta Ferrari berwarna merah. Sebelum itu Maher kelihatan menjamu selera di sebuah restoren nasi beriani yang terkenal di Ipoh. Rahayu Rashid (dan suaminya, Prem Kamal) tidak menduga hasratnya untuk bertemu dan bergambar dengan Maher menjadi nyata.
Berikut ialah tulisan Rahayu kepada Agenda Daily pengalaman bertemu Maher Zain di sebuah restoren Isnin:
”Teruja! dan Tak Sangka! dapat bertemu muka dengan Maher Zain petang tadi. Masa nak keluar rumah sebelum tengok konsert beliau malam tadi, memang ada pasang angan-angan nak bergambar dengan Maher Zain, tapi yelah, dalam puluhan ribu orang tu, harapan bertemu beliau tentulah tipis. Walau bagaimanapun, dapat bergambar dengan boss nombor satu negeri Perak, YAB Dato’ Seri Zambry Abd Kadir yang turut sama mengenakan kemeja-T dengan gambar Maher Zain, Live In Ipoh pun cukup cool untuk dikongsi dalam facebook!!
Cuti hujung minggu sempena Hari Natal hari ini diisi dengan aktiviti membeli belah dan makan-makan. Penangan konsert malam tadi, suami saya masih memakai kemeja-T Maher Zain yang dipakainya malam tadi. Jadi, selepas shopping barangan keperluan sekolah, kami sekeluarga memilih untuk makan tengahhari di Restoran Pakeeza, Ipoh.
”Tempat letak kereta yang penuh di hadapan restoran hampir-hampir membuatkan kami tak jadi makan di situ, memandangkan jam hampir pukul 2 petang dan anak-anak pun dah kelaparan. Jeng, jeng, jeng!!! Tiba-tiba saya terpandang ke tingkat atas restoran dan MasyaAllah, saya terpandang Maher Zain yang sedang melambai-lambai tangan dan serta merta meminta suami berhentikan kereta.
”Sangat kebetulan dan kalau terlambat 5 minit pasti tak dapat bergambar dengan beliau. Cool!! Beliau ramah dan murah senyuman! Saya beritahu beliau, saya ada menonton konsert beliau malam tadi dan beliau bertanya sama ada konsert beliau bagus dan adakah saya terhibur. Saya beritahu yang konsert tersebut hebat dan suara beliau sama macam dalam CD yang saya beli.. hehehe!! Beliau turut memuji rakyat Perak yang baik hati dan teruja untuk berjumpa peminat di Perak lain kali”.-25/12/2011-


Petikan dari agenda daily >>OLEH YUSOF HARUN