13 November 2010

Selamat Pengantin Baru





Seperti biasa, asyik lambat je update blog. Entah apa yang sibuk betul sampai gambar-gambar semua tak sempat nak 'diuploadkan'. Apa-apa pun aku dan family ingin mengucapkan selamat pengantin baru kepada kakak sedare ku, linda weds amir. Semoga berbahagia hingga ke anak cucu dan cicit.

21 October 2010

For a cleaner, healthier future.


Gambar sekitar lawatan aku dan sahabat ke Diversey Swiss.

About Us

"Diversey, Inc. is a leading global provider of cleaning and hygiene solutions to the institutional marketplace, serving customers in the lodging, food service, retail, health care, food and beverage sectors, as well as building service contractors worldwide.
Diversey is proud of its capabilities to deliver to its customers and their employees superior and sustainable cleaning, sanitization and hygiene solutions. The company has a platform to showcase the passion of its people for providing a cleaner, healthier future for generations to come.

TASKI by Diversey Swingo XP

In the past, you had a choice to make when it came to your commercial floor cleaner: did you want the speed of a ride-on or the flexibility of a walk-behind? Quite simply, we didn't think that was good enough. So we set out to build a new product from the ground up that combined the best of both - to increase productivityand reduce environmental impact. Meet the TASKI Swingo XP. Stand-on technology gives drivers a 360ยบ view and incredible agility, while the ground-breaking squeegee technology ensures faster drying for improved safety. The V-shaped scrubbing unit with micro-rotating brushes offers up to 50% less water usage and reduces energy consumption up to 30%. The micro-rotating brush delivers better, more efficient cleaning. All of these features, and yet it has the smallest footprint of any medium to large sized scrubber in its class on the market. The TASKI Swingo XP machine offers a new level of floor cleaning performance. For more information, or to check availability in your region, please select your country/region.





13 October 2010

Jam Tangan....



Tahniah kat wife aku kerana memenangi hadiah pertama berupa jam tangan dari pihak Ambank Jalan Silibin untuk 'contest' kad kredit.....hehehheheh

Tak update pon...





Rasa-rasa memang dah lama tak update blog nie. Macam-macam peristiwa telah berlaku sepanjang 3 bulan lepas. Aku miss nak upload gambo-gambo raya, gambo jia tunang, gambo-gambo family aku, gambo-gambo sahabat umno aku. Rasanya terlalu sibuk untuk 3 bulan yang terakhir. Ini pun baru baik dari demam. Mungkin keletihan yang amat sangat..

Apa-apa pun aku gembira hari ini melihat indeks-indeks saham bursa malaysia yang sedang meningkat naik terutama saham K_ONE....hehehhe..memang best.

Apa-apa pun aku share le sikit gambo-gambo aku kat swiss yang aku tak upload dalam FB aku...

24 July 2010

Selamat Bertunang





Tahniah kepada kakak sedaraku, Haslinda yang telah bertunang minggu lepas dan tahniah kepada pasangannya jugak, Sdra Amir. Majlis perkahwinan akan diadakan pada bulan Oktober tahun ini.

Pecah tanah Umno Ipoh Barat


Setelah 20 tahun menunggu, akhirnya Umno Ipoh Barat akan mempunyai bangunannya sendiri di sebelah Greentown Mall. Insya allah tahun depan siap dan lepas nie tak payah la warga Ipoh Barat nak mesyuarat di dewan-dewan sekitar Ipoh. Tahniah kepada Ketua Bahagian, Dato' Sham dan Timbalan Ketua Bahagian, Tuan Haji Nasri.

Spain Juara Piala Dunia 2010.


Walaupun dah 2 minggu World Cup dah habis, tapi biar la jugak upload artikel ini untuk tatapan bila ada masa free nanti. Spain juara mengalahkan Belanda 1-0. Next World Cup plak akan diadakan di Brazil 2014. Sekarang ni sibuk plak pembidaan untuk 2022. Ada lapan negara yang membida untuk menjadi tuan rumah 2022....sapa yang akan berjaya, korang pk la sendiri ye!

10 July 2010

Pertandingan Foto untuk .......







Saje je suka-suka masuk bertanding untuk pertandingan fotography K-one dan tak sangka pulak boleh menang hadiah saguhati. pada ipod warna PINK so kena lah bagi kat wife yang suka warna PINK..@ puteri .....hahahahhahaha.

21 June 2010

SMS untuk GAZA


Kawan-kawan yang ingin menderma untuk GAZA...

Sila taip 32928. Setiap SMS kawan-kawan akan disumbangkan ke Tabung GAZA Aman Malaysia dan SMS anda berjumlah hanya RM0.50 sahaja. Sumbangan dan sokongan anda untuk menentang kezaliman Israel terhadap penduduk GAZA.

Ayuh kawan-kawan....

12 June 2010

World Cup Fever

Soccer City..

Hampir dua bulan tak update blog ini. Nak mula cam mane pun tak tahu la. Nak letak gambar apa? Macam-macam cerita terlepas nak tulis disebabkan sibuk atau malas nak tulis atau dah update dalam FB. Tapi FB pun malas nak tulis jugak melainkan hanya membaca kawan-kawan punye profail. Tapi ayu memang rajin update FB dan boleh la kongsi cite dari FB ayu...apa-apa pun malam ini kemeriahan World Cup mula terasa so sepanjang bulan ini layan bola je la disamping persiapan mesyuarat bahagian dua minggu berturut-turut mulai minggu depan...
Sapa juara World CUP?? Pilihan saya Argentina..

10 April 2010

K-One host for Ipoh District Police Meeting.


Pada hari Khamis lepas, K-one menjadi tuan rumah untuk 'Ipoh District Police Officers Monthly Meeting' yang dihadir hampir 40 orang pegawai polis dari pelbagai cawangan dan balai polis sekitar Ipoh. Program seperti ini mendekatkan K-One dengan Polis kerana K-One menghasilkan pelbagai jenis produk telekomunikasi dan 99% untuk pasaran luar negara. Ramai member yang lalu sekitar K-one pada hari tersebut terus call saya untuk mengetahui cerita pasal kereta Polis yang banyak di luar K-one. Ketua Polis Ipoh tak dapat hadir dan diwakili oleh Timbalan beliau dan sebagai penghargaan K-One telah menghadiahkan kepada polis Ipoh 'K-One GPS'. Apa-apa pun korang semua jangan lupa beli saham K-One dan masa semakin hampir...harganya korang pk la sendiri.....heheheheh

20 March 2010

Happy Birthday To Rosyad Kamal





Pada 4 hb Mac lepas, Rosyad menyambut hari lahirnya yang pertama. Tak ada majlis birthday pun kali ini pasal kami sibuk dengan kerja. tapi just bagi goodies je kepada budak-budak sekitar Taman Desa Lang dan anak-anak sedara yang sebaya dengan Rosyad.

13 March 2010

Selamat Pengantin Baru Syed Storm





Saya ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada saya Iskandar Syed Reezal atau lebih dikenali sebagai Syed Storm. Insya allah kami akan hadir pada 27hb nie kat Tropicana Ballroom..
hehehe...kahwin jugak akhirnya taukey beso kita nie. Khai Mox bila plak nak kahwin nie??? PK la sendiri.......heheheheheheh

13 February 2010

Gong Xi Fa Cai




Esok masyarakat Tionghua baik di Malaysia mahupun di seluruh dunia bakal menyambut Tahun Baru Cina.Tahun ini, kalendar Cina berputar kepada Tahun Harimau. Menurut kepercayaan, harimau amat dihormati sebagai lambang kepimpinan, tenaga, keberanian, menjaga kemewahan dan melindungi daripada kejahatan.

Meski ada yang berpendapat Tahun Harimau bukanlah tahun yang cukup baik terutama jika diukur daripada aspek ekonomi, namun, ia tidak menghalang masyarakat Tionghua untuk bekerja lebih keras demi kesejahteraan hidup.

Bercakap mengenai sambutan Tahun Baru Cina, pada saat ini, pastinya ramai yang sudah membuat persiapan bagi memeriahkan lagi suasana tahun baru.

Saya dan keluarga ingin mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada semua sahabat-sahabat saya dimana jua anda berada. Insya allah saya akan berada di umah MB Perak untuk sama-sama merayakan gong xi fa cai.....yehaaa..

10 February 2010

Dr.Zambry Kadir MB Perak yang sah


Rasa-rasa kena tulis pasal topik nie pasal ada kaitan dengan sejarah Perak dan boleh diceritakna pada anak cucu nanti...heheheh. Pagi tadi terima sms dari rakan yang dah ada kat mahkamah jalan duta, memang seronok la dengar ds zambry menang dengan bergaya...5-0 beb!

So aku berharap la rakan-rakan aku yang tak sependapat nie supaya bersabar je dan tunggu PRU yang akan datang. Kalau nak pilih Nizar, baik korang cepat2 piu daftar sebagai pemilih. Sembang memang kencang tapi yang lawaknya masih tak daftar lagi dan sorang pulak dah daftar tapi kena undi kat Johor.

Aku memang gembira kerana bagi aku ds zambry sorang yang senang dibawak berbincang dan aku dah plan nak buatkan kertas keje supaya Perak menjadi negeri Industri yang besar dari Selangoir dan Penang kerana mempunyai kos buruh yang rendah sekaligus dapat menjana peluang pekerjaan di negeri Perak. Aku plan nak bagi kat ds zambry bulan 3 nanti sempena lawatan dia ke kawasan industri silibin.....

27 January 2010

Budget Meeting




Pada 15 dan 16 hb Januari lepas, berlangsungnya management meeting dan budget meeting 2010. Hmm, memang kena keje lebih kuat tahun nie dengan forecast sales sebanyak 120 mil. Harap boleh achieve supaya share K1 naik dan naik lagi.....hehehehehe...ESOS ...beli beli beli !!

24 January 2010

FB vs Blog

Dua tiga hari nie tak leh sangat nak mengadap net kerana masih terasa sakit-sakit lagi. Harap minggu depan dah ok. Nie la mc yang paling lama pernah dapat sejak memulakan alam pekerjaan....hehehehe. Rasa bersalah pun ada bila tak pergi kerja tapi memang sakit bila nak buat keje-keje berat..hmmm.

Rasa-rasa tahun nie nak aktifkan balik blog nie, mungkin nak ubah layout, nak tambahkan shoutbox dan nak tambahkan kawan-kawan bloggers. Nak keluarkan blog-blog politik nie. Nak komen macam Pejoi plak ( http://www.muhammadfaizul.blogspot.com/ ). Kalau boleh nak tulis pasal kes pasir nie tapi biar la dulu. Biar betul-betul sihat dulu....heheheheh. Boring plak dengan FB nie. Nak cari balik kawan2 bloggers...g'nite...zzzzzzzzzzz

23 January 2010

Terima kasih semua

Terima kasih kepada semua...pembedahan mata selesai sudah. Ingatkan pembedahan kecil, tapi bila masuk OT, rasa takut la pulak, maklum la tak pernah duduk hospital bila besar nie.

Terima kasih kepada dr.Gill, hops Fatimah, agen anda sdra bob dan great eastern kerana membiayai pembedahan mata saya. Terima kasih jugak kepada wife saya ..ayu kerana sanggup ambik cuti untuk stay dengan saya.

Lepas seminggu dua nie boleh la mulakan dunia blogging yang dah lama saya tinggalkan. Hmm..pejam celik dah nak habis dah bulan Januari 2010 nie. Cepatnya masa berlalu...

14 January 2010

Happy Pongal

The first day of Pongal known as 'Bhogi Pongal' is a day for family gathering and is dedicated to Lord Indra, the king of the deities and God of the Clouds and Rains. It is also the beginning of the New Year according to the Malayalam calendar and before sunrise, a huge bonfire of useless things in home is lit that is kept burning throughout the night. The houses are then cleaned till they shine and are decorated with Kolams painted using rice four.

The harvest of rice, turmeric and sugarcane is brought in for next day.The second day of Pongal known as 'Surya Pongal' is dedicated to the Sun God. The granaries are kept full on this day and Sun God with his rays are painted on a plank as he is worshipped with the birth of the new auspicious month of Thai. Since the word 'Ponga' means 'to boil' representing plentiful and excess yield, a special dish is cooked on this day in a new mud-pot that comes in innovative shapes and have artistic designs on them called 'Pongapani'. A colorful sugarcane market is also set up on this day. The special dish is called 'Sarkkarai Pongal' and is offered to Sun God with sugarcane sticks.

The third day known as 'Mattu Pongal' is dedicated to the cattle as cowherds and shepherds pay thanks to their cows and bulls, wash them, paint their horns and cover them with shining metal caps. They are fed 'pongal' and tinkling bells are tied around their neck. Cattle races are conducted and in the game called 'Manji Virattu' groups of young men chase running bulls. Bull fights called 'Jallikattu' are also arranged at some places where young men have to take the money bags tied to the horns of ferocious bulls single-handedly and without the use of arms. The third day is celebrated as 'Kanni Pongal' when unmarried girls cooks Ponggal wishing for wedding bells soon.

03 January 2010

Selamat Tahun Baru 2010

Dah lama tak update blog nie. Asyik sibuk memanjang je sepanjang tahun 2009 lebih-lebih lagi hujung tahun 2009. Baru le hari nie ada kesempatan untuk duduk sekejap bersama family dan menulis ucapan salam tahun baru 2010. Sebelah saya ada Allisa yang sibuk nak tahu pasal internet. Rosyad Kamal pulak sibuk bermain dengan ibunya dan baby saya dah genap 10 bulan dan begitu cepat masa berlalu. Usia pun makin meningkat. Azam tahun baru 2010 ...lebih berjimat cermat memandangkan ekonomi dunia masih belum pulih sepenuhnya.
Semalam ada kesempatan baca surat khabar dan rasa-rasa ucapan salam tahun baru Petronas amat menarik sekali untuk saya masukkan dalam blog nie. Meminjam kata-kata Petronas dalam surat khabar Utusan bertarikh 1hb Januari 2010:
Ada yang membenci
Ada yang menyayangi
Ada yang menangguh
Ada yang bersungguh
Ada yang sentiasa menuding jari
Ada yang sentiasa menghulur tangan
Ada yang mempersoalkan setiap jawapan
Ada yang menjawab setiap persoalan
Ada yang tidak mahu mengalah
Ada yang sentiasa menawan hati
Ada yang mahukan perubahan
Ada yang sendiri mahu mengubah
Ada yang melihat hanya satu warna kulit
Ada yang tidak mengenal warna kulit
Ada yang berbangga dengan satu bangsa
Ada yang berbangga menjadi bangsa manusia
Tahun baru ini, ia bukan tentang persoalan dan perbandingan antara kita. Tetapi ia tentang matlamat perkongsian Satu Warisan, Satu Matlamat, 1Malaysia. Kerana untuk membina sebuah negara yang sempurna, kita perlu belajar erti kesempurnaan di dalam ketidaksempurnaan. Salam Thaun baru 2010.