03 January 2010

Selamat Tahun Baru 2010

Dah lama tak update blog nie. Asyik sibuk memanjang je sepanjang tahun 2009 lebih-lebih lagi hujung tahun 2009. Baru le hari nie ada kesempatan untuk duduk sekejap bersama family dan menulis ucapan salam tahun baru 2010. Sebelah saya ada Allisa yang sibuk nak tahu pasal internet. Rosyad Kamal pulak sibuk bermain dengan ibunya dan baby saya dah genap 10 bulan dan begitu cepat masa berlalu. Usia pun makin meningkat. Azam tahun baru 2010 ...lebih berjimat cermat memandangkan ekonomi dunia masih belum pulih sepenuhnya.
Semalam ada kesempatan baca surat khabar dan rasa-rasa ucapan salam tahun baru Petronas amat menarik sekali untuk saya masukkan dalam blog nie. Meminjam kata-kata Petronas dalam surat khabar Utusan bertarikh 1hb Januari 2010:
Ada yang membenci
Ada yang menyayangi
Ada yang menangguh
Ada yang bersungguh
Ada yang sentiasa menuding jari
Ada yang sentiasa menghulur tangan
Ada yang mempersoalkan setiap jawapan
Ada yang menjawab setiap persoalan
Ada yang tidak mahu mengalah
Ada yang sentiasa menawan hati
Ada yang mahukan perubahan
Ada yang sendiri mahu mengubah
Ada yang melihat hanya satu warna kulit
Ada yang tidak mengenal warna kulit
Ada yang berbangga dengan satu bangsa
Ada yang berbangga menjadi bangsa manusia
Tahun baru ini, ia bukan tentang persoalan dan perbandingan antara kita. Tetapi ia tentang matlamat perkongsian Satu Warisan, Satu Matlamat, 1Malaysia. Kerana untuk membina sebuah negara yang sempurna, kita perlu belajar erti kesempurnaan di dalam ketidaksempurnaan. Salam Thaun baru 2010.

No comments: