31 August 2009

Selamat Menyambut Kemerdekaan yang ke 52.


Walaupun kita berlainan bangsa dan agama namum hati kita tetap sama 1Malaysia. Saya dan keluarga mengucapkan Selamat Menyambut Kemerdekaan ke 52 semoga rakyat negara kita bersatu dan hidup aman damai di bumi Malaysia tercinta.


Runtuhkan tembok kaum. >> Utusan Online.

KUALA LUMPUR 30 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, cabaran terbesar rakyat Malaysia hari ini ialah untuk membaik pulih jambatan yang sedia ada di samping meruntuhkan tembok- tembok pemisah yang wujud di antara rakyat pelbagai kaum di negara ini.

Perdana Menteri berkata masa yang berlalu telah menyaksikan jambatan yang dibina oleh pejuang-pejuang terdahulu dengan segala susah payah telah mula digoyahkan oleh golongan tertentu yang menurutnya cuba menangguk di air keruh.

Katanya golongan ini telah mengeksploitasikan garis-garis gelinciran yang wujud dalam masyarakat berbilang kaum, sama ada ia bersifat politik, agama mahupun sosial demi memuaskan agenda sempit mereka.

Najib turut berpesan kepada semua terutamanya generasi muda bahawa nikmat yang sedang dikecapi hari ini tidak terhasil begitu sahaja tanpa perancangan yang rapi, pelaksanaan yang cekap dan pengorbanan yang tinggi.

Menyingkap kembali sejarah selepas merdeka, Najib berkata dengan pengalaman sendiri begitu singkat dan berlatarbelakangkan pemberontakan komunis yang belum reda, kewujudan ketidakseimbangan sosioekonomi yang meluas dan ditambah dengan sifat majmuk negara baru, maka banyak pihak pada ketika itu telah meramalkan bahawa Malaysia ibarat retak menanti belah dan tidak mungkin berjaya.

Namun, katanya, negara membuktikan bahawa ramalan itu adalah meleset sama sekali kerana dalam tempoh lima dekad merdeka, Malaysia telah berjaya muncul sebagai negara membangun yang termaju.Malah, katanya, Malaysia menjadi negara pertama di dunia berjaya mengalahkan pemberontakan komunis di samping berjaya mewujudkan keadilan sosial dengan rasa kehakmilikan saksama, hanya dalam tempoh masa amat singkat, yakni dua generasi sahaja.
Menurut Perdana Menteri, formula rahsia yang telah mendasari kejayaan ini adalah tidak lain dan tidak bukan, faktor perpaduan di antara rakyat berbilang kaum dan kepercayaan yang berteraskan kepada falsafah meraikan kemajmukan yang wujud sebagai sumber kekuatan, "bukannya perkara titik- bengik yang menyebabkan perpecahan". Najib berkata sepanjang lebih 50 tahun ini, rakyat dan negara menempuhi pelbagai peristiwa, suka mahupun duka, tetapi semuanya dilalui dengan jayanya.

"Bertitik tolak dari kepahitan mengharungi ganasnya Bintang Tiga, keperluan monumental mengisi kemerdekaan bitara yang dicapai tanpa pertumpahan darah, kepincangan sosioekonomi, keretakan hubungan kaum tanggal 13 Mei 1969, kemelesetan ekonomi 80-an dan krisis kewangan Asia hujung 90-an. Semuanya telah kita tempuhi dan semuanya telah kita redahi dengan jaya," katanya.

Namun, beliau mengingatkan bahawa rakyat tidak mampu bernostalgia dengan kejayaan lampau tanpa berusaha mencipta kejayaan-kejayaan baru.Lantaran itu, katanya, untuk menentukan hari esok yang lebih baik dari hari ini, pentadbirannya telah memperkenalkan dasar-dasar yang lebih ampuh dan mampu menjulang Malaysia menjadi sebuah negara maju.
Antaranya konsep 1Malaysia sebagai dasar yang mempaksikan matlamat kerajaan.

"Kita tidak berhenti setakat penyataan hasrat sebaliknya kita telah mengadakan prakarsa-prakarsa yang konkrit. Bermula dengan usaha merevolusi sistem penyampaian sektor awam, mengangkat agenda kesejahteraan rakyat sebagai keutamaan perdana membawa kepada usaha merangsang ekonomi negara agar kemakmuran akan terus merahmati rakyat dan negara," katanya.Dalam perutusannya, Perdana Menteri turut menyeru rakyat agar menyuburkan semangat patriotisme yang membara dengan mendedikasikan usaha tanpa berbelah bahagi atas nama 1Malaysia.

Beliau turut mengajak rakyat agar merealisasikan masa depan yang lebih sejahtera dan makmur untuk semua rakyat Malaysia."Marilah pastikan panji keramat Jalur Gemilang berkibar megah di persada antarabangsa. Sama-samalah berdoa agar perjalanan mulia ini terus diberkati dan diberi petunjuk-Nya jua," katanya.

29 August 2009

Berbuka Puasa Bersama Warga Graduan

Perjumpaan warga GAP pada tahun lepas 2008.


Hari ini warga GAP akan berbuka puasa bersama-sama di PTTC Meru Raya jam 6 petang. Ramai rakan-rakan lama GAP akan turun dari segenap pelusuk negara dan antaranya ialah aport, noni, zamzurina dan storm. Ramai jugak kenalan aku di sekolah GK juga dijangka hadir dan antara yang disebut-sebut hadir ialah azian, khairul azuan, marina. Rakan2 GK nie dan hampir 20 tahun aku tak jumpa dan tak sabar nak jumpa mereka hari nie. Nanti esok aku akan post kan gambar2 mereka yang latest. Insya allah malam nie kita berjumpa dalam suasana mersa dan harmoni......

22 August 2009



Dengan tibanya bulan Ramadan, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan kepada semua rakan-rakan di mana sahaja mereka berada, selamat menyambut bulan yang diberkati untuk berpuasa, beramal dan menyucikan diri. Apabila beduk dibunyikan, menandakan waktu berbuka, kita seronok bersama-sama sahabat handai, keluarga dan rakan sekerja untuk berbuka puasa. Berkumpul beramai-ramai dengan perasaan muhibah itulah yang sentiasa kita jaga dan hargai, namun janganlah sampai kita lupa akan makna sebenar Ramadan kepada setiap Muslimin. Kita memohon ke hadrat Allah agar membimbing kita ke arah amalan yang terbaik dan agar menerima ibadah dan puasa kita.

20 August 2009

Korean expertise in Perak.


IPOH: Perak plans to set up a Malaysia-Korea Technology Centre to get some RM1bil worth of investments over the next three years. Mentri Besar Datuk Dr Zambry Abd Kadir said the project, to begin in six months, would involve the construction of 101 Korean high-technology factories engaging in 100% technology transfer and using Malaysia as a springboard to the Asean-Gulf market.

“This will also create at least 10,000 jobs for the people of Perak,” he told reporters after witnessing the signing of a joint venture agreement between Korea’s Gentro Tech Co Ltd and Perak Multimedia Dotcom Sdn Bhd and Virtual Bridge Sdn Bhd to produce corrugated optical cable ducts yesterday.

A 28.3ha site in Pengkalan has been identified for the project while another 20.2ha at the Perak Hi-Tech Park in Meru Raya is being reserved for the R&D centre.Virtual Bridge executive chairman Nur Mohd Ezan Taib said the joint venture would provide the state with an average annual revenue of RM35.42mil.

TheStar. Edited by admin. 19 08 2009.

17 August 2009

Propaganda Pembangkang


Semasa merasmikan Persidangan Perwakilan Bahagian Ipoh Barat pada Ahad lepas, MB Perak berkata pihak pembangkang akan melakukan apa sahaja untuk menimbulkan huru-hara di negeri Perak. Ini termasuk cadangan untuk mengadkan persidangan DUN pada 2 hb September 2009 ini oleh bekas speaker V.Sivakumar.

Pembangkang selalu mengambil tindakan dangkal serta tidak mengambarkan seorang pemimpin rakyat. Ini semua dibuat oleh mereka kerana mereka tahu sokongan rakyat kepada kerajaan semakin kukuh dam stabil serta para pelabur juga sudah mula masuk ke negeri ini untuk membuat pelaburan. MB Perak tidak akan tunduk kepada permainan pembangkang kerana beliau merasakan perkara ini bukan baru, tambahan lagi rakyat pun sudah muak,benci dan meluat melihat aksi drama mereka.

MB Perak menasihatkan pembangkang terutamanya Nizar, Ngeh dan Nga supaya hentikan segala tindakan sia-sia mereka dan sebagai wakil rakyat yang dipilih, mereka harus tumpu pada masalah rakyat kerana ramai lagi rakyat perlukan khimat mereka.

17hb Ogos, Sinar Harian. Diedit oleh admin.

Mesyuarat Perwakilan

G10
MB Perak sedang menyampaikan amanat beliau kepada perwakilan

Sapa pulak mamat nie, sempat posing dalam blog aku???


Pemuda segak bergaya menanti ketibaan MB Perak


Perwakilan bergambar bersama MB Perak


Sahabat-sahabat aku sedang tekun menulis minit mesyuarat.


Satu weekend yang sibuk dan masa dihabiskan untuk menghadiri mesyuarat perwakilan Umno Ipoh Barat yang dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Perak di Pejabat Umno Negeri. Insya allah kalau ada kelapangan, aku akan olah intipati yang disampaikan oleh Ketua Bahagian dan MB Perak. Kesuntukan masa, so aku just upload gambar yang mana aku sempat ambik pagi tadi....adios.

10 August 2009

Good Luck To Azureen



Sempat jugak aku dan family dinner dengan Azureen yang akan melanjutkan pelajaran nya ke Universitas GajahMada di Jogja pada Jumaat nie. Akhirnya tercapai jugak cita-cita kakak sina untuk melihat anaknya melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di university tersebut. Good luck to Azureen and take care!!

Pameran Photo Sultan Perak











Hujung minggu kurang sibuk digunakan untuk melawat pameran photo Sultan Azlan Shah yang berlangsung sehingga 9hb Ogos. Pameran yang menarik dan sempat ambik beberapa keping gambar untuk dijadikan kenangan. Wife aku siap menang hadiah cabutan bertuah berupa vaucher MPH....hehehhehe...rezeki anak.

04 August 2009

Tukar Chassis dan Body Cover





Dah enam tahun aku pakai waja dan sampai la masanya waja aku terpaksa pencen dan direhatkan. Sedih jugak terpaksa merehatkan waja aku tapi nak buat macam mana dah ditahap yang tak boleh diselamatkan lagi. Aku tetap berbangga pernah memiliki waja dengan bernombor AEV 4374 Julai 2003. Sayonara........

01 August 2009

Menyusahkan orang je





KUALA LUMPUR 1 Ogos - Kira-kira 200 orang yang mempunyai kaitan dengan perhimpunan haram Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ditahan di sekitar ibu negara sehingga pukul 4 petang ini, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Mohammad Sabtu Osman sebelum ini berkata, antara lokasi tangkapan ialah berhampiran Masjid Negara, Padang Merbok, Dataran Merdeka, Pasar Seni, Istana Negara, Masjid Jamek dan kompleks membeli belah Sogo.

Badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Gabungan Mansuhkan ISA (GMI), yang membantah undang-undang itu mengadakan perhimpunan di ibu negara hari ini bagi menyatakan pandangan mereka berhubung perkara itu.

Polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan kira-kira 10,000 orang yang menyertai perarakan Gerakan Mansuh ISA (GMI) itu.

H1N1: Lepak kat rumah aje


Kes h1n1 semakin menular kat Ipoh nie. Baru je dapat info dari rakan2 kat sekolah terlibat. Mungkin malam nie boleh tengok berita. So minggu nie saya dan family duduk kat rumah je la walaupun ada member ajak ke Sua Rasa melawat gerai dia kat sana.

Kes mansuhkan ISA sehingga pagi nie, member kat KL bagitau masih lagi undercontrol. Tapi jalan nak masuk ke bandaraya KL memang jam teruk. Tak paham dengan pembangkang nie, asyik2 nak cari publisiti murahan. Apa2 pun korang pk la sendiri mana yang baik dan mana pulak yang buruk. Enjoy ur w'end.