17 August 2009

Propaganda Pembangkang


Semasa merasmikan Persidangan Perwakilan Bahagian Ipoh Barat pada Ahad lepas, MB Perak berkata pihak pembangkang akan melakukan apa sahaja untuk menimbulkan huru-hara di negeri Perak. Ini termasuk cadangan untuk mengadkan persidangan DUN pada 2 hb September 2009 ini oleh bekas speaker V.Sivakumar.

Pembangkang selalu mengambil tindakan dangkal serta tidak mengambarkan seorang pemimpin rakyat. Ini semua dibuat oleh mereka kerana mereka tahu sokongan rakyat kepada kerajaan semakin kukuh dam stabil serta para pelabur juga sudah mula masuk ke negeri ini untuk membuat pelaburan. MB Perak tidak akan tunduk kepada permainan pembangkang kerana beliau merasakan perkara ini bukan baru, tambahan lagi rakyat pun sudah muak,benci dan meluat melihat aksi drama mereka.

MB Perak menasihatkan pembangkang terutamanya Nizar, Ngeh dan Nga supaya hentikan segala tindakan sia-sia mereka dan sebagai wakil rakyat yang dipilih, mereka harus tumpu pada masalah rakyat kerana ramai lagi rakyat perlukan khimat mereka.

17hb Ogos, Sinar Harian. Diedit oleh admin.

No comments: