22 August 2009



Dengan tibanya bulan Ramadan, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan kepada semua rakan-rakan di mana sahaja mereka berada, selamat menyambut bulan yang diberkati untuk berpuasa, beramal dan menyucikan diri. Apabila beduk dibunyikan, menandakan waktu berbuka, kita seronok bersama-sama sahabat handai, keluarga dan rakan sekerja untuk berbuka puasa. Berkumpul beramai-ramai dengan perasaan muhibah itulah yang sentiasa kita jaga dan hargai, namun janganlah sampai kita lupa akan makna sebenar Ramadan kepada setiap Muslimin. Kita memohon ke hadrat Allah agar membimbing kita ke arah amalan yang terbaik dan agar menerima ibadah dan puasa kita.

No comments: