15 July 2009

NIK AZIZ : AMBO MALU.



Petikan posting dari sahabat saya, si parpukari>>>Ini adalah kejayaan BN yang terbesar kerana berjaya menidakkan majoriti yang besar dimenangi PAS tahun 2008! Tapi pemimpin Umno pulak jangan la berpuas hati dan kena la low profile. Ini masuk kampung je dengan kete besar dan pengawal empat peringkat pulak escort deme. Lu pk la sendiri.!!!
.
KEPUTUSAN RASMI PRK MANEK URAI
Pilihanraya Kecil 2009
Mohd Fauzi Abdullah (PAS) : 5,348
Tuan Aziz Tuan Mat (BN) : 5,283
Majoriti : 65
Pilihanraya 2008
Ismail Yaacob (PAS) : 5,748
Zulkepli Omar (BN) : 4,394
Majoriti : 1,352
.
KEPUTUSAN pilihanraya kecil Manek Urai mungkin adalah tanda awal penyakit krisis keyakinan rakyat terhadap UMNO akan berakhir. Kejayaan mengurangkan majoriti PAS daripada 1,352 undi ke hanya 65, merupakan tanda-tanda awal perubahan hati rakyat terhadap kepimpinan parti ini.Walaupun kalah, tetapi UMNO kalah dengan bergaya. Kemenangan PAS memang telah dijangka kerana pilihanraya kecil ini diadakan di pusat kekuatan PAS – Kelantan. Tetapi kejayaan UMNO mengurangkan majoriti yang besar merupakan satu tamparan hebat di dahi PAS itu sendiri.Bagaimanapun ia tidak bermakna, UMNO boleh berpuas-hati dengan “kejayaan” itu. Terlalu banyak kelemahan dan kesilapan yang perlu diperbaiki. Antaranya ialah, pemimpin UMNO perlu lebih sensitif-rakyat.Protokol perlu diketepikan. Pemimpin UMNO tidak boleh lagi merasakan mereka seperti Presiden Amerika Syarikat yang perlu di kelilingi oleh pengawal-pengawal peribadi serta pegawai khas “empat peringkat”.

No comments: