15 April 2009

Trainee


Trainee atau pelajar latihan industri atau juga dikenali sebagai INTRA akan menjalani latihan di sini tiap-tiap tahun atau semester. Bermacam ragam dan perangai yang saya akan jumpa. Ada yang bersemangat dan ada juga sekadar nak buat latihan industri. Ada pulak yang bersemangat hanya sementara waktu dan akan boring lepas lawatan pegawai latihan industri mereka selesai. Tapi semua trainee dibawah saya telah berjaya menamatkan latihan industri tanpa sebarang kemalangan di tempat kerja kecuali seorang ni yang terpotong tangan 2 hari sudah.

Waktu tu saya bercuti separuh hari dan bila masuk pejabat, terkejut tengok surat MC trainee ini atas meja saya. Terpaksa soal siasat staff saya dan masih tak puas hati lagi saya pun ajak Rizal temankan saya ke rumah trainee ini. Bila dan tahu keadaan sebenar, baru la lega hati saya.

Luka dalam juga, tangan terpotong kena reflector lampu dan kena 6 jahitan. Nasib baik tak kena urat saraf yang berdekatan. Cuak saya. Kalau kejadian yang lebih besar berlaku, terpaksa la saya mengadap pegawai latihan industri university berkenaan.

Kepada semua trainee, berhati-hati la melakukan kerja sewaktu latihan industri dan kalau tak faham tolonglah tanya, insya allah kami akan membantu. Pengalaman saya kehilangan kawan akibat kemalangan jalan raya semasa bersama menjalani latihan industri benar-benar terasa sehingga hari ini walaupun dah 14 tahun berlalu.

No comments: