27 May 2009

80 ribu tunaiiiiiiiii


RK> Habis segala-gala rakaman bunyi telah berjaya dibuat oleh kak Min dan sila layari blog sahabat saya http://www.pisau.net/ untuk mendengar rakaman perbualan kak min dan sahabat-sabahat dari PKR. Cayalah kak min dan kepada sahabat-sahabat saya pengundi PENANTI, korang pk la sendiri nak pilih sapa. Kalau saya calon PENANTI, saya akan undi.........syhhhhhhhhhhhhh....lu pk la sendiri !

BUKIT MERTAJAM 27 Mei — Bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat Pulau Pinang, Aminah Abdullah berkata, beliau tidak gentar dengan ancaman disaman mahupun ugutan dan maki hamun yang diterima ekoran pendedahannya mengenai tawaran berbentuk sogokan kepada beliau oleh dua anggota parti itu. Sebaliknya, kata Aminah, beliau sedia untuk membuat satu lagi pendedahan yang berkaitan secara langsung dengan Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim dalam masa terdekat.

“Saya nak ingatkan Zahrain supaya jangan mencabar saya. Saya nak tanya sama ada dia masih ingatkah lagi dengan peristiwa di sebuah hotel di Jawi pada 2007?

“Kak Min minta dia jawab dalam tempoh 24 jam dan jika tidak, Kak Min akan dedahkan kepada umum. Maruah dibayar dengan maruah,” katanya kepada pemberita di sini selepas berkempen mengedar poster beliau selaku calon Bebas bagi pilihan raya kecil Penanti yang akan berlangsung Ahad ini.

No comments: