11 May 2009

Nizar MB Perak, Anwar tersentak !

Hepi gilerr Nizar dengan kete MBnya

Penghakiman yang disampaikan oleh Hakim, Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim secara jelas menyebut bahawa jawatan Menteri Besar Perak tidak boleh dianggap kosong mengikut peruntukan Artikel 16(6) Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak. Malah beliau berkata, Nizar bukan sahaja tidak meletakkan jawatannya tetapi tiada undi tidak percaya dibuat terhadapnya pada persidangan Dewan Undangan Negeri. Malah menurut beliau, jika Barisan Nasional (BN) telah memperolehi sokongan majoriti ADUN, BN seharusnya memohon perkenan Sultan Perak untuk diadakan sidang khas bagi membolehkan usul undi tidak percaya terhadap Nizar dibuat. “Memang pemohon (Nizar – berdasarkan perkembangan yang berlaku di Perak) telah hilang majoriti tetapi tiada undi tidak percaya dibuat terhadap Nizar di DUN. Mana-mana Menteri Besar yang telah dilantik, beliau hanya bertanggungjawab kepada DUN dan hanya boleh diturunkan sekiranya undi tidak percaya terhadapnya dalam sidang DUN,” demikian kata Hakim itu lagi.

Berdasarkan hujah tersebut, BN kini sebenarnya mempunyai kelebihan untuk melaksanakan keputusan mahkamah tersebut. Ini kerana, dengan keputusan mahkamah itu, BN yang kini menguasai majoriti dalam DUN Perak boleh memohon kepada Sultan Perak untuk memanggil sidang khas dewan negeri itu bagi membolehkan usul undi tidak percaya dikemukakan.
Sidang khas ini boleh diadakan kerana berdasarkan kepada kenyataan Nizar sendiri selepas keputusan mahkamah itu, beliau berkata, semua keputusan yang dibuat oleh Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Exconya akan dikaji semula kecuali keputusan mengadakan sidang DUN 7 Mei lalu yang boleh diterima. Maknanya, keputusan sidang DUN Perak 7 Mei lalu diterima oleh Nizar dan adakah ini juga bermakna beliau turut mengiktiraf perlantikan Datuk R. Ganesan sebagai Speaker yang mengendalikan sidang DUN yang secara rasminya sesuai dengan keputusan sidang DUN menjemput Pemangku Sultan Perak, Raja Dr Nazrin Shah merasmikan sidang berkenaan.

Malah hasrat Nizar untuk membubarkan DUN Perak menimbulkan persoalan, adakah beliau mempunyai sokongan DUN untuk berbuat demikian kerana 31 daripada 59 ADUN Perak menyokong BN. Ada yang berpendapat, jika Nizar masih mahu terus mencadangkan pembubaran DUN, beliau perlu mendapat keputusan DUN terlebih dahulu kerana buat masa ini beliau menjadi Menteri Besar yang hanya mendapat sokongan 28 ADUN berbanding 31 ADUN yang menyokong BN dan tidak bersetuju dengan pembubaran DUN. Petikan dari agendadaily.

RK>> Saya sebenarnya tak nak ulas isu kemenangan Nizar ni, tapi kawan2 nak tahu stand saya. Terdahulu saya nak ucapkan tahniah kepada Nizar kerana berjaya memenangi kes beliau tu dan ni membuktikan kuasa sultan boleh dicabar dan orang melayu sendiri mula tak hormati raja dan sultan mereka. Tengok excited betul penyokong PAS tanpa mereka sedari yang BN mempunyai majoriti 31 vs 28. Cam ne DUN nak dibubarkan? Adakah Sultan berkenan nak jumpa Nizar. Setahu saya Nizar akan hadari satu majlis tak rasmi je dan terus nak jumpa Sultan. Adakah Sultan akan layan Nizar setelah apa yang Nizar lakukan kepada Sultan Perak terutama kes lukisan banner Sultan dan Mufti.
.
Kalau saya Sultan, saya akan arahkan Nizar cari kerusi majoriti dulu baru DUN akan dibubarkan. Sebenarnya keputusan hari ini menandakan demokrasi masih subur dinegara kita dan saya tak sabar-sabar nak tunggu kes dan dengar kes Anwar Ibrahim hujung tahun nie. Kalau Anwar disabit kesalahan, mesti la deme nie akan salahkan kerajaan kononya tak telus. ( Baca posting Anwar tersedak! kat bawah nie ) Inilah pakatan pembangkang!! Oppss...berbalik kepada kes Nizar, saya berdoa BN akan menang dalam rayuannya dan seterusnya dalam persidangan DUN, kita buat undi tak percaya kepada Nizar. Ini la sedikit pandangan saya, harap rakan2 pembangkang jangan kecewa kerana kemenangan bukan sepenuhnya di pihak anda...31 vs 28. Nizar adalah MB untuk kerajaan minoriti Perak.
.
Anwar tersentak.
.
AnWAR tersentak dengan keputusan Mahkamah Tinggi mengesahkan DS Nizar sebagai MB Perak yang sah. Keputusan ini pasti memeningkan AnWAR untuk terus menyalahkan mahkamah yang tidak telus dan tidak adil dalam membuat keputusannya.
2. AnWAR sedar dengan majoriti 28 orang pembangkang dalam DUN Perak, bila-bila masa Perak bakal dirampas kembali BN apabila persidangan DUN diadakan kelak. Tambahan pula pembangkang perlu juga menerima keputusan mahkamah yang membenarkan DS Zambry, 5 exconya dan 3 ADUN bebas menghadiri sidang DUN. Dgn speaker di tgn BN, pembangkang bakal menemui jln sukar mengekalkan Nizar sbg MB.
3. Helah untuk mengekalkan sidang bawah pokok nanti bakal mendedahkan PAS, PKR dan DAP mengamalkan 'double standard' dalam menerima keputusan mahkamah. Maka taktik AnWAR adalah mengheret rakyat ke kancah p/raya semula sebelum sidang DUN Perak nanti.
.
4. AnWAR menerusi DAP dan Nizar sengaja mengajak rakyat ke kancah p/raya semula bagi menutup kelemahan pembangkang yg punya kurang majoriti di DUN Perak. mereka sengaja mengumumkan mahu p/raya semula sedangkan kuasa membubarkan DUN adalah hak mutlak Baginda Sultan Perak.
.
5. Tambahan pula dikhabarkan DS Zambry dan barisan exconya sedang meninggalkan pejabat masing-masing dengan aman dan penuh kerjasama. AnWAR mengharapkan MB dan exco BN ini melawan serta tidak mahu meninggalkan pejabat dgn aman, maka AnWAR akan 'spin' isu dgn katakan BN memang samseng serta tidak menghormati keputusan mahkamah.
.
6. AnWAR kini sedang berkahak dan meludah ke arah langit, dan kahak serta ludahnya bakal terkena di mukanya sendiri.......

No comments: