24 May 2009

Mogok Lapar Haram !!




Petikan dari Utusan. IPOH 23 Mei - Ibarat bayi menangis inginkan perhatian! Pakatan pembangkang yang telah kehilangan majoriti DUN kini merancang mengadakan kempen mogok lapar selama tiga hari bagi mendesak DUN dibubarkan.Tindakan mereka itu seolah-olah tidak menghormati keputusan Mahkamah Rayuan Putrajaya mengisytiharkan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah semalam.Pelbagai program diatur sempena kempen tiga hari itu yang bermula pukul 10 pagi, Selasa ini di Wisma DAP.Setiausaha DAP negeri, Nga Kor Ming pada sidang akhbar di sini berkata, kempen tersebut akan dirasmikan oleh Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan bekas Speaker, V. Sivakumar dan ia berterusan selama 72 jam.

Sementara itu Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria (gambar) hari ini membidas rancangan pakatan pembangkang untuk mengadakan kempen mogok lapar selepas tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.Beliau berkata, mereka sepatutnya menerima keputusan itu dengan hati terbuka dan tidak menimbulkan masalah apabila keputusan itu tidak memihak kepada bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin.''Kenapa hendak datangkan masalah, kalau menang belah dia tidak apa tetapi apabila kalah hendak bangkang," katanya ketika dihubungi semasa berada di Mekah, di sini hari ini. Beliau mengulas tindakan pakatan pembangkang untuk mengadakan kempen mogok lapar selama tiga hari mulai Selasa hingga Khamis depan bagi mendesak Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dibubarkan.

Ketika ditanya hukum perbuatan mogok lapar dalam Islam, Harussani berkata: ''Dia punya pasal lah, tidak ada kena mengena dengan hukum Islam tetapi kalau keputusan mahkamah begitu, haramlah hukumnya,".

RK. Saya dah agak dah mesti Pakatan akan buat sesuatu yang pelik. Malas nak mengulas isu pakatan mabuk ni, tapi semalam saya terima call dari rakan suruh ulas isu ni dalam blog. Hari tu Nizar menang sekejap, deme mula puasa dan minggu depan pulak deme mula mogok lapar. Saya kadang-kadang merasa pelik dengan pakatan pembangkang ni. Yang paling sedih saya tengok adalah PAS yang terpaksa menari mengikut rentak PKR dan DAP dan tanpa mereka sedari pengikut mereka semakin mula menjauhkan diri dari mereka. Mungkin PAS tak sedar lagi kerana Nizar boneka sedang perbodohkan mereka. Apa-apa pun korang pk la sendiri dan kalau korang nak ikut mogok lapar...dipersilakan.....

No comments: