08 May 2009

Tahniah YB Ganeson.



RK> Petikan dari blog selamatkanperak>HARI ini kemuliaan institusi Raja dan dewan undangan negeri Perak tercemar dengan sikap kebiadapan dan kebinatangan adun-adun pakatan pembangkang. Kebiadapan bekas speaker Sivakumar yang beraja di mata dan bersultan di hati, membelakangkan DYTM Raja Muda Perak sehingga baginda terpaksa menunggu empat jam sebelum dibenarkan masuk untuk merasmikan sidang dewan.DAP pula membawa budaya ahli parlimen Cina Taiwan sehingga berdiri di atas meja di dalam dewan undangan, menjadikan institusi itu seperti sarkas binatang buas.

PAS termasuk bekas menteri besar Nizar Jamaluddin hanya menjadi penonton dan sesekali mencelah untuk menjadi nasi tambah atas arahan Ngeh.Ini jelas membuktikan kebonekaan Nizar serta menunjukkan beliau hanyalah running dog serta errand boy DAP. PKR seperti biasa dengan sifat kurang ajar mereka menyokong tindakan Sivakumar yang enggan mematuhi keputusan mahkamah tidak mengiktirafkan penggantungan Dr Zambry Abd Kadir dan enam exconya.Jika inilah sifat pakatan pembangkang, hancurlah negara, hilanglah budaya dan bangsa Melayu.
Sila baca teks kenyataan akhbar MB Perak DS Dr. Zambry di www.vanggeyvanggey.blogspot.com

No comments: