21 October 2009

Jamuan Raya GAP Meriah

Jamuan raya aidilfitri yang diadakan pada 17hb lepas meriah dengan kehadiran seramai 30 orang ahli-ahli GAP yang berdaftar. Pada mulanya dijangkan 40 orang yang akan hadir tapi rakan-rakan yang buat confirmation dalam FB telah mengecewakan kami dan hampi 7 orang yang tak hadir dan semestinya ada makanan berlebihan. Nasib baik la boleh dibawak balik. Saya amat berterima kasih kepada Khai Mox kerana sudi menaja satay pada hari tersebut dan memang kami asyik makan satay aje dan bak kata Nurul siap boleh buat kipas lagi. Sesi karoake memang best la walaupun pengerusi tak menyanyi tapi rakan-rakan lain tak menghampakan.
Sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ajak GAP yang sudi menaja juadah makanan pada hari tersebut dan ternyata GAP masih mampu bergerak aktif tanpa sokongan kewangan dari mana-mana pihak. Terima kasih rakan GAP dan anda semua memang best !!
*gambar sekitar jamuan raya boleh dilihat di FB graduan anak perak.

No comments: