07 October 2009

KDN kena selesai jugak !


RK. Kes-kes macam nie memang banyak berlaku dan bukan sesuatu yang baru kepada kita. Mak cik saya juga mengalami masalah yang sama dan kalau tak selesai jugak, mungkin saya kena minta tolong rakan2 untuk mendapatkan Mykad mak cik saya. Apa-apa pun kena tunggu jugak.....

Petikan dari Utusan.PUTRAJAYA 6 Okt. - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengklasifikasikan kes Choong Yik Sheng, (gambar) 99, sebagai pendaftaran lewat kelahiran bagi membolehkan warga emas itu memiliki kad pengenalan atau MyKad selewat-lewatnya hujung tahun ini.

Ketua Pengarah JPN, Alwi Ibrahim berkata, pegawai dan kakitangannya akan menemui Yik Sheng dalam masa terdekat untuk memperolehi maklumat peribadi bagi membolehkan proses pengeluaran MyKad dilakukan secepat mungkin. "Saya percaya dia tidak mempunyai sebarang dokumen diri, mungkin kita boleh beri borang berkaitan seperti pendaftaran lewat kelahiran.
"Kita akan proses secepat mungkin untuk membantunya dan dijangka hujung tahun ini boleh selesai," katanya.

Semalam, Pegawai Khas kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Lau Yeng Peng berjanji akan menyegerakan permohonan warga emas itu. Kisah Yik Sheng yang mengharapkan permohonannya memperoleh MyKad disiarkan oleh sebuah akhbar Cina tempatan, Sin Chew Daily kelmarin

No comments: