28 October 2009

Takziah kepada keluarga yang terlibat.


Takziah diucapkan kepada semua keluarga terlibat dan harap lepas nie kita lebih berhati-hati dalam apa jua yang kita lakukan terutama melibatkan kanak-kanak.

Izinkan saya meminjam petikan rakan saya dari blog taipingmali untuk dipaparkan kat blog nie.

Apa yang berlaku di SK Kuala Dipang ialah kerana;

Kontraktor buat kerja cincai , tak ikut spec, tak ikut prosedur keselamatan.
Nisbah guru pengiring dengan murid tak cukup.
Tidak ada kawalan keselamatan.
Pelajar bebas bebas ke hulu ke hilir tanpa pengawasan.
Guru lebih banyak buat hal sendiri dan berbual bersama rakan.
Guru menyerahkan tanggujawab kepada ketua kem sahaja.
Tidak ada peringatan tentang bahawa bermain diatas jambatan gantung.
Budak-budak terlalu seronok diatas jambatan dan mungkin yang menghenjut-henjut kerana teruja dengan jambatan yang boleh membuai.
Ketua kem atau jurulatih kurang pengalaman dalam hal perkhemahan.
Tidak ada penyelamat yang mempunyai pingat gangsa atau atau kelulusan JPAM.
Guru syok sendiri sebab dapat keluar dari sekolah.

Apa-apa pun korang pk la sendiri dan saya harap pihak berkenaan dapat melakukan siasatan dengan segera.

No comments: