19 October 2009

Stadium Perak penuh !!!





IPOH 18 Okt. – Gagasan 1Malaysia merupakan konsep unik yang perlu diterima oleh semua pihak di negara ini sebagai lambang komitmen dan usaha sepadu rakyat demi mencapai yang terbaik untuk negara.

‘‘Simbol 1Malaysia merupakan jenama hebat yang perlu disayangi oleh rakyat. Simbol itu sangat unik kerana menggunakan nombor 1 yang dimasukkan dengan bendera Malaysia.
‘‘Nombor 1 juga merupakan angka terbesar sekali yang bermakna kita mahu melakukan dan memberi komitmen terbaik untuk negara. Inilah asas kita dan perjalanan kita masih lagi jauh kerana perjuangan membina negara tidak boleh berhenti,” katanya.

Beliau menyatakan demikian di hadapan hampir 50,000 rakyat negeri Perak pada majlis pelancaran Gagasan 1Malaysia di Stadium Perak di sini malam ini. Perak merupakan negeri pertama yang dipilih Perdana Menteri untuk melancarkan Gagasan 1Malaysia dan selepas ini akan dituruti oleh negeri-negeri lain.

Menurut Najib, Gagasan 1Malaysia sebenarnya bermula sewaktu semua kaum di negara ini sebagai satu keluarga menuntut kemerdekaan tanah air daripada British.
Jelas beliau, sebelum itu, semua kaum memainkan peranan demi keselamatan, keharmonian dan kemakmuran tanah air dalam menentang pengganas Komunis, mengerjakan lombong serta ladang-ladang.

‘‘Gagasan 1Malaysia akan dilaksanakan berlandaskan Perlembagaan Negara serta permuafakatan antara kaum kerana dengan itu sahaja membolehkan kerajaan berlaku adil kepada semua sejajar dengan tuntutan agama Islam.

Petikan dari utusan online. Diedit ole admin 19/10/09. ( Sumber gambar dari parpukari blogspot. )

No comments: